RSS

Arnab dan Kepercayaan Cina

07 Feb

Tahun Baru Cina yang baru sahaja disambut oleh masyarakat Cina meraikan kedatangan Tahun Arnab bagi tahun ini. Tahun Arnab dikatakan sebagai tahun yang memberikan kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran. Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia.

Pakar Feng Shui, yang juga Naib Presiden Operasi Peruncitan dan Perundingan World Of Feng Shui, Phillip Lim, berkata ekonomi kebanyakan negara berpeluang untuk menikmati pemulihan positif.“Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya.

“Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti,” katanya.

Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.

Lim berkata, masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.
Bagaimanapun, beliau berkata, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau.

Selain itu, katanya, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga.

“Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.

“Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.

“Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat,” katanya.

Bagi pelajar pula, Lim berkata, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.

Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.

Antara selebriti antarabangsa yang dilahirkan dalam Tahun Arnab ialah Angelina Jolie, Johnny Depp, Eva Longoria, Brad Pitt, David Beckham, Kate Winslet, Drew Barrymore, Bridget Fonda, Lisa Kudrow, Elizabeth Shue, Lauryn Hill, Sheryl Crow, Tiger Woods, Nicholas Cage, Quentin Tarentino, Sting, Andy Warhol, Frank Sinatra, Albert Einstein dan Arthur Miller.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasyarakatCinanantikemakmuranTahunArnab/Article/index_html

 
Leave a comment

Posted by on February 7, 2011 in Artikel Arnab

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: