RSS

Monthly Archives: July 2010

Susu Gantian Arnab

  • Susu gantian arnab atau di dalam bahasa Inggerisnya, Kitten Milk Replacer (KMR) adalah susu yang dirumus khas untuk anak arnab dan kucing yang mengalami kematian ibu.

Susu ini juga boleh dibuat sendiri berdasarkan bahan-bahan seperti berikut :-

3 oz condensed milk
3 oz water
4 oz plain yogurt (not low-fat)
3 large or 4 small egg yolks (no whites)

atau,

1/4 of a banana
1/8 cup regular rabbit food pellets
1/4 cup unflavored Pedialyte
1/8 cup canned pumpkin

  • Selain daripada itu, anda boleh memberi susu kambing kepada anak arnab.
  • Alternatif lain pula ialah ‘ibu angkat’. Letak anak arnab bersama-sama anak arnab yang lain untuk menyusu.

Pastikan anda hanya memberi anak arnab tersebut susu 2x sehari sahaja. Contoh, waktu pagi dan malam.

Baru lahir – 1 minggu : 2 – 2+1/2 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan).
1-2 minggu : 5-7 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan). (bergantung kepada saiz anak arnab, jika kecil..bagi sedikit).
2-3 minggu : 7-13 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan). Anak arnab harus dipastikan proses pembuangan air kecil dan besarnya berfungsi dengan baik. Jika ada najis yang terlekat, anda harus membersihkannya.Biasanya mata anak arnab akan terbuka pada usia 10-14 hari. Kemudian anda boleh perkenalkannya dengan pellet, sedikit sayuran (sawi,napier,ulam raja,kailan,epal) dan
3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan)–kuantiti susu bergantung kepada saiz arnab..Kebiasaanya , pada usia 6-8 minggu..anak arnab boleh diceraikan susu.

Advertisements
 
9 Comments

Posted by on July 30, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags: , , ,

Ada Pedigree kah?

  • *Jika tiada perkataan pure @ asli @ original bermakna arnab tersebut tiada pedigree dari ARBA, BRC atau mana2 yang sewaktunya dengannya
  • *Jika ada perkataan pure @ asli @ original bermakna arnab tersebut kena disertakan pedigree dari ARBA, BRC atau mana2 yang sewaktu dengannya
  • *Jika tiada perkataan pet quality atau show quality bermakna arnab tersebut tiada pedigree dari ARBA, BRC atau mana2 yang sewaktu dengannya
  • *Jika ada perkataan pet quality atau show quality bermakna arnab tersebut kena disertakan pedigree dari ARBA, BRC atau mana2 yang sewaktu dengannya
  • *Pedigree selalunya akan dapat ketika arnab tersebut berumur 6 bulan++
  • ‎*Jika ada perkataan import tidak semestinya arnab itu adalah pure @ asli @ original, sama sahaja dengan arnab2 biasa, melainkan jika ada pedigree

Yang Benar
Mohd Khairi Bin Rahmad
0173165406

Saya copy paste sahaja daripada penulisan saudara Mohd Khairi..Beliau nie dah ada pengalaman 5 tahun import arnab..Saya nie baru nak bertatih-tatih…saya ucapkan bebanyak terima kasih di atas penerangan yang jelas tersebut. Harga arnab-arnab yang mempunyai sijil pedigree adalah lebih mahal daripada biasa…harga ratusan atau ribuan ringgit adalah perkara biasa. Meskipun mahal, anda sebagai pemiliknya sudah tentu amat berpuashati apabila memilikinya..Proses pensijilan pedigree juga terhad kepada masa, iaitu sijil ini hanya diberikan kepada arnab yang berusia 6 bulan ke atas.

Seperti yang kita ketahui, biasanya arnab pada usia 2 bulan dikira sudah boleh dijual kerana telah cerai susu, tetapi confirm lah anda tidak akan dapat sijil pedigree meskipun ibu/bapa arnab adalah dari purebreed.

Isu ini saya timbulkan kerana, kadangkala saya lihat ada penjual arnab yang main letak harga sahaja pada arnab mereka, harga mencecah ratusan…tetapi tiada sijil..sebab itu apabila saya lihat sesiapa yang menjual harga seekor arnab pada harga ratusan, saya akan bertanya, “Ada Sijil Pedigree ker?”

Jadi, diharap apabila anda nak beli arnab..selidik dahulu samada pure @ asli @ original? pet quality atau show quality? Kerana apabila dinyatakan begini, seharusnya arnab tersebut mempunyai sijil pedigree. Dalam ertikata mudah, xde sijil…x pure..xde pet quality show…

Dan lagi satu, tips daripada saya…jika nak pasti kan sesuatu arnab itu baka asli atau tidak..anda harus lihat ciri-ciri yang ada pada arnab tersebut…kebanyakan yang dijual di Malaysia nie telah dikacuk…dan dikacuk demi kacukan…susur-galur arnab ini harus dipelihara agar bakanya terpelihara…

Sebagai contohnya, anda lihat gambar di atas..Arnab tersebut ialah baka Dwarf Hotot…simple nak tau..dwarf mestilah saiz arnab dewasa kecil, berat antara 800g-1kg. Hotot pula, di sekeliling telinga dan mata berwarna hitam. Jika ada spot hitam di area lain, maknanya tidak pure..Lebih lanjut, anda perlu rujuk di ARBA.

Oleh itu, tidak kiralah arnab anda memiliki sijil pedigree atau tidak, peliharalah arnab anda sebaik mungkin, dengan penuh kasih-sayang..dan hasilnya pasti lumayan juga! 🙂

 

Tags: , , , , ,

Rumput Israel sebagai makanan arnab

Sebelum ini saya tidak tahu bagaimanakah rupanya rumput Israel..rupa-rupanya rumput nie biasa saya lihat di semak-samun, dalam hutan, tepi-tepi jalan,di sekitar kawasan yang terbiar atau di kebun-kebun. Tumbuhan ini tumbuh dengan subur terutama di tanah berpasir dan kawasan yang agak redup. Daunnya bersaiz kurang daripada 3 cm lebar  dan 5 cm panjang. Manakala batangnya agak lembut dan berair serta bunganya berwarna putih.

Tumbuhan ini tumbuh menjalar atau tegak. Kebiasaanya dijumpai di bahagian utara Semenanjung, di kawasan berpasir.

ARA SONGSANG

Acanthaceae

Asystasia  coromandeliana

Ara Songsang/Rumput Israel

Khasiat rumput Israel ialah seperti berikut :-

  • mengandungi Crude Protein yang tinggi berbanding rumput-rumput lain
  • boleh juga untuk merawat masalah batin arnab, contoh…jika nak kasi arnab subur,sering beranak-pinak..kasi jer makan rumput nie

Tapi, di kawasan sekitar umah saya nie xde pulak rumput Israel nie tumbuh melata..jika ada dah lama saya kasi jer pada mereka..jika rumput Israel nie ada di kawasan sekitar anda bagi jer lah pada arnab anda..mereka pasti sukakannya!

Pastikan rumput Israel tu tiada terkena semburan racun..nanti mati lak arnab tu…..

 
Leave a comment

Posted by on July 22, 2010 in Arnab & Herba

 

Tags: ,

Khasiat Daun Kemangi / Lemon Basil

Hari ini saya mengetahui khasiat daun kemangi daripada saudara Fahmie. Daun kemangi juga dikenali sebagai ‘Lemon Basil’ kerana baunya sama seperti serai. Lemon Basil nie salahsatu tanaman yang sering saya tanam di dalam games Farmville di Facebook…hehe..masa tanam tu, tertanya-tanya gak, pokok apa la nie..tapi disebabkan saya merasakan namanya agak unik, jadi sering la tanam pokok nie…

Inilah rupanya pokok kemangi aka Lemon Basil >>

Daun kemangi ini berkhasiat untuk arnab, juga bagi manusia..tidak kira lelaki mahupun wanita..

Saya senaraikan khasiat-khasiatnya :-

Bagi Arnab

– mengatasi masalah batin (jantan), membanyakkan susu (betina)

Bagi Wanita

– Berkhasiat menyembuhkan gangguan pencernaan, masalah payudara, gangguan menstruasi
– Bahan penjagaan tubuh seperti sabun mandi, minyak wangi, pelembab tubuh, dan minyak aroma terapi. Namun penggunaan kemangi sebagai minyak urut sebaiknya tidak diaplikasikan terhadap wanita hamil.
– Jika dicampur dengan lulur, kemangi dapat merangsang peredaran darah di tubuh sehingga kulit lebih halus dan berkilau, serta mengatasi masalah jerawat keguguran rambut.
Bagi Lelaki

-Dapat mengatasi masalah ejakulasi prematur, boleh meningkatkan daya tahan sperma serta mencegah kemandulan.
Khasiat lainnya

  • Kemangi juga boleh mengatasi influenza,  sakit telinga dan sakit kepala / migrain, jangkitan usus, dan gangguan saraf, menghalang gigitan nyamuk.
  • Kemangi juga kaya akan betakaroten dan magnesium, mineral penting yang berfungsi menjaga dan memelihara kesihatan jantung.
  • Mengatasi masalah perut kembung dan masuk angin, menyapukan rebusan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa pada bahagian perut, dada dan punggung.
  • Mengatasi masalah bau badan dan bau mulut dengan cara meminum air rebusan kemangi.
 
3 Comments

Posted by on July 17, 2010 in Arnab & Herba

 

Tags: , , , ,

Tips hari ini..

Di sini saya ingin share kn tips yang saya dapat daripada ahli fan di Rabbits Lover @ Pencinta Arnab..post nie sebenarnya sudah jauh ke belakang…jd saya publish kn di blog ini supaya mudah untuk anda membacanya dan mendapat manafaat bersama 🙂

Tips penjagaan anak arnab & menyusukan arnab

 
Leave a comment

Posted by on July 16, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags:

Khasiat Akar Ginseng Jawa

Tahniah saya ucapkan kepada Mardziana & Rohani kerana arnab mereka telah selamat melahirkan 5 ekor anak malam tadi. Penantian akhirnya membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka…tu diaa…dapat 5 ekor skaligus…saya pun seronok mendengarnya..

Nampaknya dalam 2-3 hari nie kena la mereka bersusah-payah sedikit kerana mummy bunny belum pandai nak menyusukan anaknya lagi…xpe..biar susah-susah dahulu, senang kemudian…anak-anak arnab nie comei-comei belaka…geram melihatnya!!

Saya mengetahui sesuatu daripada Mardziana hari ini..rupanya arnab jantannya telah diberi makan akar ginseng jawa..ginilah rupanya pokok nie..macam pokok bunga jerr..Ginseng jawa nie juga dikenali sebagai Akar Som.

>>  Pokok akar ginseng jawa

Rupa-rupanya ada banyak khasiat akar ginseng jawa nie, bukan kepada haiwan tetapi kepada manusia juga..Khasiatnya juga menyamai ginseng Cina dan Korea.

Khasiat Akar Ginseng Jawa

  • khasiat daunnya (dijadikan sebagai ulam)

– dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan .

dapat menambahkan susu ibu/arnab betina

– ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit gula merah untuk merawat bisul.

– merawat masalah batin dalaman haiwan (arnab) dan manusia.

  • khasiat akarnya

– sebagai ubat batuk dan masalah paru-paru. Contoh :- Penyakit asma.

 
10 Comments

Posted by on July 14, 2010 in Arnab & Herba

 

Tags: ,

Kunjungan kak Syamsye sekeluarga..

Pada hari Ahad yang lepas, saya menerima kunjungan kak Syamsye sekeluarga dari Simpang Pelangai..Kak syamsye nie aktif gak dalam Fanpage Rabbits Lover @ Pencinta Arnab tu..seronok akhirnya dapat bersua muka..selalu hanya online sahaja…

Sebenarnya kak Syamsye nie banyak jugak bela rabbits..macam-macam jenis…tapi belum ada yang beranak lagi..rasanya dalam 3-4 bulan lagi mesti kak Syamsye pun akan menimang cahaya mata…hehehe…nanti mesti tak menang tangan..

Bila rabbits kak Syamsye dah beranak, saya pulak akan zoooooom ke Pelangai lak…

>> Kaler coklat,kelabu dan oren telah berpindah ke rumah baru, sarat sgt dh kat cni..

 
1 Comment

Posted by on July 13, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: