RSS

Monthly Archives: December 2009

Sangkar Arnab Yang Comel

Saya amat tertarik dan terpegun dengan hasil kerja tangan En Omar yang merekabentuk sendiri sangkar arnab ini. Rekabentuknya seolah-olah rumah khas untuk arnab kesayangan anda. Sangat ekslusif, sedap mata memandang. Ianya amat sesuai diletakkan di laman rumah anda terutamanya yang menggunakan konsep English-style.

Sangkar buatan sendiri En Omar, Arnab Riverst0ne lebih cantik dan comel sesuai dengan arnab kesayangan anda yang manja, comel dan penyayang. Sangkar ini juga di jual dengan harga yang amat berpatutan. Anda juga boleh membuat tempahan bagi mendapatkan sangkar yang cantik-cantik ini dengan menghubungi Encik Omar (019-5491121)

Sangkar Laman & Sangkar Si Comel

Sangkar Laman (Rm 58)


Ukuran : Tinggi : 26cm
Lebar : 35cm
Panjang : 43cm
Bahan : Plywood 12mm
Atap : Polycarbonate

Sangkar Si Comel (Rm148)

Muka Hadapan:

Tinggi : 58cm
Lebar : 45cm
Panjang : 56cm
Bahan : Plywood 10mm
Atap : Polycarbonate
Cat : San Cora

Muka Belakang:

 
15 Comments

Posted by on December 24, 2009 in Sangkar Arnab

 

Tags: ,

Baka arnab

Baka arnab dibahagikan kepada 3 iaitu baka pendaging,baka bulu dan baka hiasan.

Baka pedaging telah dibiakkan atas ciri pertumbuhan dan capaian saiz yang cepat, meat ratio yang tinggi, tahap kesuburan yang tinggi. contohnya New Zealand White, California, American Giant Chincilla.

chinchilla

newzealandwhite
Baka bulu pula adalah baka yang dihasilkan atas tujuan untuk mendapatkan “wool” atau “pelt”. Antara baka yang terhasil ialah Giant Angora yang dapat menghasilkan wool yang byk sepanjang tahun & Rex yang menghasilkan pelt seakan baldu.

angora rabbit Rex Rabbit

Semua baka diatas boleh dijadikan pet, akan tetapi terdapat baka yang sememangnya dihasilkan khas untuk tujuan pet/Hiasan.

Baka hiasan kurang sesuai dijadikan pedaging kerana capaian saiz yang lambat, bone ratio yg tinggi, lambat matang. Antara baka pet yang kita ketahui ialah Netherland Dwarf, Holland Lop, Thrianta, Lionhead etc.

netherland dwarf

lionhead rabbit

 
2 Comments

Posted by on December 23, 2009 in Spesis Arnab

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Thrianta

Thrianta yang asal adalah baka yang dihasilkan oleh breeder Belanda, Mr Andrea.
(Orange kan warna royal family Dutch)

Akan tetapi sebab kurangnya minat dari breeder belanda, baka ini tidak berkembang.

Di Germany terdapat breeder yang menghasilkan baka seakan Thrianta dan dinamakan Sachsengold. Seorang breeder Sachsengold dr Germany, Mr Kissner telah membeli stock terakhir Thrianta dr Belanda untuk meningkat kualiti arnab nya.

Dan pada tahun 1079, nama baka Sachsengold telah ditukar kpd Thrianta bg memperingati Mr Andrea.

Warna Thrianta – Self Orange, no white belly, tiada Dark rim pada telinga, tiada ticking
Berat – 2-3 kg.

 
2 Comments

Posted by on December 23, 2009 in Spesis Arnab

 

Tags:

My Bubbles sick again…

Semalam sy lihat Bubbles macam kurang sihat, tahi pun berbau..tapi xla assume dia sakit..kalo bukak pintu sangkar lak langsung xmo kuar..tapi saya kuarkan jugak supaya dia leh amik udara segar dan bole berlari-lari..

