RSS

Category Archives: My Bunnies

Kisah-kisah arnab yang saya pelihara..bubbles,kiko,summer & winter.

Ms Florence is here…

Florence, baka Teddy Bear kini berada di rumah saya..usianya telah mencecah 10 bulan tetapi badannya agak kecil iaitu lebih kurang saiz badan Spike & Mummy Blink. Bulu Mummy Florence cantik, panjang dan amat lembut sekali. Terima kasih bebanyak pada kawan saya, Siti & suami yang telah bermurah hati dan yakin menyerahkan Florence
kepada saya supaya dapat dijaga dengan lebih baik.
Tetapi Mummy Florence menghadapi masalah jangkitan di sekitar matanya. Jika tidak silap sayalah ianya sakit mata dan telah melarat menjadi kurap. Bulu dilehernya sedikit gugur, dipercayai masalah furmites. Setibanya di rumah, saya dengan segera merawat Mummy Florence dengan menitiskan ubat mata dan memberinya makan ubat kurap dengan suntikan..Pada waktu petangnya pula, lagi sekali saya merawat Mummy Florence. Kali nie da rasa macam doktor la pulak, siap pakai glove…Jangkitan di sekitar mata Mummy Florence berbau busuk, dan bulu di sekitar mata menjadi keras seperti kuping. Saya potong kesemua bulu tersebut dengan berhati-hati dan mencucinya dengan air bersih.

>> Proses menenangkan Mummy Florence, lihat area matanya seperti ada kuping..bahagian itulah yang saya potong dan buang

Mummy Florence nie dia takut jugak, tetapi setelah dipujuk dia pun dok diam jer ketika menjalani rawatan…chewah! Sambil-sambil tu saya baca la juga Selawat Syifa’. Semuga cepat sembuh dan Florence sendiri berasa lebih tenang apabila saya bacakan selawat tersebut kuat-kuat. Sebelum ini pun, ketika merawat Mummy Kiko yang mengalami
masalah ketulan susu pun saya baca jugak selawat Syifa’ nie…memang arnab nampak semakin tenang. Jadi senanglah
saya nak menjalankan tugas yang sepatutnya. Sebenarnya tugas nie adalah lebih baik jika dapat dilakukan berdua,
tetapi dah xde assistant..semuanya saya lakukan seorang diri dengan penuh keprihatinan dan dengan bantuan dari
Tuhan sahaja.

>> Sebelah mata da selesai


Setelah proses sekitar mata telah selesai, saya grooming pula bulu Mummy Florence…mana-mana bulu yang bergumpal (area buntut) dipotong dan dibuang. Seluruh badannya disyampu dan disikat dengan rapi. Nanti bulu yang baru tumbuh, InsyaAllah akan lebih cantik lagi.

Selepas dibuang bulu sekitar matanya yang sakit…

Hari ke 2 Mummy Florence di sini, saya lihat dia semakin sihat..semuga akan sihat sepenuhnya. Mungkin memerlukan
masa 1-2 minggu jugak.

Oh ye..saya turut memberi dia makan ulam raja, supaya badannya menjadi lebih sihat…ulam nie banyak khasiatnya..

 

 

Tags: , ,

TAHNIAH kepada Pemenang Pertandingan Arnab Menarik!

Syukur alhamdulliah, akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh para peserta kunjung tiba. Pada 1 Mac 2011, pemenang Pertandingan Arnab Menarik telah diumumkan secara rasminya di fanpages Rabbits Lover@ Pencinta Arnab di facebook dan dipersetujui sebulat suara oleh para juri yang dilantik. Berikutan daripada pertandingan ini, ahli fan kini telah mencecah sehingga 4322. Terima kasih kepada semua pengundi dan ahli fans Rabbits Lover :).

Di bawah ini  ialah wajah-wajah arnab comel yang telah menang dengan cemerlang sekali! They’re so cute & adorable..

1st winner

1st winner - missLala, Pemilik : Syakila Izzati

Undian diperoleh : 493

Pandai lak si missLala jelirkan lidah yea…hehe..

2nd winner

2nd winner - Rajja & Ratoo, Pemilik : mamanya Rabbit

Undian diperoleh : 460

Pasangan yg sama cantik, sepadan…sehati sejiwa..

