RSS

Monthly Archives: January 2011

ALL SOLD OUT!

Alhamdulillah, semua anak-anak arnab telah berjaya terjual. Saya bakal berpindah tidak lama lagi, jadi proses pengurangan arnab terpaksa dilakukan. Apabila telah selesai semua urusan perpindahan, dijangkakan baka baru seperti Netherland Dwarf (ND) dan Holland Lop (HL) akan dimasukkan…memang tak sabar nak miliki baka idaman nie..sesapa leh offer nice price, sila reply topik ini k 🙂

Oh ye! Arnab saya yang mengalami masalah kurap di bahagian kukunya telah 95% sembuh. Memang berkesan ubat Itin Vet Oral Solution brand bexton tu…saya amat mencadangkan anda juga menggunakan ubat ini sekiranya arnab anda menghadapi masalah kurap.

 

 
2 Comments

Posted by on January 25, 2011 in Umum

 

Tags: ,

Pertandingan Arnab Menarik di fanpages Rabbits Lover @ Pencinta Arnab di Facebook

Pertandingan Arnab Menarik

Buat kali keduanya kali ini bagi membuka tirai 2011, saya mengadakan pertandingan foto arnab menarik di fanpages Rabbits Lover @ Pencinta Arnab di Facebook.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :-

1. Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang memelihara arnab sebagai haiwan peliharaan.
2. Bayaran penyertaan ialah Rm 5 sahaja untuk sekeping gambar arnab. Maksimum ialah 2 sahaja.
3. Sila bankin ke salahsatu akaun berikut :-
Maybank 1551 2698 6394 atau CIMB 0814 0068 524 527
Nama : Husnul Fadila
4. Penyertaan dibuka bermula 8 Januari 2011 – 31 Januari 2011.
5. Sebanyak 25 peserta terbaik akan dipilih.
6. PEMENANG dipilih berdasarkan peserta yang memperolehi LIKE terbanyak dan dipersetujui oleh para juri yang dilantik.
7. Sila upload gambar arnab anda di wall Rabbit Lovers @ Pencinta Arnab
8. Sila lengkapkan butiran berikut :-
Nama Arnab :Tarikh Lahir/Mula Dibela :Baka :Jantina :
9. Emailkan bukti pembayaran dan penyertaan anda kepada syafikabalqis@yahoo.com

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags:

Jangkitan kuku arnab

 

bexton Ubat Kurap Gambar di sebelah ialah ubat kurap Bexton yang diberikan secara oral kepada dua ekor arnab saya yang disyaki mengalami masalah kurap iaitu mengalami jangkitan kuku di sekitar kuku (20 kuku semuanya sakit). Di sekitar kuku arnab mengelupas dan berwarna kemerahan. Saya lihat juga seolah-olah arnab saya kegatalan. Selalunya penyakit kurap nie dijangkiti bahagian telinga dan sekitar badan arnab…inilah pertama kali arnab saya menghadapi masalah ini. Semuga arnab saya akan segera sembuhlah hendaknya.

Pada mulanya susah jugak nak beri Blink & Spike nie makan ubat…tapi hari ini hari ke 2, mereka agak tenang sedikit..nampak macam sedap la pulak bila tengak Blink & Spike menjilat-jilat ubat tu yang terlekat sekitar mulutnya. Saya gunakan syringe khas untuk small animals, tapi da rosak sket kerana hujungnya kena gigit dek Blink..Sukatan Bexton nie yang disyorkan bagi anda yang menghadapi masalah kurap adalah seperti berikut :-

  • 0.3ml – anak arnab berusia 6 minggu ke atas
  • 0.5ml – arnab dewasa

Gunakan selang 14 hari. Tidak boleh diberikan kepada ibu arnab yang sedang hamil dan menyusukan anak.

Bexton Itin Vet – Oral Solution (Ivermectin oral solution)

– sesuai untuk merawat dan mengawal secara dalaman dan luaran masalah parasit bagi arnab,kucing,lembu,kambing,anjing dan kuda.

>> Jangkitan sekitar kuku arnab

 
9 Comments

Posted by on January 14, 2011 in Kurap/scabis, Penyakit Arnab, Ubat

 

Tags: , , ,

AMARAN! Jangan Mudah Tertipu!

