RSS

Monthly Archives: February 2011

Promosi ChubbyPetsGarden.com sehingga 8 Mac sahaja!

Entry kali ini saya nak maklumkan kepada anda semua bahawa promosi ChubbyPetsGarden.Com sempena Tahun Baru Cina akan tamat pada 8 Mac 2011 ini. Antara favourite items ialah Pellet Pro Optimun Premium, alfalfa hay,timothy hay. Items ini amat berbaloi jika anda berikan kepada arnab kesayangan anda.

Pro Optimum Premium Rabbit Pellets

Pellet ini membekalkan diet seimbang arnab anda terutamanya bagi anda yang mementingkan kualiti arnab anda (pet quality show). Di samping itu anda harus membekalkan hay yang segar dan air yang bersih sepanjang masa.

Manufactured and Imported from U.S.A

Guaranteed Analysis
Crude Protein   Min  16.00 %
Crude Fat   Min  3.50 %
Crude Fiber   Min  18.00 %
Crude Fiber   Max  23.00 %
Calcium   Min  0.75 %
Calcium   Max  1.25 %
Phosphorus   Min  0.55 %
Salt   Min  0.25 %
Salt   Max  0.75 %
Vitamin A   Min  3,000 IU/lb

Pro Optimum Premium Rabbit Pellets tahan lama untuk jangkamasa yang panjang. Ini membantu arnab anda mengurangkan pembaziran dan meningkatkan pengambilan makanan dan penyerapan lebih nutrien. Pro Optimum kaya dengan fiber, ianya baik untuk sistem penghadaman dan kesihatan arnab. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets tidak mengandungi jagung, yang mana ini dapat mengurangkan risiko ketidakseimbangan sistem perkumuhan.Pro Optimum Rabbit Pellets mengandungi ekstrak Yucca dan mengurangkan bau busuk arnab anda.  Pro Optimum Premium Rabbit Pellets juga mengandungi probiotik bakteria, enzim dan yis untuk sistem perkumuhan yang baik. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets juga mengandungi ekstrak betik,  yang mampu mengurangkan masalah ‘hair ball’. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets mengandungi sumber mineral yang dapat meningkatkan sistem produksi, bulu dan pembentukan tulang.

Sila klik pada banners untuk membuat pesanan..atau jika anda hadapi sebarang masalah/pertanyaan sila reply komen di sini atau emel sy di syafikabalqis[a]yahoo.com.


Alfalfa Hay & Timothy Hay

Alfalfa & timothy hay adalah sentiasa fresh kerana di simpan di dalam sistem pembungkusan yang baik dan diimport terus dari USA. Hay anda tidak akan mudah bertukar menjadi kekuningan kecualilah anda biarkan hay tersebut terdedah kepada cahaya & udara secara terus. Selepas memberikan hay kepada arnab anda, sila simpan sebaik mungkin ke dalam box hay tersebut.

Crude Protein (min)………………………….. 6.00%
Crude Fat (min)……………………………….. 2.00%
Crude Fiber (max)……………………………. 32.00%
Calcium (max)……………………………. 0.25%
Moisture (max)……………………………….. 12.00%

Sila klik pada banners untuk membuat pesanan..atau jika anda hadapi sebarang masalah/pertanyaan sila reply komen di sini atau emel sy di syafikabalqis[a]yahoo.com.

Sekali lagi diingatkan, promosi ini tamat pada 8 mac 2011….jangan terlewat untuk mendapatkannya pada harga promosi yang sungguh berbaloi-baloi. Bagi pengunjung blog arnab cute, sila masuk kan code ini arnabCPG sekiranya anda membuat pembelian terus di estore ChubbyPetsGarden.


 
2 Comments

Posted by on February 27, 2011 in makanan arnab

 

Tags: , , ,

Alfalfa hay & timothy hay

Pemakanan Arnab – rumput kering alfalfa & timothy

Terdapat 2 jenis hay atau rumput kering utama yang amat sesuai diberikan kepada arnab anda iaitu alfalfa hay dan timothy hay. Perbezaan antara kedua jenis hay ini akan dinyatakan dengan lebih jelas di bawah.

Timothy Hay

Timothy Hay

Timothy hay sangat baik bagi sistem penghadaman arnab. Timothy hay bagus untuk kesihatan gigi kerana tabiat sering mengunyah oleh arnab anda, seperti yang kita tahu pertumbuhan gigi arnab adalah berterusan. Timothy hay juga membuatkan perut arnab anda sentiasa kenyang tanpa perlu melakukan aktiviti mengigit sangkar,kayu ataupun wayar komputer. Timothy hay sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke atas, kerana Timothy hay kurang lemak dan kurang kalsium.