3rd winner

3rd winner - Markonah, Pemilik : Alia lia

Undian diperoleh : 301

Namanya unik sekali….teringat lak citer dulu2… 😛

Terima kasih bebanyak diucapkan kepada ChubbyPetsGarden.com yang menjadi penaja utama pertandingan ini. Berikut ialah hadiah-hadiah yang bakal diperoleh oleh para pemenang. Tahniah lagi sekali saya ucapkan di atas kemenangan anda!

1st winner

  • 3 Boxes of 1kg of Pro Optimum Premium Rabbit Pellets (worth RM 69.00)
  • Fruit Treat Delight Mix Fruit 3 packs  (worth RM 39.00)
  • CoatClean Waterless Bath x1 (worth RM 15.00)
  • Coat Clean Shampoo x1 (worth RM 15.00)

2nd winner

  • 3kg Of Timothy hay  (worth RM 63.00)
  • Coat Clean Shampoo 2 Bottles  (worth RM 30.00)

3rd winner

  • 3kg Of Alfalfa hay  (worth RM63.00)
  • Stain and Odour Remover  (worth RM25.00)
 
2 Comments

Posted by on March 3, 2011 in Buletin Terkini, My Bunnies

 

Tags: , , , , ,

Silih berganti..

Pada hari raya AidilAdha yang lepas, sebanyak 3 ekor arnab iaitu Silky,Winter dan seekor arnab berwarna putih telah dikorbankan. Buat masa ini hanya tinggal 1 induk jantan sahaja iaitu Tweet. Sebanyak 3 ekor anak arnab yang baru lahir juga telah mati akibat tidak menyusu..mungkin kerana Mummy Twinkle & Mummy Summer ini beranak agak banyak pada kali ini ada di antara anaknya yang agak lemah dan tidak mampu untuk berebut-rebut menyusu. Total kelahiran anak arnab ialah 13 ekor, kini tinggal 10 ekor sahajalah. Tadi saya lihat 2 ekor telah mula celik mata..Esok lusa mesti ke semuanya akan celik mata jugak.

 
Peristiwa semalam pula, Si Tweet telah lari dari rumah..cage nyer telah diikat dengan baik tetapi masih jugak dapat lepas keluar. Inilah pertama kali Tweet keluar dari pagar rumah…ntah mana la pegi nyer..risau jugak jika dibaham dek anjing..kawasan nie memang banyak anjing liar yang selalu datang bertandang..

 
Hampir tengahari jiran saya menjumpai Tweet di kawasan longkang. Saya pun cepat-cepat menangkapnya. Busuk sungguh bau Tweet…bahagian belakangnya kotor, hitam..mesti telah terjatuh ke dalam air longkang…haa..padam muka! sapa suh pandai-pandai nak lari dari rumah la konon…haha…


Saya pun mandikan Tweet dengan syampu herba dan bilas dengan air seorang diri…perrgghhh..memang susah jugak…menggelupur tak tentu hala Si Tweet nie..badan dah la besar yang amat…tapi bila saya tenangkan dia dengan gosok-gosok area kepalanya dia oke la..cuma kat bawah perutnya tak dapat nak basuh sepenuhnya…
Saya masukkan Tweet dalam cage portable tu..kecik saiznya..tapi dijamin Tweet xleh kuar punya la…sangkar handmade tu kena modify sket kasi lebih elok…Arnab saiz besar memang leh tembus…hohoho…

 

 

Nanti bulan 12 pulak akan masuk sepasang Fuzzy Lop…x sabar rasanya untuk memiliki mereka nie….

 
Leave a comment

Posted by on November 22, 2010 in My Bunnies

 

Tags:

Riang ria arnabku

Inilah wajah riang ria arnab-arnab ku…

My bunny

>> English Spot | Rm 65 | 3 bulan,Betina

thrianta rabbit

>> Kaler oren | Rm 45 | 3 bulan, Betina & Jantan

Chincilla bunny

>> Chincilla | Rm 35 | 2 minggu ,Jantina lom dikenalpasti,

READY TO SALE umur 2 bulan

 

chesnut bunnies

>> Chesnut | Rm 35 | 2 minggu ,Jantina lom dikenalpasti,

READY TO SALE umur 2 bulan

 

bunnies

Posing…ayu x? hehe…

 

sapa-sapa berkenan leh inform saya di 012 2380538 (dila)..STOK TERHAD..

