RSS

Monthly Archives: February 2010

Resque Rangers again..

Jam 2.00pg, tiba-tiba hujan turun sungguh lebatnya..terbangun dari tidor dan hati pun asyik dok fikir pasal arnab-arnab kat belakang rumah..yang sebenarnya saya takut nak kuar umah kul 2.00pg..hehe..

tersebabkan risau teramat ngan arnab-arnab, terutamanya Kiko yang baru beranak..saya kuat kan hati untuk keluar ke belakang rumah..ohhh..sungguh lebat hujan..

saya pun cepat-cepat memindahkan arnab ke hadapan rumah pulak..guruh berdentum-dentum dan kilat sabung-menyabung…lama tak hujan kat cni..sekali hujan…macam ribut..

misi pun berjaya 😀 dalam area kul 2.30 pagi..mata pulak xmo lelap..kul 3.30pg baru la tertdo semula..

 
Leave a comment

Posted by on February 26, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

newborn 6 babies of Kiko

Seronok sungguh rasanya apabila Kiko telah selamat melahirkan 6 ekor anak. Sungguh tak sangka selama ini arnab ku ini tengah bunting…hehe..patut aa tgk perut Kiko cam besar dan dia asyik dok melepek cam berat jerr..

2 hari sebelum Kiko beranak, ada la nampak sedikit darah..ingatkan xde la pepe..

Malam tadi lak waktu maghrib tengok ada bulu Kiko yang dah cabut..bila angkat badan dia..haa..berlambak bulu-bulu..tapi bulu-bulu tu habis jatuh ke lantai sebab jaring sangkar tu agak besar..

Berlari la saya ke depan rumah gi amik bakul untuk Kiko beranak..dengan sorakan..”yey..yey..Kiko nak beranak..hehe..berangan jer lebih..masa tu tak tau lagi betul ker Kiko ni nak beranak..kalo ikutkan tanda-tanda memang cam nak beranak jer :P..Dalam fikiran saya, esok pagi kot Kiko beranak..I just can’t wait at that moment..

Dalam area kul 10.00 mlm, tiba-tiba suami saya bagitahu Kiko dah beranak..terkejut + x percaya! iyelah sebabnya suami saya nie suka main-main, ntah bila nk seriyes pun xtau.. 😛

Saya pun cepat-cepat gi lihat Kiko..dan sungguh ada 6 babies bunnies!! I’m so happy until now..harapnya semua anak Kiko cepat-cepat  besar dan sihat walafiat.

>> Kiko with babies

>> Babies Kiko Close-up

Buat masa nie, pandai Kiko jaga anak-anak dia..sentiasa kenyang ngan susu. Go Kiko go..jaga babies bebaik yea 🙂

 
2 Comments

Posted by on February 24, 2010 in My Bunnies

 

Tags:

Lost n Found

Oh..oh..hari nie saya telah menjadi Resque Rangers..hehe..selepas menghantar anak saya, Syuhada yang berusia 4 tahun ke taska saya pun pergilah ke belakang rumah untuk memberi arnab makan dan rutin harian mencuci sangkar untuk dilakukan.

Wah!! sungguh terkejut apabila melihat sangkar Summer terbuka dan dia xde kat dalamnya.

Pertama di fikiran, ada orang curikah? Tapi mustahil…

Pintu sangkar tu terbuka..tapi camna pulak pencuri tu nak masuk dan curi sbb pintu pagar kunci..

Ketika sedang memberi makan kepada arnab-arnab yang lain, tiba-tiba terdengar macam something di longkang..

Summer dah jatuh ke bawah rupanya!!

Jadi, saya pun cepat-cepat keluar rumah ikut pintu depan, terpaksa tawaf 3 rumah jiran barulah sampai di belakang rumah. Kemudian saya pun terpaksa la membongkok ke bawah longkang untuk mengambilnya.

Bahagian belakang Summer habis kotor, nie mesti terjatuh dalam longkang. Kaki depan pun sama kotor gak..

Jadi, saya pun segera memandikan bahagian belakang Summer dengan menggunakan syampu herba. Bukanlah rendam terus ke dalam air, tetapi  membasahkan bahagian yang terkena kotoran dengan syampu, berus dengan berus gigi [yg dah x pki lagi] dan bilas dengan air.