Alfalfa Hay

 

Alfalfa hay

Alfalfa hay kaya dengan nutrisi, lemak, kalsium dan kalori. Arnab yang dibela di dalam  rumah boleh menjadi gemuk disebabkan memakan alfalfa hay. Ianya sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke bawah. Juga amat baik untuk penghasilan susu bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak. Pemberian alfalfa hay ini boleh diberi tanpa had kepada arnab anda.

Alfalfa juga terdapat dalam bentuk pellet dan cube.

Alfalfa pellet

Alfalfa hay cube

Meskipun begitu di samping memberi timothy atau alfalfa hay, diet pemakanan arnab harus dilengkapi dengan sayuran segar, pellet dan air bersih.

 
2 Comments

Posted by on February 25, 2011 in makanan arnab

 

Tags: ,

MROC 1st & 2nd ARBA Sanctioned Open All Breed Rabbit Double Show

MROC 1st & 2nd ARBA Sanctioned Open All Breed Rabbit Double Show.

Time
Saturday, June 4 · 10:00am – 7:00pm

Location
Pet World Malaysia 2011, Mid Valley Exhibition Centre

Created By

More Info
– Judges: Mr. Randy Shumaker (ARBA Judge #666) & Mr. Allen Mesick (ARBA Judge #854)
– All day cage/carrier carrying show
– ARBA Sanctioned Show (ARBA exhibitors to collect GC Legs)
– 2 categories – Purebred & Local/Mix Bred
– Purebred judged based on ARBA Standard of Perfection (Ear Tattoo # for rabbits is compulsory and Pedigree is not compulsory except for registration)
– Breeds to Compete: Holland Lop, Netherland Dwarf, Dwarf Hotot, English Angora, Mini Rex, Lionhead (Lionhead cannot compete for Best In Show)
– Local & Mix Bred judged based on overall health and soundness (No Ear Tattoo # needed)
– RM 20 per rabbit per show/ RM 30 per rabbit for both shows
– Main Sponsors: American Pet Diner (APD), Pet World Malaysia 2011, Mid Valley Exhibition Centre, Petster Magazine, XOXO Pets Store
– Organizers: MROC

Maklumat lanjut sila klik di sini >> KLIK!

 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags: , ,

Fenomena Arnab Import

Holland Lop

Akhir-akhir ini saya lihat rakan-rakan yang membela arnab sedang giat mengimport arnab dari USA. Baka Netherland Dwarf (ND) dan Holland Lop (HL) menjadi pilihan utama. Arnab yang dibawa masuk dari sana sememangnya berkualiti tip top dan menawan sekali dan yang penting sekali mempunyai pedigree 3 generasi. Fenomena ini dapat merubah dan meningkatkan kualiti industri arnab di Malaysia. Tidak lama lagi, pertandingan pets quality show bolehlah seringkali diadakan. Setahu sayalah, ada Rabbits Pets Show pada bulan Jun di Klang, Selangor nanti.

Netherland Dwarf

Hajat dihati memanglah nak mengimport arnab juga, tapi kita beri laluan kepada rakan-rakan dululah…maybe satu masa nanti saya pun turut menjejaki langkah mereka. Wish me luck!!

 

 
8 Comments

Posted by on February 22, 2011 in Artikel Arnab

 

Tags: , , ,

Perkembangan terkini…

Sejak akhir-akhir ini saya banyak mendapat pertanyaan dan booking pembelian arnab. Mungkin agaknya sekarang ini Tahun Arnab ramai yang berminat untuk membeli arnab. Memang tidak disangkal lagi arnab ini sememangnya haiwan yang menarik, manja dan comel.

Untuk pengetahuan anda semua, buat masa ini saya mempunyai 12 ekor anak arnab yang berusia 2 minggu. Jadi, kena tunggu diorang semua besar dulu baru leh lihat kualitinya bagaimana. Kali ini kebanyakannya ialah anak-anak Spike dengan Mummy Blink, Mummy Kiko dan Mummy Summer (bakal beranak tidak lama lagi)..

Manakala Mummy Twinkle dikahwinkan dengan Tweet…Asalnya anak Twinkle nie ada 6 ekor..hilang 2 ekor..seekor pula dijadikan anak angkat Mummy Blink sebab saya lihat, badannya terlalu kurus jadi diberi kepada Mummy Blink. Sekarang ini anak angkat tu dah sihat walafiat..gemuks sungguh!

Mummy Kiko pula telah selamat beranak pada 13 feb 2011 sebanyak 7 ekor. 4 ekor berwarna hitam, nanti dah besar mesti akan menjadi chesnut atau chincilla. 3 ekor lagi bercorak sejibik seperti Spike. Tak sangka la pulak. Seronok rasanya..dan tak sabar nak lihat bagaimana la rupanya anak-anak Kiko nie…Oh ye..disebabkan banyak sangat anak Kiko nie, jadi saya ambil 2 ekor dan diberikan kepada Mummy Blink sebagai anak angkat…hoho…banyak nyer anak angkat sampai 3 ekor…anak sendiri ada sekor jer…(Anak Blink yang berwarna hitam, yang luka tu da mati tempohari…xtau sebab apa mati…badannya tetiba membengkok dan mengeras…)

Ketika balik ke Perak, saya bawa balik sekali Mummy Blink beserta anaknya yang 4 ekor itu..Alhamdulillah..semua sihat walafiat. Untuk membanyakkan susu Mummy Blink, saya beri dia alfalfa hay…memang berselera dia makan…maklum la dlu tuan asalnya memang bagi alfalfa hay…

 
Leave a comment

Posted by on February 19, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Ilang la pulak..

Hmm…2 ekor anak Twinkle yang berwarna putih telah hilang tanpa dikesan. Mungkin terkeluar dari sangkar dan telah di ngap dek kucing. Kucing liar memang selalu kuar masuk kat kawasan umah saya nie….geram tul la ngan kucing tu..Dah la gemuks2 lak yang ilang tu (mcm kat pic sebelah nie)

Jadinya, saya pindahkan mereka ke sangkar yang jaringannya bersaiz lebih kecil. Sure xleh kuar punyer lah!

Oh yea…Pertandingan Arnab menarik sedang berlangsung. Jangan lupa mengundi yea.. SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI k!

Terima kasih daun keladi 🙂

 
Leave a comment

Posted by on February 12, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

Pertandingan Arnab Menarik – Hadiah Lumayan!

Pertandingan Arnab Menarik yang sedang berlangsung kini dalam proses menentukan siapakah pemenang bertuah yang bakal memiliki hadiah lumayan. Hadiah UTAMA,kedua & ketiga ditaja sepenuhnya oleh ChubbyPetsGarden.com. Proses undian berlaku sehingga 28 februari 2011.

Kepada anda yang ingin menyertai pertandingan ini, penyertaan terakhir masih terbuka, iaitu sehingga 14 februari 2011 sahaja. Sebarang permintaan untuk menyertai lagi selepas tarikh ini TIDAK AKAN DILAYAN sama sekali.

Sila klik di sini untuk mengundi ARNAB PILIHAN ANDA, Undilah dengan bijaksana yea!

Berikut disenaraikan hadiah yang bakal dimiliki oleh para pemenang/arnab bertuah..

1st winner

  • 3 Boxes of 1kg of Pro Optimum Premium Rabbit Pellets (worth RM 69.00)
  • Fruit Treat Delight Mix Fruit 3 packs  (worth RM 39.00)
  • CoatClean Waterless Bath x1 (worth RM 15.00)
  • Coat Clean Shampoo x1 (worth RM 15.00)

2nd winner

  • 3kg Of Timothy hay  (worth RM 63.00)
  • Coat Clean Shampoo 2 Bottles  (worth RM 30.00)

3rd winner

  • 3kg Of Alfalfa hay  (worth RM63.00)
  • Stain and Odour Remover  (worth RM25.00)

KLIK di sini >> Penaja Utama ChubbyPetsGarden.com

ChubbyPetsGarden

** KLIK pada banners untuk mendapatkan Pro Potimum Premium Rabbits Pellets & Sun Cure Timothy hay & Alfalfa hay di ChubbyPetsGarden.com

 
Leave a comment

Posted by on February 11, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags: , , , , ,

1st time la katakan…

Errm….si Mummy Blink masih tidak pandai menjaga anaknya..xde jilat or cuci badan anaknya…menyusu manual sudah tentu sekali perlu dilakukan oleh saya. Tapi, xde la susah sangat, sebab Mummy Blink nie bila dipegang memang senang..manja…dok diam jer dia..tak macam Mummy Twinkle..suka sangat menggelupur…dah la badan besar, kuku lak tajam…tapi Mummy Twinkle dah pandai jaga anak dia..semua anaknya gemuk2 belaka…tunggu anaknya besar jer lah..Alhamdulillah….