Penghantaran TIDAK DISEDIAKAN, sila datang ke sini (karak) untuk mendapatkannya.tQ

 
8 Comments

Posted by on November 4, 2010 in JUAL / BELI, Jualan Arnab, My Bunnies

 

Tags:

Rabbit Funland Park, Semenyih Kajang

Saya tertarik untuk pergi ke Rabbit Funland Park di Semenyih, Kajang..di sana bukan hanya ada arnab sahaja, ,malah ada haiwan-haiwan lain seperti kuda,kambing biri-biri,rusa, kura-kura etc. Bayaran kemasukan ialah Rm5 seorang bagi individu yang berusia 2 tahun ke atas. Pony ride : Rm5.

sumber >> http://maizmalik.fotopages.com/?entry=1551790

sumber >> http://hani-farina.fotopages.com/?entry=1852788

Rabbit Funland ini dimiliki oleh Mr David, yg dinyatakan mempunyai arnab sebanyak 30 000 ekor..arnab ternakannya telah dijadikan pelbagai daging proses seperti satay,burger dan sosej arnab. Di sini terdapat kedai makan di mana anda boleh menjamu selera pelbagai jenis masakan arnab. Status makanannya adalah halal dan memiliki sijil daripada JAKIM. Jika anda was-was, x perlu la makan kat cni. Melawat-lawat arnab dan haiwan lain yang ada di sini pun sudah cukup memadai.

Artikel lain Rabbit Funland

Utusan Malaysia

http://harizamrry.com/2008/03/21/rabbit-fun-land-syurga-arnab/

http://www.tourismselangor.org/att.aspx?d=8&at=64

 
3 Comments

Posted by on August 2, 2010 in Buletin Terkini, My Bunnies

 

Tags:

Arnab selesema

Selesema yang dihidapi oleh arnab adalah disebabkan oleh bakteria dari genus Pastulla, jangkitan boleh merebak sehingga ke peparu dan mengakibatkan radang peparu. Ia juga boleh merebak hingga ke bahagian tengah telinga dan mengakibatkan hilang keseimbangan badan serta masalah di sekitar tengkuk. Rawatan awal ialah dengan memberi antibiotik dapat mengawal simpton ini.

Sebenarnya arnab-arnab peliharaan saya sememangnya seringkali selesema. Datang dan pergi begitu sahaja. Tetapi isu ini perlu juga diambil berat kerana kita sebagai penternak atau pemelihara arnab haruslah sentiasa memastikan arnab kita di dalam kesihatan yang baik. Jika kita sendiri demam pun, mesti badan pun rasa tak selesa..betul tak?

Jadi, macam mana nak atasi masalah selesema nie? Semalam, saya dapat tips daripada Dehan iaitu basahkan kain dan letakkan di atas sangkar supaya sangkar tidak terlalu panas. Perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan selesema berlaku. Saya akui cuaca agak panas pada siang hari, dan sejuk pada malam hari.

Arnab saya, Kiko sehingga meleleh hingusnya…sian pulak saya melihatnya.

Nanti saya akan cuba beri saya dia air oren, kerana di dalam air oren terkandung banyak vitamin C untuk menguatkan antibodi arnab.

 
6 Comments

Posted by on May 6, 2010 in My Bunnies, Penyakit Arnab, Selesema

 

Makanan Organik Arnabku

Barulah saya faham apa itu organik..hehe..thanks kepada Fahmie aka owner ArnabKiut..

saya quote shj infonya daripada facebook FAN Rabbits Lover@Pencinta Arnab

“yups, dalam pellet sudah ditambah bermacam² bahan tambahan. kalau ia diberi 100% tumbuhan hijau, baru dikira organik.
kalau disuntik utk ubat dia dari kurap pon da dikira tidak organik, suntikan ivermec perlu tempoh 48hari sebelum boleh arnab itu disembelih… kandungan ivermec yg masih tinggal didalam tempoh itu boleh merosakkan organ dalaman orang yang makan daging (tidak kira arnab atau haiwan lain-kambing, lembu dll)”

Saya memang bercadang untuk hanya memberi arnab-arnab peliharaan saya tumbuhan hijau semata-mata, tetapi semua pokok-pokok masih dalam proses membesar.

napier india>> Napier India, dari sehari ke sehari makin tinggi pokok nie..Semua arnab-arnab suka makan napier nie..yang berumur 3 minggu pun suka makan..

Ulam Raja>> Ulam raja..ketika baru tumbuh tunas, separuh dah kena makan dek arnab..huhu..

 
2 Comments

Posted by on April 30, 2010 in makanan arnab, My Bunnies

 

Tags: , , , , ,