Alfalfa hay dah abis, jadi makanan all my bunnies buat masa ni ialah pellet sahaja. Nampaknya semua x berapa suka makan pellet tu..jadi semua makan rumput dan daun kunyit yang ada sedikit di tanam.

Hari ini, saya lihat Bubbles mengalami cirit-birit..ohh..Ini bahaya nie!..saya banyak terbaca di blog2 para penternak arnab, apabila arnab mengalami perkara seperti ini harus diubati segera.

Saya pegi melawat ke blog NewHillz, ada informasi tentang perkara ini. Tapi cara mengubati agak ringkas. Saya pegi explore pulak dengan En Google, jumpa blog Lanz Rabbit Studio..di situ ada diterangkan serba lengkap apakah tindakan yang harus dilakukan apabila arnab mengalami cirit-birit.

Penyakit : Cirit (Diarrhea)

Ciri-ciri : Najis berbentuk cair,pada peringkat awalnya berwarna hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.

Punca : Dedaun/rumput berlebihan, mungkin juga disebabkan oleh pellet. Berlakunya peningkatan kandungan bakteria bermasalah seperti Saccharomycopsis spp., Clostridium spp atau yis. Cirit yang disebabkan oleh jangkitan kuman selalunya mengakibatkan radang pada lapisan usus dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera.

Rawatan : Cecair ORS (Oral Rehydrated Salt) kepada arnab untuk mengelakkan kekeringan (dehidrasi) pada badan arnab. Bahan-bahan ORS :-

  • 1 cawan air bersih
  • 2 camca teh gula
  • 1/4 camca teh baking soda
  • secubit kecil garam

Masukkan bancuhan ORS  di dalam botol atau mangkuk minumannya atau mengunakan Syringe.

Bersihkan arnab sekiranya terdapat kotoran di bulunya..tidak perlu dimandikan, hanya perlu cuci bersih sahaja di mana kotoran berada. Juga bersihkan sangkar supaya arnab berasa selesa. Tuannya juga tentu x suka bau busuk kn? hehe…

Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh veterina dan juga memastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Segera bawa arnab anda berjumpa dengan vet secepat mungkin.Biasanya vet akan menyatakan arnab telah dijangkiti  coccidia (coccidiosis). Antibiotik berasaskan sulfat akan diberi. Apabila antibiotik digunakan dalam rawatan, pastikan arnab diberi larutan probiotik untuk menambah semula mikroflora baik di dalam usus.

 
26 Comments

Posted by on December 22, 2009 in Cirit (Diarrhea), Penyakit Arnab

 

Tags: ,

Summer on da house

Koleksi Summer, my bunny 🙂

>> Summer di operation room

>> Dok semula dalam sangkar..susah nk dapat pose menarik ler..penakut Summer nih

>> Makan alfalfal hay

>> Perhatikan bulu Summer yang cantik mengembang..

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2009 in Album, Summer

 

Tags:

Aksi santai my bunnies..

Di sini saya muatkan beberapa gambar aksi-aksi santai dan suasana berehat arnab-arnab saya. Arnab-arnab saya nie lebih suka dok kat luar berbanding di dalam sangkar. Iyelah, dalam sangkar xleh wat pepe..makan..minum..tido..hehe..boring daa… 😛

winter & kiko sedang berehat

>>cuba lihat perut Kiko(coklat) agak bulat sedikit…rasanya tgh bunting tu..

>> Winter & Kiko tengah berehat di bawah air-cond..

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2009 in Album

 

Tags:

Arnab isi kantung Ismail

Arnab isi kantung Ismail

ASALNYA bidang ternakan bukan minatnya, namun disebabkan bosan duduk di rumah selepas bersara daripada sebuah syarikat swasta, bidang yang dulunya bukan pilihan kini menjadi perniagaan yang digemarinya.

Namun bak pepatah ‘belum cuba, belum tahu… sudah cuba, baru tahu’, bidang penternakan yang disertai bagi mengisi masa terluang itu bertukar menjadi bidang perniagaan apabila syarikatnya kini aktif membiakkan pelbagai baka arnab bagi bekalan daging secara komersial selain haiwan peliharaan.

