RSS

Monthly Archives: March 2010

Rumah Arnab Sudah Siap!

Minggu lepas iaitu hari Sabtu-Isnin saya balik kampung di Perak. Arnab-arnab semua telah di hantar ke kg suami saya dengan 2x trip..suami saya demam pada hari Sabtu, mungkin kerana kepenatan ataupun sebab tidak cuci tangan selepas mengangkat sangkar-sangkar arnab ke dalam dan ke luar kereta.

Saya juga mengesyaki punca anak saya sering demam mungkin juga disebabkan oleh arnab-arnab ini. Sebabnya anak saya selalu bermain dengan anak-anak arnab dengan cara menggendong anak arnab di bajunya. Bulu-bulu dan kotaran mungkin telah tersedut masuk dan menyebabkan demam..Tapi yang balik menakjubkan ialah apabila saya kata,  nak balik Perak pada anak saya tu, dia terus sembuh..Semangat nak balik kampung, jumpa Pah dan Tok..kami memang lama dah tidak balik kg sejak Hari Raya Haji tahun lepas.

Tadi, selepas saya menghantar Syuhada ke taska saya singgah sebentar di rumah baru. Wah! Rumah arnab-arnabku sudah siap (^_^)..cantik dan kemas buatannya..muatlah untuk menampung semua 14 ekor arnab sekarang ini. Di masa akan datang saya pun tidak pasti berapa ekor arnab yang akan kami bela 🙂

Petang ini, setelah balik dari kerja suami saya akan mengambil sebahagian arnab dan esok akan ambil lagi sebahagian..

Rumah arnab nie nanti, kami akan buat sistem saluran air dan bekas makanan yang boleh menampung pellet sehingga 4-5 hari. Jadi, nanti bila nak balik kg di Perak tak perlu lagi hantar arnab-arnab ke kg suami saya..

Saya akan beli online Rabbit Nipple Water Feeder di Arnab Riverstone

Bekas makanan cadangnya nak buat cam ginilah..bekas makanan nie boleh disangkutkan di sangkar..

 
6 Comments

Posted by on March 23, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , , , , ,

Jual dan beli arnab?

Lagi 4 hari genap la usia anak-anak Kiko 1 bulan..tak sangka cepat jer dah besar 🙂 . Semalam jiran Cina datang tengok arnab..berkenan sungguh dia ngan anak-anak arnab tu..dlu pun dia pernah datang. Katanya dia nak beli sepasang anak arnab. Memang nak jual tapi kena tunggu anak-anak arnab tu besar sket. Sekarang nie semua masih sedang menyusu. Saya lihat anak-anak arnab nie dah mula makan pellet dan minum air. Takde la bergantung pada susu ibu semata-mata.

Jika semua dah ok, nanti saya akan asingkan anak-anak arnab nie dan bubuh dalam sangkar lain. Sapa nak beli pun bole jerr..tapi adik-adik ipar semua dah booked 😛

Jadi, tunggu lagi la mak-mak arnab beranak. Tak sabar tunggu anak Twinkle lak..sure comei dan besar2..

 
Leave a comment

Posted by on March 19, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

ala la la…tomei nyerrr…

Saya masuk kn entri kali ini koleksi anak-arnab kiko dan summer..enjoy yea..

>> Bubbles nie sibuk jer lah 😛

 
2 Comments

Posted by on March 11, 2010 in Album, Babies, My Bunnies

 

Tags:

Adorable cute little bunnies

Seronok melihat perkembangan anak-anak arnab nie..daripada asalnya seolah-olah tidak berbulu, kini semuanya sudah berbulu lebat dan mata masing-masing telah terbuka. Dapat melihat dunia..asyik keluar dari kotak jer..bila waktu siang saya letakkan anak-anak arnab nie dalam bilik air..sebab sekarang nie cuaca teramatlah panas nyerr..bila dh bubuh dalam bilik air, semua tidur lena seolah-olah dalam bilik air-cond 😛

 
1 Comment

Posted by on March 11, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Kenali Bahasa Arnab

Repost dari Lazybunny

sebentar lagi anda akan diberitahu mengenai apa yang cuba disampaikan oleh arnab anda…. dalam MARI BELAJAR BAHASA ARNAB

1.Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

2.Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy

3.Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar

4.Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja

5.menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.

6.Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

7.Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

8.Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

9.Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda

10.mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex

11.makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien

12. menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu

13.berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.

14.menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba – minta perhatian

15.cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda

16.jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya

17.Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)

18.Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat

19.arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya

20.Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk megawan

21.Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera

22.Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.

23.Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.

24.Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit

25.terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian

26.perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

*** Arnab saya, Bubbles suka berlari mengelilingi 360 darjah..kadang-kadang sambil berlari dan kencing..bab kencing tu yg frust dibuat nyer..

 
12 Comments

Posted by on March 5, 2010 in Artikel Arnab

 

Tags:

Sweet Little Bunnies…

Anak-anak Kiko dan Summer masing-masing membesar dengan baik. Perut sentiasa kekenyangan dengan susu. Dah pandai dah kedua ibu muda nie menjaga anak masing-masing. Yang kelakarnya, gelagat si Summer nie..asyik disorok anaknya di bawah kain,suratkhabar dan bulu-bulu. Kitaorg takut anaknya lemas, angkat sket suratkhabar tu..nanti mesti dia sorok balik anak dia…aii..mentang-mentang la anak tunggal, risau sungguh dia!

Hari ini selepas menghantar Syuhada ke sekolah dan menyiram pokok napier di rumah baru, saya begitu teringin ingin memegang anak-anak Kiko..comel..semua lena jer tido..

baby bunnies>> best nyerr tidooo..

Nie pulak gambar-gambar close-up

Kebanyakan anak-anak Kiko nie ada jangkitan ‘fur mites’ terutamanya di bahagian telinga, rawatan spray syampu telah dilakukan..nanti sembuh lerr tu..Anak Summer lak dah kena jangkitan sehingga area tengkuk..

>> Tidur lena sungguh..

Jadi saya dan Che Na pun melakukan proses pembersihan untuk mengelakkan kemungkinan wujudnya lagi jangkitan kutu..

*** Tak sabar nak tengok bunnies nie bukak mata..

 
Leave a comment

Posted by on March 4, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , , , , ,

Satu keajaiban…

Pagi tadi, kotak sangkar baby Summer telah terbalik dan baby tiada di dalamnya! Kami mencari di sekitar sangkar, tiada kelihatan pun baby Summer..huhu..sedey pun ada..mungkin telah dimakan oleh Summer sendiri kerana saya pernah membaca di blog-blog arnab yang lain bahawa si ibu arnab akan memakan anaknya sekiranya dia tahu anaknya tidak boleh hidup. Dan memang ada titisan darah di bawah sangkar…

Keciwa sungguh waktu itu…semalam kitaorang bertungkus-lumus cuba menyusukan baby Summer, tetapi susu Summer ada sedikit sahaja..kami cuba menyusukannya dengan Kiko tetapi baby Summer tidak mahu. Juga kami cuba memberinya dengan susu tepung Nespray…gagal juga..

Saya pun seperti biasa pergi menghantar anak saya Syuhada ke taska, pergi ke pejabat pos dan BSN. Singgah sebentar di rumah baru untuk menyiram pokok napier..Nampaknya semua tumbuh membesar dengan baik. Mungkin kerana baja asli dari tinja arnab-arnab…hehe..

Apabila sampai di rumah, Bubbles berlari-larian mengelilingi basikal Syuhada seolah-olah ingin memberitahu kami yang dia telah jumpa baby Summer..wah!..terkejut sungguh kami, baby Summer ada di situ..jauhnya..camna pulak dia boleh ke sana? Hairan jugak..jauh tu..

Dalam kepala, mesti sudah mati sebab saya lihat bahagian hidung dan mulut sudah hitam manakala badannya sudah kebiruan….tetapi saya lihat masih ada pergerakan..hidup lagi!..syukur!..memang ajaib kuasa Tuhan..

Saya dan adik ipar (Che Na) cepat-cepat menyusukannya dengan cara mengangkat Summer dan meletakkan baby di atasnya..ohhh..lapar sungguh!

Selepas proses menyusu, sedikit demi sedikit warna kebiruan pudar dan badannya kembali kemerahan..mulut dan hidung juga telah kembali normal..dan sekarang baby Summer sedang tidur penuh lena kekenyangan di dalam kotaknya.

new baby Happy couple

>> Baby Summer berusia 2 hari                                      >> Sayang nyerr Bubbles kat Summer & Baby

Babies Kiko 5days

>> 6 babies Kiko yang gemuk-gemuk belaka    >> Kiko makan pun makin berselera

Tak sabar tunggu bunnies nie buka mata (^_^)

 
2 Comments

Posted by on March 1, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,