Sebenarnya isu nie da lama…tapi kali ini saya mengambil keputusan untuk menulisnya di dalam blog ini kerana 2 orang rakan saya sendiri telah terkena dek si A nih! Tahun lepas, kebanyakan para penternak arnab telah terkesan akibat tindakan si A ini yang menekan para penternak arnab dengan cara menjual arnab terlalu rendah daripada harga pasaran sehingga menjatuhkan pasaran dan menjatuhkan kualiti sesuatu baka arnab itu.

Si A, menjual arnab dan pelbagai lagi jenis pets lain di laman web mudah.my..sebuah web yang tidak asing lagi untuk jual/beli barang secara online..sudah tentu ramai para pembeli yang tertipu, tapi tidak tau atau menemui kebuntuan untuk mengatasi masalah ini. Saya berharap apabila isu ini di utarakan dalam blog saya, anda yang membacanya dapat mengelakkan perkara yang sama terjadi kepada anda. War-war kan juga lah pada sahabat handai, keluarga, saudara-mara yang berhasrat untuk membeli arnab secara online. Selidiki dengan baik dulu prestasi seseorang peniaga online itu.

Antara kes yang telah terjadi ialah seperti berikut :-

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Si A menjual arnab, harga yang murah..baka yang dinyatakan memang high demand market..siapa yang tidak mahu memilikinya? Saya pun mahu juga! Tapi disebabkan penghantaran dengan menggunakan bas, dikhuatiri arnab mati etc..jadi, saya tak mahulah nak ambil risiko. Si B melihat gambar arnab di Mudah.My..bankin duit ke akaun si penjual…penghantaran dilakukan…TAPI…lain yang diorder…lain yang sampai…arnab yang dihantar tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam gambar dan kenyataan yang diberi..Ada juga arnab yang sakit…Ada yang terlalu muda usianya..sudah tentu umurnya di bawah 1 atau 2 bulan..masih perlukan lagi susu ibunya…Kebanyakan arnab yang dibeli selepas 1-2 hari akan mengalami masalah cirit-birit dan mengalami kematian…Sungguh kesian pada sang arnab dan pembeli yang teraniaya akibat sikap individu yang tidak bertanggungjawap ini.

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Mengapa agaknya harga arnab yang dijual TERLALU MURAH? Sebabnya arnab tersebut kebanyakannya di import dari Thailand…mungkin di beli ketika arnab tersebut baru lahir…apabila di promosi di laman web mudah dikatakan arnab tersebut telah cerai susu dan berusia 2 bulan ke atas..sebenarnya bukan ini yang terjadi..saya sendiri telah bertanya kepada kawan saya, memang saiz arnab tersebut terlalu kecil…badannya lemah..dan mengalami cirit-birit..

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Bukan sahaja kawan saya, sebelum2 ini saya juga telah banyak mendengar insiden yang sama berlaku kepada para pembeli…ada yang terkena sekali…masih tidak serik..mencuba lagi sekali…dan TERKENA lagi! ..apabila cuba menghubungi semula si A, handset di off kan..langsung tidak bertanggungjawap dengan cara mengelakkan diri..Ini bukanlah etika seorang peniaga yang baik.

Noted : A = penjual, B = pembeli

Di sini saya sertakan sedikit bukti penipuan/penganiayaan yang telah dilakukan :-

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Blog lain yang menyentuh isu ini >> ARNAB-KITA BLOGSPOT

 
2 Comments

Posted by on January 12, 2011 in Buletin Terkini, Umum

 

Tags: ,

NEW YEAR SALES ~ rabbits & stuffs

Sempena tahun baru 2011 yang baru menjelang ini, saya mengadakan ‘sales’ khas buat anda pengunjung setia ataupun pengunjung baru untuk memiliki arnab dan barang-barang keperluan anda pada harga ‘kaw-kaw’ punyerr lah!!

Arnab saya nie kebanyakannya baka pendaging, tapi kalo ada yang nak dijadikan sebagai pets pun sesuai jugak. Arnab saya nie memang ke semuanya manja-manja belaka..Jadi saya amat berharap sesiapa yang membeli mereka ini dapatlah kiranya menjaga mereka dengan lebih baik berbanding saya.