Disebabkan Mummy Blink takde menyuci anaknya, saya basahkan tisu dan bersihkan badan dan buntut anaknya. Buntut anak arnab nie perlu dicuci supaya memberi rangsangan kepada sistem perkumuhan dia..kalo tak dicuci, sistem akan tersumbat.

Tapi, pagi tadi saya tengok ekor anak Mummy Blink yang warna kelabu tu dah kontot ekornya…kena makan dek Blink la tuh…ish..ish….apa daa Blink nie…mungkin juga dia tergigit masa nak mengeluarkan suratkhabar dari bakul tu..Di ambilnya suratkhabar jadi tempat lapik tahi dia pulak….sabo jer ler…Luka di bahagian perut si kelabu tu nampak da makin oke, saya bubuh lagi la minyak gamat supaya cepat sembuh.

Cadangnya nak ambil la gambar anak-anak Mummy Blink nie…hmm..takde rezeki la nampaknya…bateri kamera pulak kena charge.Adeh!

Jom layan dulu gambar masa Blink & Spike masa muda remaja…hehe…

 
Leave a comment

Posted by on February 10, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Blink kini menjadi Mummy!

Sungguh tak sangka, rupa-rupanya si Blink ini telah bunting selama ini. Cage memang dah diasingkan, dan saya ingatkan si Blink nie masih belum matang kerana usianya baru 4 bulan. Apabila si Spike nak mengawan dia akan berlari atau menyorok. Siapa la agaknya bapa kepada anaknya yea? hehehe..

Pagi tadi, ketika mahu memberi arnab makan & minum, saya lihat ada bulu di bawah cage Blink dan seperti uri…eh? siapa beranak? Bila dilihat di cage Blink, ada 2 ekor anaknya! Seekor kepalanya tergantung di cage..kesian sekali melihatnya…Segera saya mengeluarkan anak tersebut daripada celah lubang cage.

Sebenarnya, cage si Blink nie memang saya dah lapik dengan lapik getah toilet…tapi si Blink nie habis dibuang nyer semua lapik tu..saya ingat, xpelah kalo dah taknak..saya xde la letak lagi lapik tu…Rupanya dia bunting…x pasal2 jer anaknya tergantung di cage tadik….Cedera sket anaknya tu di bahagian perut…dah sapu ngan ubat luka, hopefully umurnya panjang la..Saya lakukan proses menyusu manual kepada 2 ekor anak Blink dan termasuk seekor anak Twinkle..dapatlah Mummy Blink sekor anak angkat. Anak Twinkle tu gagal bersaing dengan beradik yang lain, dia sekor jer paling kurus…harapnya bila dah diletakkan sekali ngan anak-anak Blink, okela nanti..Masa saya lakukan proses susu manual tu, Mummy Blink nie baik jer dia…elok dok diam..2nd birth nanti mesti la senang…

Anak Blink nie sekor kelabu dan sekor putih…yang putih tu macam ciri-ciri Blink…Kita tengok la nanti bagaimana rupanya bila diorang besar nanti..

 

 
2 Comments

Posted by on February 9, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

Arnab dan Kepercayaan Cina

Tahun Baru Cina yang baru sahaja disambut oleh masyarakat Cina meraikan kedatangan Tahun Arnab bagi tahun ini. Tahun Arnab dikatakan sebagai tahun yang memberikan kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran. Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia.

Pakar Feng Shui, yang juga Naib Presiden Operasi Peruncitan dan Perundingan World Of Feng Shui, Phillip Lim, berkata ekonomi kebanyakan negara berpeluang untuk menikmati pemulihan positif.“Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya.

“Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti,” katanya.

Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.

Lim berkata, masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.
Bagaimanapun, beliau berkata, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau.

Selain itu, katanya, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga.

“Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.

“Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.

“Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat,” katanya.

Bagi pelajar pula, Lim berkata, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.

Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.

Antara selebriti antarabangsa yang dilahirkan dalam Tahun Arnab ialah Angelina Jolie, Johnny Depp, Eva Longoria, Brad Pitt, David Beckham, Kate Winslet, Drew Barrymore, Bridget Fonda, Lisa Kudrow, Elizabeth Shue, Lauryn Hill, Sheryl Crow, Tiger Woods, Nicholas Cage, Quentin Tarentino, Sting, Andy Warhol, Frank Sinatra, Albert Einstein dan Arthur Miller.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasyarakatCinanantikemakmuranTahunArnab/Article/index_html

 
Leave a comment

Posted by on February 7, 2011 in Artikel Arnab

 

Tags: , ,