Dengan bermodalkan 40 arnab, Mohd Ismail Padzil, 56, yang memulakan ternakan arnab pada Mac lalu, kini memiliki 1,500 induk arnab pelbagai jenis dengan keupayaan membekalkan 1,000 setiap bulan.

Mengimbas semula pembabitannya, Pengarah Urusan One Stop Rabbit Farm & Trading (1SRFT), Mohd Ismail Padzil, berkata penternakan arnab diceburinya bermula apabila tidak senang duduk di rumah tanpa melakukan pekerjaan selama enam bulan.

Dalam mencari-cari aktiviti sesuai untuk dilakukan, dia memutuskan untuk meninjau bidang penternakan, termasuk ayam, kambing dan lembu sebelum akhirnya meninjau bidang penternakan arnab.

“Sebenarnya penternakan bukan bidang yang saya minati, dan saya tidak pernah merancang atau terfikir untuk mengusahakannya ketika bekerja dulu.

“Namun disebabkan tidak betah duduk di rumah lepas bersara, saya tinjau sebarang aktiviti bagi memenuhi masa terluang sebelum memilih bidang penternakan dan menyertai beberapa bengkel serta kursus mengenainya,” katanya.

Melalui kursus serta bengkel disertainya, Mohd Ismail memilih untuk membabitkan diri dalam penternakan arnab selepas mendapati haiwan itu lebih mudah diternak berbanding haiwan lain selain tempoh pembiakannya cepat.

Bagaimanapun, baru lima bulan membiakkan baka terbabit, beliau mendapati bidang penternakan arnab ada potensi untuk dikembangkan secara komersial sama ada bagi daging atau haiwan peliharaan.

Ini kerana tidak ramai penternak membiakkan arnab secara komersial selain wujud permintaan tinggi terhadap daging haiwan itu sendiri.

“Waktu lima bulan pertama terbabit dengan penternakan arnab, saya dapati wujud permintaan tinggi bagi memasarkan dagingnya di negara ini, lebih-lebih lagi kurangnya penternak bergiat secara serius dalam menternak haiwan ini dan jika adapun, kebanyakannya bukan Bumiputera.

“Bila ternakan saya berjaya menghasilkan 400 arnab dalam tempoh lima bulan pertama, saya terus bercadang menambah lagi baka baru, termasuk baka arnab daging dan baka arnab peliharaan,” katanya.

Ketika mula-mula mengusahakannya ternakan itu beliau hanya memiliki empat jenis baka arnab, tetapi kini baka arnab dimilikinya mencecah 11 jenis iaitu enam jenis baka arnab daging manakala lima lagi baka arnab peliharaan selain beberapa baka campuran yang disilangkan antara baka yang ada.

Baka arnab terbabit dari jenis New Zealand White, Flemish Giant, California White, Chinchilla, Dutch dan Lion Head bagi jenis baka arnab daging, sementara bagi baka arnab peliharaan pula daripada Angora, Lion Head, Holland Lop, French Lop, Jersey Wobley dan Hotot.

Bukan senang hendak senang. Ketika mula-mula terbabit dalam bidang berkenaan, Mohd Ismail mengakui menghadapi beberapa masalah berikutan arnab dibiakkan menghidap penyakit, termasuk berkudis di badan.

Bagi mengatasi masalah itu, dia mengeluarkan kos tambahan bagi merawat arnab diternak selain menambah beberapa sangkar peliharaan khas untuk mengasingkan arnab yang sakit daripada menjangkiti arnab lain.

“Arnab ini sensitif, jadi bila ada seekor yang sakit kita terpaksa kuarantin yang sakit itu di tempat khas untuk mengelak jangkitan penyakit kepada yang lain.

“Setiap arnab yang lain pula terpaksa diberi rawatan awal bagi mengelak turut terkena jangkitan,” katanya.

Mohd Ismail berkata, selepas enam bulan menceburi bidang penternakan arnab, dia mampu menyelesaikan beberapa masalah, terutama kesihatan ternakannya, malah jumlah arnab dibiakkan turut berkembang sehingga 900 ekor.