Pakej arnab nie beserta sekali dengan EM-4, arnab saya tak pandang dah air lain..maybe rasa & khasiatnya berbeza..arnab pun da pandai memilih..hehe…

Pakej 1)  1-4 ekor arnab, EM-4 500 ml Rm 10

Pakej 2) 5-8 ekor arnab, EM-4 1000ml, Rm 20


Baka : Orange Rabbit
Usia : 2 bln
Jantina : Jantan
Harga : SOLD!!
KOD : Oren A

Baka : White Rabbit
Usia : 2 bln
Jantina : Jantan
Harga : SOLD!!
KOD : Putih A

Baka : White Rabbit
Usia : 2 bln
Jantina : Betina
Harga : SOLD!!
KOD : Putih B

Baka : English Spot
Usia : 2 bln
Jantina : Betina
Harga : SOLD!!
KOD : Spot A

Baka : Chincilla
Usia : 2 bln
Jantina : Betina
Harga : SOLD!!
KOD : Chincilla B

 

Baka : Chincilla
Usia : 2 bln
Jantina : Betina
Harga : SOLD!!
KOD : Chincilla C

 

Baka : Mix Angora
Usia : 5 bln
Jantina : Betina
Harga : SOLD!!
KOD : Angora A

Pembelian sepasang arnab bergantung kepada jenis baka yang anda pilih.

Leh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di 012 238 0538 Dila

Khidmat penghantaran cuma ke  Genting Sempah & Temerloh sahaja.

Jika dapat datang sendiri & pilih adalah lebih baik.

Item tambahan untuk arnab seperti berikut :-

>> Bengy spray syampu, membersih & mewangikan arnab anda. Juga boleh digunakan sebagai rawatan furmites

>> Botol minuman 250ml, 500ml

 
26 Comments

Posted by on January 5, 2011 in JUAL / BELI, Jualan Arnab

 

Tags: , , , , ,

2010 in review

Email yang diterima dari WordPress.com..terima kasih kepada semua rabbits lover yang berkunjung ke Blog Arnab Cute ini ^_^. Semoga tahun 2011, lebih banyak artikel, tips, kisah-kisah arnab akan dikongsi bersama anda semua!

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

About 3 million people visit the Taj Mahal every year. This blog was viewed about 43,000 times in 2010. If it were the Taj Mahal, it would take about 5 days for that many people to see it.

 

In 2010, there were 116 new posts, growing the total archive of this blog to 157 posts. There were 254 pictures uploaded, taking up a total of 26mb. That’s about 5 pictures per week.

The busiest day of the year was December 6th with 467 views. The most popular post that day was Anak Arnab Untuk Dijual.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were networkedblogs.com, facebook.com, en.wordpress.com, arnabkus.blogspot.com, and mrbunnywhoops.blogspot.com.

Some visitors came searching, mostly for makanan arnab, sangkar arnab, thrianta, arnab, and penjagaan arnab.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Anak Arnab Untuk Dijual August 2010
5 comments

2

Baka arnab December 2009

3

Sangkar Arnab Yang Comel December 2009
11 comments

4

Cara Memandikan Arnab October 2009
26 comments

5

Thrianta December 2009
1 comment

 
Leave a comment

Posted by on January 4, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags:

Rabbit Drinking Feeder ~ TERKINI di pasaran!

Rabbit Drinking Feeder lebih efisyen berbanding Rabbit Nipple Feeder.

Sesuai untuk ternakan atau haiwan kesayangan anda. Produk stainless-stell, tahan karat serta kukuh. Pemasangan yang mudah dengan belanja kos yang rendah. Anda tidak perlu atau bersusah-payah menggunakan paip PVC, hanya dengan menggunakan tiub berukuran 8mm untuk menyambungkannya.

 

Rabbit Drinking Feeder Complete Set

Rabbit Drinking Feeder Complete Set

>> Sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Produk terdiri daripada

1. Niple-head

2. Mini spring

3. T-joint
Pemasangan tiub di luar sangkar meminimumkan gigitan arnab. Air tidak menitik pada niple-head. Ianya dapat menjimatkan masa jika memelihara arnab dalam kuantiti yang banyak.

Harga pasaran RM 7.50 untuk setiap set. Harga belum termasuk kos pos.
Untuk maklumat lanjut anda boleh terus menghubungi saya di 012 238 0538 Dila

 
10 Comments

Posted by on January 4, 2011 in JUAL / BELI

 

Tags: