RSS

Monthly Archives: October 2009

Kutu lagik..

erm..nampaknya makin teruk la serangan kutu pada arnab2 cute kesayangan ku ini…nampak winter dan summer dh ada lak bulu yg mula gugur…

harapnya hari ni smpi la powder kutu yg kak ac beli kan dari Melaka tu…

dan Bubbles jugak makin teruk la penyakit kulit dia…uhuhu..camna nk buat nih?? sapu ubat krim yg Vet kasi tu cam xde kesan jer…

someone pls help me..

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on October 29, 2009 in My Bunnies

 

Tags: , ,

Cara Memandikan Arnab

Memandikan arnab sebenarnya adalah tidak digalakkan kecuali jika arnab tersebut kotor sangat, badannya perlulah dicuci dengan cara mengeringkannya betul-betul. Jika tidak dikhuatiri ia akan menyebabkan arnab sakit atau dijangkiti kutu kerana persekitaran yang lembab merupakan salahsatu faktor kutu boleh membiak.

mandi arnab

Pertama kali saya memandikan arnab adalah disebabkan badan arnab saya iaitu Bubbles yang berlumuran dengan air kencing akibat tidak dapat mengimbang badannya dengan betul ketika ‘wryneck‘ tempohari.

Berikut saya letakkan perbincangan berkenaan memandikan arnab daripada forum BicaraJutawan.com

quote : shamza

>>Kalau macam saya la, kalau dah tahap kritikal tu….biasanya saya mandikan dengan campuran setengah tutup Dettol dengan 1 baldi air(besar). pastu make sure lap kering, kalau ada hair dryer lagi baik. Untuk lebih berkesan, semburkan dengan cecair nyah kutu (lupa lak apa namanya sebab skang kat ofis, bendanya kat umah) One most important thing, jaga kebersihan sangkar. Najis dan air kencing kena selalu dibersihkan. Jangan letak sangkar ditempat lembap. Sekali sekala dedahkan arnab pada matahari (awal pagi atau lewat petang). Kalau dah tahap gaban tu, suntiklah Avermectrin. Gerenti cure…..Insya Allah….

>>Boleh guna Dettol, saya selalu gunakan bila mandikan arnab 2 minggu sekali. Just make sure ada2 bau je Dettol tu, jangan pekat sangat. Satu lagi, jangan mandikan bahagian kepala. Pastu bilas ngan air bersih sekali, baru lap kering. Tempat2 luka, leh sapu minyak gamat sikit2 je.

Kalau arnab bulu kembang tu (anggora), cuba beli sikat yang cam berus tu (kat petshop ada jual), sisir bulunya seminggu sekali kurang2. Dalam pada sisir tu ada gak kutu yang terkeluar.

Untuk elak lalat, saya biasanya lepas cuci sangkar, saya spray ngan campuran Dettol n Serai Wangi Alfi Hanif tu, campurkan setengah tutup je dua tu + air, masuk dalam spray botol kecik tu then spray pada lantai keliling sangkar. Jangan spray dalam sangkar, jaring atau arnab tu, kang kiok lak. Setakat ni memang takda lalat atau bau.

Penyebab kutu biasanya disebabkan persekitaran kurang bbersih, lembap atau berdekatan ngan ternakan seperti ayam itik. Dia boleh merebak ke arnab lain. Kalau dapat asingkan arnab yang kritikal tu sebelum kutu tu cari perumah baru.

quote : iceburn

>>mandikan arnab?
sila baca artikel ini>>>> Arnab Kiut Comei: *.* Arnab Mandi (Paru-Paru) dan Bulu Arnab Bergulung *.*
selalu jadi kes mandikan arnab nih dua kali, first mandikan utk bersihkan, secondly mandi jenazah…

quote : shamza

>>Setuju dengan anda, tapi mengikut Vet dan JP, bagi mengekang penularan penyakit menjadi lebih serius, perlu dimandikan arnab tersebut. Ini yang dipraktikkan oleh Vet.