Disebabkan perkembangan positif daripada ‘aktiviti’ barunya, dia mengambil keputusan mewujudkan sebuah syarikat yang menghasilkan arnab secara komersial di bawah nama One Stop Rabbit Farm & Trading, yang didaftarkan pada 9 September lalu.

Sehingga kini, iaitu dalam tempoh 10 bulan terbabit dalam bidang ternakan arnab, jumlah ternakannya meningkat kepada 1,500 ekor dan memperoleh pulangan sehingga RM20,000 bagi setiap arnab dijual sama ada bagi membekalkan daging atau dijual sebagai haiwan peliharaan.

Setiap arnab dihasilkannya dijual mengikut kadar harga berbeza bergantung kepada jenis baka arnab berkenaan. Bagi arnab yang dijual sebagai haiwan peliharaan, harganya boleh didapati daripada serendah RM100 manakala bagi arnab daging pula, ia dijual sebanyak RM38 bagi setiap kilogram.

“Di sini kami turut menjalankan proses penyembelihan arnab mengikut hukum syarak dan ia dijamin halal bagi memudahkan pembekalan daging haiwan berkenaan.

“Namun jika ada pelanggan mahukan hidup-hidup tanpa disembelih, harganya pula berbeza,” katanya.

Mohd Ismail berkata, tempoh membiakkan arnab yang lebih cepat berbanding haiwan ternakan lain menjadi faktor ternakan terbabit mudah dibiakkan.

Selain itu saiz arnab yang lebih kecil menyebabkan ia boleh dibiakkan dalam sangkar tanpa memerlukan kawasan pembiakan besar, sekali gus memudahkan pengurusan ternakan berkenaan.

>Profil

NAMA: Mohd Ismail Padzil

USIA: 56 tahun

ASAL: Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor

JAWATAN: Pengarah Urusan

STATUS: Berkahwin

ISTERI: Siti Rafiah Sulaiman

ANAK: Mohamad Azam (21)

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2009 in Buletin Terkini

 

Tags:

Aksi menarik my lil Silky

Kat sini saya muatkan koleksi tomei Silky..memang rasa geram biler tengok Silky nie..kecik dan comel sangat..manja lak biler dipegang..

Silky nie Syuhada yang jaga..kalo orang lain nak pegang pun dia x bagi..

Aksi di luar sangkar pula..

>> Kena dok dlm pot..hehe..

>> sonok mkn rumput fresh!

Operation Room

Di operation room nie la proses-proses seperti bubuh ubat,syampu dan grooming dilakukan.

>> Nie la rupa selepas dimandikan..sian Silky..Syuhada yang mandikan dia sendri…disapunya air seluruh badan silky..pastu lap ngan tuala..Syuhada nie mmg cepat sgt meniru apa yang kita buat..

 
Leave a comment

Posted by on December 20, 2009 in My Bunnies

 

Tags: , , , ,

Bubbles kena grooming..

Dah banyak kali saya grooming  Bubbles nie…hehe..bulu Bubbles panjang sangat dan bergumpal-gumpal. Dan semalam harapnya ialah kali terakhir saya grooming Bubbles..sian gak tengok dia cam ketakutan jer. Ada gak 1-2 kali terkena kat daging Bubbles dek gunting tu..tapi cepat2 saya bubuh ubat luka.

Sebelum grooming

Sebelum grooming

Dan lihat hasilnya selepas grooming..

selepas grooming

Jika lihat Bubbles dari pandangan atas tu, dlu kat ctu sakit, habis bulu xde..skrg nie semua bulu dh tumbuh..lebih cantik dari dlu..I’m so happy :d

Nie pulak peralatan grooming..

Kat sebelah tu ialah bulu-bulu Bubbles yg telah dipotong. Di luar negara, bulu-bulu arnab nie diorg jadikan benang. Memang lembut pun bulu tu..sesuai dibuat benang. Dalam entry yang lain saya akan masuk kn cerita berkenaan proses shave arnab angora untuk diproses bulunya.

 
2 Comments

Posted by on December 20, 2009 in My Bunnies

 

Tags: ,

Tanam sendiri Napier India & Alfalfa

Baru-baru ini terdetik di fikiran saya bagaimana nak support kos makanan arnab yang kian membesar nie..arnab baru ada 5 ekor, dalam sebulan shj kos makanan diorg dh hampir Rm100..banyak jugak tu!

Pellet xde la mahal sangat, cuma kos rumput alfalfa tu yang agak tinggi. Berikutan daripada itu, hari ini saya surfing internet berkenaan benih alfalfa. Ketika sedang mencari-cari dengan pakcik Google terjumpa lak rumput Napier India.Kebanyakan perternak arnab menanam sendiri rumput Napier nie. Rumput napier nie sesuai gak untuk penternakan kambing dan lembu.

Di sini saya ceritakan sedikit kelebihan alfalfa dan napier.

KELEBIHAN ALFALFA


Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Sebab itulah bila orang Arab dari Persia pertama kali menjumpai tumbuhan hijau tersebut beberapa ratus tahun dahulu, mereka menggelarnya “Bapa kepada makanan”.

Alfalfa mempunyai akar yang dalam sekurang-kurangnya 30 meter ke bawah tanah. Dengan itu, tumbuhan tersebut dapat menyerap kekayaan dalam tanah seperti: Selenium, Silicon, tin, zink dan galian seperti potasium, prosperos, gangsa, kobalt, kromium, kalsium, mangan, magnesium, besi dengan alfa dan beta karotin, kabohidrat, protien, vitamen A, C, D, E, F dan B komplek, Fibrin dan sedikit lemak. Ia juga mengandungi 8 keperluan asid amino.

Alfalfa adalah tumbuhan di dunia yang mempunyai paling banyak alkali. Alkali ini menolong mengimbangkan asid bisa dalam badan. Protien yang terkandung dalam alfalfa adalah 18.9% berbanding dengan daging lembu 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%. Kalsium dalam alfalfa adalah 14 kali lebih daripada benih gandum dan 144 kali daripada hati.

Fungsi Alfalfa: –

  • Membantu pesakit asthma dan elergik.
  • Secara tradisional dijadikan makanan tambahan untuk menyelesaikan masalah buah pinggang, pundi kencing dan masalah prostat.
  • Digunakan sejak dahulu kala untuk anti-arthritic, anti-diabetic dan anti-ulcer activity
  • Mengurangkan kolesterol, baik untuk tulang, mengurangkan berat badan, merendahkan tekanan darah tinggi,mencegah penyakit jantung , merawat penyakit kulit (eczema & acne), mengurangkan pertumbuhan sel barah, memperbaiki dan mengatasi masalah prostat,menjadikan kulit,rambut dan kuku lebih sihat , menghapuskan simpton-simpton menopause.

*******

KELEBIHAN NAPIER INDIA

-sumber :  http://newhillz-rarebits.blogspot.com/

Kajian menunjukkan crude protein napier india boleh mencecah sehingga 20.3%. Varieti napier ini digemari oleh penternak kerana menghasilkan 2 kali ganda lebih banyak pengeluaran berbanding varieti Taiwan.

Setelah saya SMS saudara Hairil aka Newhillz, beliau mencadangkan Napier India dan Sweet Potatoes ‘Gendut’ kerana kedua2 jenis tanaman ini mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Buat masa ini saya belum lagi dapat mencari benih alfalfa..mungkin di masa akan datang saya boleh tanam sendiri alfalfa nie.

Saya telah membuat pesanan dengan saudara Hairil, tunggu nak bankin duit jer lah. Dalam kepala dok pikir, kat mana la nak tanam nih..kalo dh pindah umah baru ada gak tempat nak tanam. Jadi buat sementara waktu, tanam dalam polybag la dulu.

 
18 Comments

Posted by on December 18, 2009 in Info Sihat, makanan arnab

 

Tags: , , ,