RSS

Monthly Archives: December 2010

Arnab baru arnab lama..

Masing-masing da pandai posing…

>> Grey & Blink..nk tangkap pic Blink jer, tapi Grey nie xmo bergerak2 ke tempat lain…nak posing jugak…

>> Gaya macho from Spike

>> Comei x?

Anak-anak arnab nie berusia 1 bln ++, Spike & Blink berusia 3 bln ++

 

 
1 Comment

Posted by on December 19, 2010 in Album, Babies

 

Tags: ,

Arnabku yang manja..

Anak-anak Mummy Twinkle

 

>> Usia 1 bln ++, Baka Chincilla, English Spot

 
Leave a comment

Posted by on December 19, 2010 in Album, Babies

 

Tags:

Kisah pellet lagik…

Al kisahnya, suami saya seperti membiasa membeli pellet di lokasi yang sama, brand yang sama iaitu brand Bengy…wondering jugak pesal kali nie kat hujung salahsatu guni tu ada ikat tali….bila dah bukak pellet tu, barulah faham..rupanya pellet tu lain daripada yang biasa dibeli…

Masa baru-baru bukak, baunya seperti alfalfa hay..berwarna hijau agak pekat…nie mesti arnab lebih suka sebab baunya agak harum…rupanya salah sangkaan ku! Keesokannya saya lihat, semua di bawah cage penuh ngan pellet berterabur atas tanah….ohh…pellet itu tidak sedap rupanya…..hmmm…ku keciwa…arnab pun mesti keciwa….

Suami saya beli pulak seguni pellet bengy yang baru…saya campurkan ngan pellet sebelum ini….berselera la arnab saya makan 🙂

 

 
Leave a comment

Posted by on December 18, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Blink & Spike in da house!

My Blink & Spike Spike (kiri) , Blink (kanan)

Ibu : Turkish Angora, Bapa : Holland Lop

Birth : 8/9/2010, Taken : 13/12/2010

 

10hb yang lepas saya balik ke Perak, menghantar arnab, napier India dan EM-4. Jauh jugak arnab-arnab nie merantau..semoga bertambah sihat di tempat baru yea…

Sekembalinya dari Perak 13hb, dalam perjalanan ke Karak kami singgah sebentar di Ampang menemui rakan saya Ct untuk mengambil arnab seperti gambar di atas, Blink & Spike nama diberi ^_^…seronok sungguh apabila dapat memiliki arnab ini…sungguh comei dan gebu skali!

Blink (coklat) , ada sedikit kecacatan di telinganya kerana sejak lahir telah digigit dek ibunya…tapi no hal lah…janji rabbits nie cantik dan baka baik punyerr :). Nanti anaknya yang lahir sudah tentu sempurna sifatnya. Blink nie, kurang mesra sket…hopefully lama-lama nanti oke la…Spike (itam) pulak begitu cepat menyesuaikan diri…manja..makan & minum oke, berselera…Blink nie makan & minum sket2 jer…pertama kali mereka ketemu dengan napier dan ulam raja..wah..sonok melihat mereka makan…Tapi, no more alfalfa hay or gold coins…hehe…pellet bengy tu saya campurkan dengan gold coins..bila da abih gold coins, bengy la sepenuhnya… 😛

Seperti biasa, saya akan letakkan semua kanak-kanak (arnab usia 1-5bln) di taman mainan mereka…berkenal-kenalan la mereka…Alhamdulillah..semuanya baik-baik belaka…umur Blink & Spike nie baru berusia 3 bulan tapi telah menunjukkan ciri-ciri mahu mengawan…sangkar mereka saya asingkan..xleh la dok skali…hehe…nanti da cukup matang, baru leh di mengawankan dengan mummy rabbits sedia ada nie…

more pictures ada kat fanpages Rabbits Lover@Pencinta Arnab 😉

 

 
2 Comments

Posted by on December 16, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Trip ke Rabbit Funland Semenyih

Pada 28/11/2010 kami sekeluarga telah pergi ke Rabbit Funland di Semenyih, Selangor.Rabbit Funland nie terletak bersebelahan dengan Bukit Broga, iaitu tempat bagi penggemar hiking & tracking, juga berdekatan dengan University Of Nottingham (Malaysia Branch).

Lawatan kami ke Rabbit Funland Semenyih bukanlah seperti yang diharapkan. Kerana sesesungguhnya indah khabar dari rupa..Kami menjangkakan sudah tentulah banyak arnab di sini (yang dinyatakan ialah 10 000 – 30 000 ekor). Arnab yang ditempatkan di ruangan untuk pengunjung tidak sampai 10 ekor pun..kawasan tersebut agar luas cuma bilangan arnabnya begitu sedikit berbanding seperti yang kami lawati Taman Arnab di Bukit Tinggi. Nak bergambar dengan arnab pun tidak dapat..cuma beberapa ekor gambar arnab sahajalah…

Kemudian kami lawati arnab yang diletakkan di dalam cage..memang banyak arnabnya..tetapi kurang sesuai untuk pengunjung..tahi arnab bertimbun, dikelilingi dengan lalat dan semut…bagi pengunjung yang 1st time hendak melihat arnab sudah tentu berasa kotor & jijik untuk mendekati cage tersebut…disebabkan saya telah biasa, (rutin harian mencuci cage arnab) selamba jer lah saya mendekati cage untuk melihat baka apakah yang ada..kebanyakannya arnab baka pendaging, dutch,chinchilla. Terdapat sedikit sahaja arnab Teddy Bear & Lop Ear.

Yang menariknya di Rabbit Funland ini ialah Pony Ride khas untuk kanak-kanak.Merasa la si Syuhada naik kuda buat pertama kalinya..tapi amat mendukacitakan juga kerana kuda tersebut, sebelah matanya sakit..hmm..

Antara haiwan lain yang terdapat di sini ialah kambing,monyet,angsa, rusa,kura-kura & lembu.

Kesimpulan yang dapat saya buat hasil lawatan ini ialah pihak pengurusan Rabbit Funland seharusnya meningkatkan kualiti kebersihan & penjagaan haiwan-haiwan yang terdapat di sini. Saya lihat, ada arnab yang mengalami sakit mata,kurap & cirit-birit..Pembuangan najis haiwan haruslah dilakukan setiap hari, supaya tempat ini menjadi lebih sesuai untuk kanak-kanak & golongan dewasa.

 

 
2 Comments

Posted by on December 1, 2010 in Umum

 

Tags: ,