Kebersihan cuma 80%, ada la tinggal kesan-kesan hitam sket2..

Lain kali memang kena pastikan pintu sangkar ditutup betul-betul…very careless lah!!

 
Leave a comment

Posted by on February 23, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

Manjaku sayang..

Hari ni awal-awal pagi dah cuci sangkar arnab, semalam tak sempat nak cuci sebab pegi ke rumah abang di Kota Damansara tengok newborn baby (^_^)

Selepas siap cuci sangkar, browsing internet seperti biasa dan updates mana yang patut. Sambil-sambil online tu saya keluarkan Twinkle dari sangkar, dok kat sebelah saya..haa cuba tengok pic nie..IT bunny..hehehe..

selepas tu, saya lepas kan sebentar Twinkle di luar rumah. Seronok la dia dapat berlari-lari 🙂 Arnab-arnab lain lak semua terkurung dalam sangkar…hihihi…pilih kasih kn? 😉

 
3 Comments

Posted by on February 22, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Makan Rumput Napier, Pellet arnab

Saya telah memberi rumput napier kepada semua arnab-arnab saya. Semua arnab sihat walafiat kecuali Bubbles yang mengalami masalah tahi agak cair, tidak bentuk bulat seperti biasa. Mungkin disebabkan Bubbles nie spesis Mix Anggora jadi pemakanannya amat sensitif sekali. Memang adalah lebih baik diberikan pellet sahajalah. Jika nak beri sayuran atau rumput pun kena bagi dalam kuantiti yang amat sedikit. Dalam entri yang lepas, ada saya ceritakan Bubbles kena cirit-birit akibat makan terlalu banyak rumput di luar rumah.

Saya telah membuat perbandingan pellet yang biasa digunakan di Malaysia ini.

rabbit pellets Jenama Bengy

  • Dibawah ialah kandungan Nutrisi yg terdapat didalam pallet:-
    Bengy-6088
    Crude Protein (min)…..15%
    Crude Fat (Min)………3 %
    Crude Fibre (Max)…….15%
    Moistre (Max)………..13%
    Calcium……………..0.8~15%
    Phosphorus(min)………0.5%
  • Warna agak gelap dan berbau seperti Friskies
  • Harga di pasaran seguni 25kg ialah Rm35-Rm40

Jenama Cap Bendera

  • Tiada dinyatakan kandungan di dalam pellet
  • Warna agak cerah, banyak habuk pellet.
  • Harga seguni 25kg ialah Rm 25-Rm30.

Sebelum ini saya membeli pellet di kedai runcit pada 1kg dengan harga Rm1.50. Lain kali nak try pellet brand Bengy pulak.

Ini pula ialah perbandingan pellet yang telah dilakukan oleh saudara Iceburn

 
7 Comments

Posted by on February 19, 2010 in makanan arnab

 

Tags: , , , ,

I have no life..sadis nyerrr…

my bunny Sian la tengok rupa Twinkle nie..masa mula-mula dulu seronok dapat lepas bebas lari sana-sini..but know..things still like before (di kuala selangor dulu)…terkurung jer dlm sangkar..(sigh)

erm..nak wat camna kan? selepas insiden Tweet terlepas dari rumah dulu, sampai la nie saya tak berani nak lepaskan arnab-arnab nie..sebab bila dah makin besar makin cerdik nak lepas bebas..boleh nyusup celah-celah pagar..pastu hilang..

arghhh..tu yang x sanggup tu..mahal wooo rege Twinkle dan Tweet nie…

jadi..arnab-arnab semua, diharap dapat bersama yea..bila kita dah pindah rumah nanti ada la rabbit garden 😀

 
2 Comments

Posted by on February 18, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Burrowing mites – kurap

mites

Sila lihat hidung arnab saya nie, bulu dah hilang di bahagian hidung. Kurang pasti penyakit apa, tapi saya syaki adalah kurap aka burrowing mites. Saya sapukan sahaja minyak zaitun di hidungnya. Harap akan sembuh tidak lama lagi.

 
4 Comments

Posted by on February 18, 2010 in Kutu/hama/mites, Penyakit Arnab

 

Tags: ,

Arnab ku kebasahan dek hujan

oh..oh..dalam area kul 4.00ptg tadi hujan telah turut dengan lebatnya. Langsung tak terfikir tentang arnab kat belakang rumah nun.

Sekitar 4.30ptg, baru tergerak hati nak menjenguk arnab…alahai..sian sungguh arnab ku itu..semuanya basah dek ujan..semua tengah dok jilat-jilat bulu.

janganlah ada yang mati akibat terkena hujan nie..I’m worried.. (~_~)

 
2 Comments

Posted by on February 17, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

Dalam dilema..

Saya bercadang untuk balik kg di Perak..tetapi macam mana nak buat dengan 7 ekor arnab ni? nak bawak skali ke Perak jauh sangat. Sebelum nie jika balik kg, saya akan meninggalkan arnab saya (sebelum ini 4 ekor) di rumah mak mentua saya..

Masalahnya sekarang ini semua arnab dah besar-besar, jadi x bole disekalikan dalam satu sangkar..maknanya kena antar sebanyak 5 sangkar ke rumah mak mentua saya tu..erm..macam x logik dan agak sukar..

Saya sentiasa berfikir bagaimanakah caranya untuk buat auto-food-feeder. Saya pernah lihat di klinik haiwan, di situ ada jual auto-food-feeder untuk anjing dan kucing. Anjing atau kucing tersebut akan tekan dan makanan akan keluar, jadi boleh la dia makan.

automatic cat feeder >> Versi canggih cat feeder..

cat feeder>> Yang saya lihat di klinik haiwan

rabbit feeder>> Rabbit feeder, sesuai juga untuk small animal.

Agaknya ada jual kat Internet ker?  Sesapa ada idea camna nak buat bagitahu la saya ye..

Terima kasih bebanyak..

 
2 Comments

Posted by on February 17, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , , ,

Kutu telinga – Ear Mites , Kurap – Burrowing Mites

ear mitesHari ini saya dapati ada luka dan kepingan di telinga Summer. Setelah diteliti di dalam telinganya ada warna-warna kuning. Setelah melayari blog LazzyBunny, saya dengan segera menyapu minyak zaitun ke telinga Summer. Harapnya masalah kutu telinga ini tidak akan berlarutan.

Mengikut blog LazzyBunny, jika masalah ini semakin teruk arnab perlulah disuntik dengan IVERMECTIN yang biasanya akan dilakukan oleh veterinar.

Minyak Zaitun>> Minyak zaitun yang saya gunakan

Berikut ialah maklumat lengkap dari LazzyBunny

Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjankiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab mengaru telinga. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.

Simptom dan tanda tanda kritikal : gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.

Jika tidak mendapat rawatan pada peringkat ini kupingan nipis ini mungkin akan menjadi kerak yang keras yang boleh menjadi tebal sehingga 2cm dalam sesetengah kes. Kerat tersebut tidak boleh dibuang dibersihkan ini kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan kepada arnab. Luka tersebut seterusnya akan menjadi lebih serius jika dijangkiti parasit dan boleh mendatangkan masalah lain.

Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal dengan sendiri, Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual ini adalah kerana kitaran hidup Kutu telinga adalah 21 hari IVERMECTIN tidak membunuh telur , jadi suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari mampu membunuh larva dari telur yang menetas.

IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus kepada telinga yang dijangkiti kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan dan oral.

KURAP ( Burrowing Mite)

Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal. Bukan itu sahaja parasit daripada kurap ini boleh menjangkiti arnab arnab lain, kucing , anjing dan mungkin juga pemilik haiwan tersebut. Kitaran hidup bagi parasit ini adalah 3minggu. Hanya larva berada di permukaan kulit, parasit betina memasuki kulit untuk bertelur dan terus berada didalam sel kulit.

Sintom dan tanda tanda kritikal : Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak terbut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja.

Rawatan : Dapatkan rawatan  Veterinar dengan segera.  Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa harisebelum digunakan semula,  ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan arnab yang terkena jangkitan daripada arnab , kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit.

 
Leave a comment

Posted by on February 16, 2010 in Kutu/hama/mites, Penyakit Arnab, Ubat

 

Tags: , , , , ,