>>..nak mandikan arnab…pegang kat ketiak dia tu, pastu tangan satu lagi ceduk air then curah paras tengkuk je sampai elus2 cecelah bulu2 dia. Tang buntut ngan kaki je kena gosok2 sikit. pastu bilas ngan air bersih, pastu lap kering2. Ada hair dryer, guna la lalu2kan je. Takda letakla bwah rembang2 matahari je. Jangan gi jemur lak, terkezut beruk kawan tu. Lepas sejuk, tetiba panas lak….

quote :  iceburn

Ramai golongan Vet selalunya mempraktikkan ilmu penjagaan penyakit kucing dan anjing, tapi kurang beri penekanan untuk penyakit² arnab. Ini kerana kedudukan arnab sebagai binatang pet di Malaysia tidak duduk ditempat pertama.
Mungkin anda terlepas pandang mengenai tulisan saya didalam blog mengenai struktur organ penafasan arnab.
Berikut beberapa petikan dari blog, kebanyakan isi yang ditulis didalam blog saya ambil dari pengalaman penternak² lama dan blog² luar negara. Perkara mengenai memandikan arnab ini juga pernah dibincangkan didalam thread ni, mungkin anda terlepas pandang di page² lepas atau mungkin tidak pernah baca langsung.
dari blog>>
“Untuk memandikan arnab pada sesetengah kes dan sesetengah pendapat mengatakan tidak mengapa. Ini berlaku jika(tidak mengapa memandikan), arnab tadi selepas dimandikan terus(secepat mungkin) di keringkan dan biarlah didalam keadaan suhu yg dapat memanaskan badan dia balik(suhu bilik pon okie).
Sesetengah pendapat ahli jemaah pula, melarang kita memandikan arnab, cukuplah disembur dengan semburan syampu dan dilapkan dengan kain basah. Selepas itu secepat mungkin juga di keringkan.
Perkara ini berlaku kerana struktur paru-paru arnab amat sensitif. Jika sedara perasan, arnab selalunya bernafas agak laju, mungkin saiz paru-paru yg kecil menyebabkan ini berlaku. Pada keadaan normal, perkara ini tidak mengapa, tetapi dikhuatiri hayat arnab akan berakhir selepas dimandikan, terpaksa pula mandi sekali lagi untuk mandi jenazah…
Begitu juga keadaan organ-organ yg lain, seperti masalah jantung kecil juga menjadi antara faktor utama pembunuh arnab secara tiba-tiba. Pemberian makanan yg berlebihan (selalunya yg mengandungi lemak/fat byk) akan mengakibatkan obesiti dan perkara ini membawa kepada serangan jantung.”

Pada saya, untuk memandikan arnab mengikut tatacara yang dipraktikkan anda itu tidak ada masalah, cuma bila membicarakan skala penternakan dan pemelihara hobi, memandikan arnab mungkin perkara yg diketepikan.
Jadi,
Ada sepasang arnab, bolehlah dimandikan, kalau mati boleh pegi petshop beli lain.
Ada 100pasang arnab, tak payah mandi, praktikkan penggunaan immunisasi dan pencegahan penyakit yg lain.


 
59 Comments

Posted by on October 28, 2009 in Info Sihat

 

Tags: ,

Menu Baru

Semalam sy pegi ke  pasar sehari di Raub dan beli sedikit ulam raja. Apabila sampai di rumah, saya campurkan epal, ulam raja dan pellet..berselera sungguh diorang makan!

-Winter tengah makan epal

– arnabku yang cute tengah menjamu selera

– summer la yang paling suka makan ulam raja & epal..pellt xmo makan dah!

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2009 in My Bunnies

 

Tags: , , ,

Summer

Ruangan khas untuk summer pulak :)..mix angora..bulu kembang..so cute!

Tabiat terkini ialah memunggah makanan…habis satu bekas!

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Album, Summer

 

Tags:

Kiko

Ruangan ini ialah untuk Kiko.

Akan di updates dari semasa ke semasa.

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Album, Kiko

 

Tags:

Aksi-aksi Arnab Cute…

Di ruangan ini saya muatkan koleksi gambar-gambar yang menarik untuk anda semua peminat-peminat setia arnab cute.

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Album

 

Tags: , , ,

My Bunnies’s IC

Baru jer siap IC untuk Bunnies kesayanganku ini..Ada 2 jenis jer bunnies setakat nie, iaitu Mix Angora dan arnab daging.

Semuanya makin membesar, kuat makan dan amat pandai memilih makanan. Bila dilepaskan dari sangkar, Summer yang paling pantas sekali terus berlari ke rumput yang ada sedikit di rumahku itu.


Bagaimanalah agaknya respons diorg bila alfalfa hay tiba ye? Harapnya diorg suka la makan.

Toys yang sy belikan untuk diorg tempohari dh smpi dh…nak sumbat alfalfa hay di dalamnya 🙂

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in My Bunnies

 

Tags: , , ,