RSS

Monthly Archives: August 2010

Arnab kembung perut

Oke…kat cni saya letak kan sahaja masalah dan rawatan arnab yang mengalami masalah kembung perut…

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on August 30, 2010 in Penyakit Arnab

 

Tags:

Mummy Summer beranak 5 ekor..

Sungguh tidak disangka-sangka, 29 Ogos 2010 si Mummy Summer pulak beranak 5 ekor. Petang seperti biasa ketika sedang memberi arnab makan, terdetik di hati saya untuk melihat di jaring menampung najis arnab kerana pada mulanya saya terlihat sedikit bulu di bawah sangkar Summer..
eh….eh…kelihatan 4 ekor anak Summer sedang tidur berbaris di situ….ohhhh…terkejutnya saya! Sebab saya menjangkakan Summer akan bersalin selepas raya..awal sungguh…Manakala seekor lagi agak jauh sedikit, juga sedang tidur lena..
Ke semua anak-anak Summer nie jatuh ke bawah sebab sangkar buatan sendiri untuk Summer tu memang agak besar antara jaringannya…memang cadang akan dipindahkan, tapi tak sangka pulak kelahirannya anaknya terlalu awal. Hanya beza sehari sahaja dengan Mummy Twinkle…hehe..sebaya lagik anak mereka…dapatlah saya melihat perubahan saiz di antara anak Mummy Twinkle dan Mummy Summer…anak-anak Mummy Twinkle nie cepat membesar dan saiznya agak besar…
Proses pemindahan sangkar dilakukan, ke 5 ekor anak Summer diletakkan ke dalam bakul..Pokok napier segera ditebang untuk diberikan kepada si ibu arnab yang baru lepas bersalin…kalut la jugak kami di petang itu, walhal sedikit masa lagi dah nak berbuka…hari pun semakin gelap…
Pagi tadi, saya lihat ke empat-empat ekor anak Summer sedang elok tidur kekenyangan…aikk..mana lagi sekor yang berwarna hitam?…saya angkat bakul, rupa-rupanya ada di bawah bakul…penyet le sket…errmm..Summer…summer..sib baik la anak tu tak mati penyet…okla..pas nie saya nak ikat bakul tu supaya Mummy Summer xleh nak tunggang terbalik kan sangkar lagi….
 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

Newborn 3 litters

Mummy Twinkle telah selamat melahirkan 3 ekor arnab pada 28/8/2010 ( 18 Ramadhan 1431H), 2 ekor putih bercelak dan seekor hitam. Saya menjangkakan kelahiran anaknya pada ujung-ujung Ramadhan, tapi nampaknya awal la pulak…pagi seperti biasa ketika hendak memberi arnab makan dan minum, saya lihat penuh bulu-bulu putih di dalam sangkar Twinkle di atas tanah. Di sisi sangkar pula, seekor anak arnab berwarna hitam kelihatan….ohhhh! Mummy Twinkle sudah beranak rupanya…..

Cepat-cepat saya ambil bakul dan meletakkan anaknya di dalam bakul. Kemudian saya meneruskan memberi makan dan minum kepada arnab lain…alahaiiii! Sian sungguh….seekor lagi saya jumpa anak Twinkle di atas tanah sedang penuh berlumuran dengan semut….saya cuci dan buang segera semut-semut tersebut…berbintat jugak la kena gigit dek semut..

Ketika sedang sibuk mengutip semula bulu-bulu Twinkle yang telah jatuh ke bawah sangkar, anak saya Si Syuhada memberitahu saya ada anak arnab dalam longkang…haaa?? terkejut saya…punya la jauh dari sangkar Twinkle..bole merayap jauh lak dalam longkang….Alhamdulillah…sib baik la semua babies selamat…Mummy Twinkle pun da nyusukan 2 ekor anaknya, kecuali yang seekor terjatuh ke dalam longkang terpaksa disusu secara manual…

 
4 Comments

Posted by on August 29, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

Teknologi EM hilangkan bau busuk ternakan

MELAKA 2 Okt.- Mikro-organisme berkesan (EM) adalah satu teknologi yang telah terbukti berjaya menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk dari ladang ternakan sejak sekian lama.

Ia menggunakan kaedah sejenis mikro-organisma yang ‘baik’ yang akan menguraikan bau gas amonia yang busuk dihasilkan daripada najis binatang ternakan kepada gas yang tidak berbau.

Bagaimanapun, beberapa penternak yang telah menggunakan teknologi tersebut mendapati EM bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah bau busuk dari ladang ternakan, malah secara tidak langsung turut meningkatkan hasil ternakan mereka.

Pengusaha ternakan puyuh, Mohd. Khairul Izwan Selamat, 29, yang mula mengunakan EM pada awal tahun ini berkata, dia bersyukur kerana EM bukan sahaja membantunya mengatasi masalah pencemaran, tetapi juga meningkatkan hasil pendapatannya.

”Sejak menggunakan EM, reban puyuh saya tidak lagi berbau busuk dan ternakan juga semakin cepat membesar.

”Kebiasaannya, seekor puyuh akan dijual selepas 35 hari menetas, tetapi dengan mengunakan EM, ia sudah boleh dijual pada umur 28 atau 29 hari dan menjimatkan kos makanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dari segi penjimatan kos makanan puyuh, Mohd. Khairul yang memulakan ternakannya pada 2003 berkata, secara anggaran, satu reban yang mengandungi kira-kira 7,000 ekor puyuh memerlukan makanan 150 kilogram (kg) hingga 200 kg sehari dengan kos setiap kampit 50 kg dedak ialah RM105.

Ini bermakna, jika satu reban puyuh dapat dijual dua hari lebih awal berbanding tanpa menggunakan EM, saya sudah dapat jimat kos manakan sebanyak kira-kira RM820 sedangkan kos belanja EM tidak sampai pun RM60 sebulan untuk ternakan 35,000 ekor puyuh.

”Dengan menggunakan EM juga, tumbesaran puyuh juga meningkat 20 hingga 30 peratus pada umur 28 atau 29 hari berbanding tanpa mengunakan EM yang memerlukan masa 35 hari untuk mencapai berat tersebut,” katanya.

Jelas beliau, kadar kematian puyuh juga dapat diturunkan kepada lapan peratus berbanding 15 hingga 18 peratus tanpa mengunakan EM.

Tambahnya, penggunaan teknologi EM juga mudah digunakan iaitu dengan mencampurkan 354 liter air hujan (tanpa klorin) dengan 3.6 liter cecair teknologi EM.

”Ia mudah digunakan sama ada mencampurkannya ke dalam dedak atau disembur ke dalam reban secara terus kepada puyuh kerana ia tidak akan memberikan kesan sampingan.

”Mikro-organisme yang terkandung dalam cecair teknologi EM yang disemburkan ini seterusnya akan bertindak menguraikan gas-gas amonia yang berbau busuk dan panas ini kepada gas yang tidak berbau,” tambahnya.

Disebabkan faktor persekitaran yang tidak panas dan berbau busuk katanya, ternakan puyuh akan tinggal dalam suasana selesa, sekali gus cepat membesar kerana selera makan yang meningkat.

Tambahnya, najis puyuh tersebut juga boleh digunakan secara terus sebagai baja tanaman kerana telah diproses di peringkat awal menggunakan EM untuk menjadikannya baja kompos.

”Biasanya, tanpa menggunakan EM, najis tersebut perlu diproses dahulu menggunakan EM, tetapi disebabkan telah diproses sebelum ia menjadi najis, ia boleh digunakan secara terus.

”Ia secara tidak langsung memudahkan dan memberi pendapatan sampingan kepada pekerja saya kerana baja kompos ini dijual pada harga runcit antara RM3 dan RM4.80 untuk setiap 40 kilogram,” katanya.

Bagi Abdul Hamid Khairuddin, 44, yang mengusahakan ternakan kambing di Institut Teknologi Pertanian Sungai Udang, di sini, berkata, kambingnya tidak mengeluarkan bau busuk seperti kebanyakan kambing peliharaan penternak yang tidak menggunakan EM.

”Pernah sekali dulu saya menyertai satu ekspo dan orang ramai yang datang terkejut melihat kambing saya yang sihat dan bertanya mengapa kambing saya tidak berbau seperti kambing lain.

”Kemudian saya cakap, inilah kelebihan menggunakan EM dan mereka terkejut kerana ia betul-betul berkesan walaupun harganya yang murah di pasaran,” katanya sambil menambah najis haiwan tersebut juga tidak mengeluarkan bau.

Menurutnya lagi, semua penternak di Melaka tidak perlu menunggu masa yang lama dan berfikir panjang untuk menggunakan teknologi EM kerana ia terbukti sangat berkesan dan memudahkan urusan seharian mereka.

”Ada sekali dulu, saya cuba buat ujian, biarkan najis haiwan ini di kandang selama sebulan, tetapi ia masih tidak mengeluarkan bau yang ketara malah lalat pun tidak banyak.

”Hendak bersihkan najis di kandang pun tidak susah, kerana ia tidak berbau dan tidak perlu lagi risau terkena bahan kimia kerana EM ini bebas kimia,” katanya yang telah mempunyai kira-kira 300 ekor kambing hasil menggunakan EM.

Sumber >> harizamrry.com

 
5 Comments

Posted by on August 25, 2010 in Buletin Terkini

 

Tags: ,

Arnabku sakit…

Baru-baru ini Si Kiko yang beranak 7 kelihatan monyok sahaja…telinga ke belakang, tidak tegak seperti biasa…Apabila dilepaskan di atas tanah pun, dia duduk sahaja…tidak bergerak..selalunya bila dilepaskan luar sangkar, sudah pasti akan segera berlari-larian…

Kemudian, saya memberinya napier…tidak jugak disentuh…walhal makanan favourite tu..Jadi, saya memberinya ulam raja…erm..makan jugak….tapi sikit sangat…

Saya pegang telinga Kiko, wah..sungguh panas! Badannya juga agak panas….Mesti disebabkan beberapa hari sebelum ini hujan agak kerap turun, tempias hujan telah terkena ke badan Kiko..di hidungnya pun ada kesan selesema….jadi saya tukarkan Kiko ke sangkar lain..

Pada mulanya saya ingatkan dia stress dengan anak 7..jadi saya asingkan sangkar mereka….setelah difikir-fikir, pada petang itu, saya masuk kan semula anaknya bersama-sama dengan Kiko..kerana anaknya baru berusia 3 minggu, sangat memerlukan susu ibu..meskipun mereka telah pandai makan pellet dan minum air..napier & ulam raja pun favourite mereka nie…

Bila saya masukkan sahaja anaknya ke sangkar Kiko, semua berlumba-lumba minum susu…Kiko meskipun sakit, dengan penuh ketabahan seorang ibu, memberi juga anaknya minum susu….

>> Silky

Lama tak bercerita tentang Silky nie…Silky nie bila da makin besar, sekarang nie usianya dah 10 bulan..makin agresif dan nakal sekali…kaki gaduh pun sama gak…pantang nampak arnab jantan lain, mula la dia nak tunjuk hero…dulu penah dia bergaduh ngan Winter sehingga darah menitis-nitis ke dalam sangkar kerana kepala Winter tersangkut masuk..eeii..ngeri sungguh..Sekarang nie, untuk mengelakkan sebarang pergaduhan berlaku, saya buat partition setiap sangkar dengan menghadangnya dengan karpet kecil..

2 hari lepas Silky terlepas dari sangkarnya, sudah diikat jaring tu..tapi pandai jugak dia menyelit..bila dapat tangkap dia..rupa-rupanya dah kena sakit mata…seluruh mata dah jadi merah…takut nak tengok..jadi, seperti biasa saya menitiskan ubat sakit mata..Alhamdulillah, sehingga ke hari ini sakit matanya telah beransur pulih…..

 

Tags: , ,

Pergi jua akhirnya

Cici in memories

Sumber >> Blog kak Syamsye

Kini anak-anak Cici yang 4 ekor telah pergi mengikut ibunya…usaha kami untuk menyelamatkannya dengan mendapatkan ibu susuan/angkat tidak berjaya…pemberian susu secara manual dengan menggunakan botol susu juga tidak berjaya, anak-anak Cici masih kecil, amat memerlukan ibunya…kesian sungguh saya melihatnya…hendak menyusu pun dah tak mampu, lemah sangat…badannya masih bernafas…perut semakin lama semakin kempis….dan akhirnya hanya menunggu untuk kembali bersama ibu mereka….jikalah ada rawatan ICU sudah tentu saya akan hantar jer ke klinik…tetapi tiada…

Hari Rabu, seekor telah mati, Khamis 2 ekor pula mati…dan hari ini Jumaat seekor lagi turut mengikut jejak langkah mereka…Pelbagai usaha telah dilakukan dengan cuba menyusukan kepada 3 ekor arnab betina…tetapi nampaknya nasib tidak menyebelahi kami, sayu hati ini melihat mereka pergi hari demi hari…

Buat Kak Syam sekeluarga, saya berharap semuga di lain masa akan berpeluang untuk menimang ‘cahayamata’ lagi…yang pergi tetap akan pergi…Patah tumbuh hilang berganti…mungkin juga ada kesilapan kita di mana-mana yang menyebabkan pemergian mereka…tapi yelah, anak-anak Cici terlalu kecil, celik mata pun belum, mungkin dengan pemergiannya ialah jalan paling terbaik..kita tak tak tahu rahsia yang Tuhan tetapkan..mungkin juga nanti akak akan dikurniakan anak-anak arnab yang banyak sedikit masa lagi….

 
4 Comments

Posted by on August 20, 2010 in Buletin Terkini

 

Tags: , , , ,

Usia Anak Arnab

Usia Anak Arnab

  • Anak arnab tidak berbulu atau hanya berbulu sedikit 1-7 hari
  • Telinga anak arnab masih tertutup 1-7 hari
  • Mata anak arnab celik 9-14 hari
  • Telinga anak arnab mula menegak 9-14 hari
  • Bulu tumbuh sepenuhnya 14 hari
  • Anak arnab mula aktif, kadangkala mula makan pellet dan minum air 12-15 hari
  • Anak arnab semakin aktif, berlari dan berjalan 15-20 hari
  • Anak arnab ketakutan,terkejut dengan bunyi bising 15-20 hari ke atas
 
5 Comments

Posted by on August 19, 2010 in Artikel Arnab

 

Tags: