RSS

Category Archives: Al-kisah arnabku

Semua OKE..

>> Anak-anak Mummy Kiko

Anak-anak arnab yang kini tinggal 10 ekor, alhamdulillah semuanya sihat belaka.Cuma seekor, chesnut saya lihat badannya agak kecil berbanding yang lain..macam lemah dan kadang-kadang jatuh terbaring. Adakah ini dinamakan ‘peanut’? Setahu saya istilah peanut nie cuma baka ND sahaja..tak taulah jika boleh digunapakai bagi baka lain. Di matanya pula ada sedikit macam bengkak, saya bubuh ubat sakit mata nampak macam oke la sket…tapi, malang sungguh nasibnya..kakinya pula bengkak..mungkin termasuk celah sangkar, dan berlaku infection.Saya sapu la minyak gamat, harap-harap sembuhlah.

Manakala lagi 3 ekor anak Mummy Summer baru jer celik mata. Ada 3 ekor semuanya..sekor chincilla,sekor chesnut dan sekor lagik corak macam Spike..heran jugak melihat anak Summer kali nie..langsung xde ciri-ciri Mummy Summer, tetapi mengikut ciri-ciri Spike & Tweet pulak…aii…tak ingat pulak adakah saya telah mengawankannya dengan kedua2 Spike & Tweet? Apa-apa pun alhamdulillah, semua sihat..Mummy Summer very protective…semua anaknya disorok jer bawah perut dia…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 13, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Roboh sudah…

Terkejut sungguh saya melihat tempat letak cages arnab tu da roboh…bahagian besi kat bawah yang saya letakkan gutter (tempat tadahan tahi arnab) tu dah separuh patah, jaring tampung tahi pun dah tercabut….tengok-tengok si Tweet pulak terlepas…si Tweet nie memang suka nak wat orang marah jer lah…dah di kuarantinkan pun leh jugak dia menyelitkan diri kuar dari sangkar….eeeiii…gerammm..

 

Sekarang nie, macam kurang oke la sket kedudukan gutter tu…errmmm…tapi memang semua besi tempat letak arnab tu da berkarat…nampak gayanya memang kena buat yang baru lah…atau guna kayu lebih baik?? ermmm…

 
Leave a comment

Posted by on March 6, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

tragedi Mac…

Malam tadi, sekembalinya dari mengambil Mummy Twinkle & Mummy Summer ( baru beranak pada 1 mac lepas, 3 ekor), anak angkat Mummy Blink ( anak Mummy Twinkle) ntah camna terlepas dari sangkar…bayangkan kul 11 mlm dok terkejar2 menangkapnya semula….adoooiii…sib baik la tak susah sangat pun…
Pagi tadi, saya lepaskan di taman mainan ke semua anak-anak arnab kecuali anak Mummy Summer yang baru lahir. Seronok melihat mereka semua bermain-main, makan rumput dan terlompat-lompat. Saya kira ke semuanya ada 10 ekor..rupa-rupanya seekor anak Mummy Blink ( anak tunggal) dah xde (sepatutnya  11 ekor)…eh…ilang ke mana pulak…Nie mesti kes terlepas malam tadi, tapi tak perasan sebab dah malam buta. Hmm..xde rezeki la nampaknya nak melihat anak Blink membesar..Jadi sekarang nie, Mummy Blink cuma tinggal dengan 3 ekor anak angkatnya sahajalah…haaii..Blink..Blink.camna la leh terlepas pulak..mungkin sebab berat badan mereka dah  makin bertambah, jadi cage tu melendut dan ada lubang sket yang membolehkan mereka menyelit keluar….

 
Anak Mummy Kiko pulak ketika di kampung, telah dibaham dek kucing ketika adik ipar saya sedang memberi Kiko makan….kucing nie memang pantang ngan anak arnab…jadi diharap anda semua, berhati-hatilah dengan kucing sebab ianya merupakan musuh utama bagi anak-anak arnab…Total kematian anak arnab setakat ini ialah 4 ekor..kesemuanya angkara kucing durjana itu….ohhh….sedey nyer laa…

 
Kualiti sangkar harus dipertingkatkan lagi…tapi iyelah..ajal dan maut itu di tangan Tuhan…cage yang berjaring besar kesemuanya telah dibubuh jaring2 kecil..tapi, lain pulak yang berlaku…anak arnab terlepas keluar dan disambar dek kucing….

 
2 Comments

Posted by on March 4, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , , ,

Perkembangan terkini…

Sejak akhir-akhir ini saya banyak mendapat pertanyaan dan booking pembelian arnab. Mungkin agaknya sekarang ini Tahun Arnab ramai yang berminat untuk membeli arnab. Memang tidak disangkal lagi arnab ini sememangnya haiwan yang menarik, manja dan comel.

Untuk pengetahuan anda semua, buat masa ini saya mempunyai 12 ekor anak arnab yang berusia 2 minggu. Jadi, kena tunggu diorang semua besar dulu baru leh lihat kualitinya bagaimana. Kali ini kebanyakannya ialah anak-anak Spike dengan Mummy Blink, Mummy Kiko dan Mummy Summer (bakal beranak tidak lama lagi)..

Manakala Mummy Twinkle dikahwinkan dengan Tweet…Asalnya anak Twinkle nie ada 6 ekor..hilang 2 ekor..seekor pula dijadikan anak angkat Mummy Blink sebab saya lihat, badannya terlalu kurus jadi diberi kepada Mummy Blink. Sekarang ini anak angkat tu dah sihat walafiat..gemuks sungguh!

Mummy Kiko pula telah selamat beranak pada 13 feb 2011 sebanyak 7 ekor. 4 ekor berwarna hitam, nanti dah besar mesti akan menjadi chesnut atau chincilla. 3 ekor lagi bercorak sejibik seperti Spike. Tak sangka la pulak. Seronok rasanya..dan tak sabar nak lihat bagaimana la rupanya anak-anak Kiko nie…Oh ye..disebabkan banyak sangat anak Kiko nie, jadi saya ambil 2 ekor dan diberikan kepada Mummy Blink sebagai anak angkat…hoho…banyak nyer anak angkat sampai 3 ekor…anak sendiri ada sekor jer…(Anak Blink yang berwarna hitam, yang luka tu da mati tempohari…xtau sebab apa mati…badannya tetiba membengkok dan mengeras…)

Ketika balik ke Perak, saya bawa balik sekali Mummy Blink beserta anaknya yang 4 ekor itu..Alhamdulillah..semua sihat walafiat. Untuk membanyakkan susu Mummy Blink, saya beri dia alfalfa hay…memang berselera dia makan…maklum la dlu tuan asalnya memang bagi alfalfa hay…

 
Leave a comment

Posted by on February 19, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Ilang la pulak..

Hmm…2 ekor anak Twinkle yang berwarna putih telah hilang tanpa dikesan. Mungkin terkeluar dari sangkar dan telah di ngap dek kucing. Kucing liar memang selalu kuar masuk kat kawasan umah saya nie….geram tul la ngan kucing tu..Dah la gemuks2 lak yang ilang tu (mcm kat pic sebelah nie)

Jadinya, saya pindahkan mereka ke sangkar yang jaringannya bersaiz lebih kecil. Sure xleh kuar punyer lah!

Oh yea…Pertandingan Arnab menarik sedang berlangsung. Jangan lupa mengundi yea.. SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI k!

Terima kasih daun keladi 🙂

 
Leave a comment

Posted by on February 12, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

1st time la katakan…

Errm….si Mummy Blink masih tidak pandai menjaga anaknya..xde jilat or cuci badan anaknya…menyusu manual sudah tentu sekali perlu dilakukan oleh saya. Tapi, xde la susah sangat, sebab Mummy Blink nie bila dipegang memang senang..manja…dok diam jer dia..tak macam Mummy Twinkle..suka sangat menggelupur…dah la badan besar, kuku lak tajam…tapi Mummy Twinkle dah pandai jaga anak dia..semua anaknya gemuk2 belaka…tunggu anaknya besar jer lah..Alhamdulillah….

Disebabkan Mummy Blink takde menyuci anaknya, saya basahkan tisu dan bersihkan badan dan buntut anaknya. Buntut anak arnab nie perlu dicuci supaya memberi rangsangan kepada sistem perkumuhan dia..kalo tak dicuci, sistem akan tersumbat.

Tapi, pagi tadi saya tengok ekor anak Mummy Blink yang warna kelabu tu dah kontot ekornya…kena makan dek Blink la tuh…ish..ish….apa daa Blink nie…mungkin juga dia tergigit masa nak mengeluarkan suratkhabar dari bakul tu..Di ambilnya suratkhabar jadi tempat lapik tahi dia pulak….sabo jer ler…Luka di bahagian perut si kelabu tu nampak da makin oke, saya bubuh lagi la minyak gamat supaya cepat sembuh.

Cadangnya nak ambil la gambar anak-anak Mummy Blink nie…hmm..takde rezeki la nampaknya…bateri kamera pulak kena charge.Adeh!

Jom layan dulu gambar masa Blink & Spike masa muda remaja…hehe…

 
Leave a comment

Posted by on February 10, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Blink kini menjadi Mummy!

Sungguh tak sangka, rupa-rupanya si Blink ini telah bunting selama ini. Cage memang dah diasingkan, dan saya ingatkan si Blink nie masih belum matang kerana usianya baru 4 bulan. Apabila si Spike nak mengawan dia akan berlari atau menyorok. Siapa la agaknya bapa kepada anaknya yea? hehehe..

Pagi tadi, ketika mahu memberi arnab makan & minum, saya lihat ada bulu di bawah cage Blink dan seperti uri…eh? siapa beranak? Bila dilihat di cage Blink, ada 2 ekor anaknya! Seekor kepalanya tergantung di cage..kesian sekali melihatnya…Segera saya mengeluarkan anak tersebut daripada celah lubang cage.

Sebenarnya, cage si Blink nie memang saya dah lapik dengan lapik getah toilet…tapi si Blink nie habis dibuang nyer semua lapik tu..saya ingat, xpelah kalo dah taknak..saya xde la letak lagi lapik tu…Rupanya dia bunting…x pasal2 jer anaknya tergantung di cage tadik….Cedera sket anaknya tu di bahagian perut…dah sapu ngan ubat luka, hopefully umurnya panjang la..Saya lakukan proses menyusu manual kepada 2 ekor anak Blink dan termasuk seekor anak Twinkle..dapatlah Mummy Blink sekor anak angkat. Anak Twinkle tu gagal bersaing dengan beradik yang lain, dia sekor jer paling kurus…harapnya bila dah diletakkan sekali ngan anak-anak Blink, okela nanti..Masa saya lakukan proses susu manual tu, Mummy Blink nie baik jer dia…elok dok diam..2nd birth nanti mesti la senang…

Anak Blink nie sekor kelabu dan sekor putih…yang putih tu macam ciri-ciri Blink…Kita tengok la nanti bagaimana rupanya bila diorang besar nanti..

 

 
2 Comments

Posted by on February 9, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,