RSS

Monthly Archives: September 2010

Perkembangan my bunnies

Hari ini sudah genap usia anak Twinkle 1 bulan, tapi badannya lebih besar daripada anak Kiko yang berusia 2 bulan lebih..seronok saya melihat perkembangan mereka nie…Anak Summer pun kali ini agak besar jugak badannya, mungkin sebab bapaknya ialah Tweet Tweet..kali ini anak-anak Summer tiada yang berbulu panjang, semuanya pendek sahaja tetapi bulunya agak gebu….memang sahlah anak-anak arnab nie mengikut gen bapanya..nampaknya saya kena la cari baka pure angora..barulah dapat anak-anak arnab yang berbulu panjang….ohh…I missed my Bubbles…

>> Hotot aka English Spot anak Mummy Twinle, Kaler oren anak Mummy Summer

>> Hitam mix angora, oren,english spot

>> Semua dh penat…jd relaks jer la…tengok telinga Winkie tu..macam melambai2 jerr….sapa nk beli bole la..dibuka untuk jualan…betina tu..

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , , , ,

Benih ulam raja & arnab

Biji benih ulam raja untuk arnab anda.

>> Biji benih ulam raja, 1 sachet 120 biji Rm10 shj.

Pos Laju : Rm 6, Pos Ekspress Rm 3

Nama Tempatan : Ulam Raja

Nama Saintifik : Cosmos caudatus

Nama Lain : King salad, Intan Berayun

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai pokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

KHASIAT

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Selain daripada amat berkhasiat kepada manusia, fungsinya atau kesannya terhadap arnab amat baik sekali. Saya memberi arnab saya makan ulam raja dan saya dapati kesemua arnab saya yang sakit, akan cepat sembuh..contohnya, dahulu arnab saya pernah mengalami bengkak susu, sembuh..demam/selesema juga sembuh..Arnab nampak lebih sihat dan cergas. Sememangnya ulam raja ialah pilihan utama arnab saya berbanding dengan pellet. Mereka akan berebut-rebut makan ulam raja nie. Nampak macam sedap sungguh!

Oh ye..jangan berasa pelik apabila melihat warna air kencing arnab anda berubah selepas memberi arnab anda makan ulam raja ini. Warna air kencing arnab akan berwarna coklat. Jadi, jangan risaulah 🙂

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalampasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.

** Buat sementara waktu, pesanan biji benih ulam raja diberhentikan. Sebarang pesanan akan diposkan pada Mac 2011. Harap Maklum.tQ

 

 
36 Comments

Posted by on September 22, 2010 in JUAL / BELI, Jualan Arnab, Ubat

 

Tags: , , , , , ,

Mood Raya Lagi…hehe…

Maaf bebanyak..lama sungguh tak updates blog nie…hampir 3 minggu dah…tapi Alhamdulillah, masih ada pengunjung ke blog saya ini, dari sehari ke sehari makin bertambah..raya kali nie saya balik ke Perak..tinggalkan arnab dalam 4 hari jugaklah…sehari sebelum balik raya, kami bertungkus-lumus memasang sistem perpaipan…tapi kurang berjaya kerana suami saya menggunakan getah bukan PVC..jadi ada la bocor sket…makanan saya dah suppy banyak2…cuma risau sket la bab air tu…

Sekembalinya kami ke rumah, semua arnab sihat-sihat jer…adik ipar pun ada gak menjenguk sekali-sekala..cuma memang 2 hari tinggal arnab camtu jer sebab diorang semua pi Grik, pastu pi Pulau Pangkor…cuti-cuti raya..kami pulak sempat lagi pi singgah kat Cameroon Highlands on da way nak balik Karak…sampai umah dalam kul hampir kul 11 mlm..badan memang penat teramat, tapi digagahkan jugak melawat arnab…

Bila jenguk jer arnab, terus badan segar-bugar…sebabnya dulu masa tinggalkan anak Mummy Twinkle dan Mummy Summer masih kecil lagi, baru berusia 7 hari..tengok-tengok aja selepas 4 hari tinggal, besar sungguh!! Sonok tak terkata! Kiko yang sakit pun, oke jer sihat alhamdulillah….Saya ada tangkap gambar anak-anak arnab nie, tapi ter’delete lak masa kat Cameroon Highlands…erm….dah besar semuanya…makin aktif berlari ke sana-sini….

Nie dia pic yang baru saya tangkap tadi… >> Anak Twinkle baru berusia 3 minggu

>> Summer bersama anaknya, 2 ekor da mati.

Ahad yang lepas 19hb September, rakan-rakan dari sekitar Pahang iaitu ahli fan Rabbits Lover@pencinta Arnab telah datang untuk beraya sambil melawat-lawat arnab…kami borak semuanya pasal arnab jer…seronok sungguh!!! Masing-masing pun dah menimang ‘cahayamata’..Yang paling kelakar, Si Nana yang sibuk nak mencari jodoh untuk ‘anaknya’ yang baru berusia 3 bulan dan ingin berbesan dengan Kak Syam…hehehe….

Part yang paling best pula, bila saya dapat sepasu pokok Akar Ginseng Jawa…terima kasih bebanyak pada Kak Ani dan Nana…jasamu tetap ku kenang…chewah!

>> Pokok akar ginseng jawa

 
3 Comments

Posted by on September 21, 2010 in Al-kisah arnabku, Arnab & Herba

 

Tags: ,

Gambar arnab kurap

Gambar-gambar ini dipinjam daripada blog Hanief

Kiri :  Sebelum                                                                               Kanan : Selepas

Kiri :  Sebelum                                                                               Kanan : Selepas

Arnab ini disuntik dengan Dectomax…selepas seminggu anda akan dapat lihat perubahannya..untuk permulaan kurap anda bole menyapukan minyak zaitun,minyak gamat,atau minyak goreng ikan ke tempat yang dijangkiti kurap tersebut.

>> Dectomax (Doramax) 50 ml

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk ternakan (kambing..lembu lebih sikit..)

 
6 Comments

Posted by on September 5, 2010 in Kurap/scabis, Penyakit Arnab

 

Tags: , ,

Takde rezeki..

2 ekor anak daripada Mummy Summer yang baru lahir tempohari telah pergi meninggalkan kami semua…Seekor berwarna hitam dan seekor lagi berwarna putih. Jika tidak silap saya, sekiranya yang hitam itu elok membesar, warnanya akan bercorak seperti Chinchilla kerana bapanya ialah Tweet (Ducth Chincilla)..xpe lah..lain kali mungkin ada rezeki lagi..

Saya perhatikan 2 ekor anak Summer nie saiznya memang agak kecil berbanding yang lagi 3 ekor tu…rupa-rupanya 2 ekor nie agak lemah, nak menyusu pun tak larat…saya cuba nyusukan secara manual pun gagal jugak…perutnya semakin kempis dan sejuk…selalunya jika tanda-tanda sebegini wujud, dalam beberapa jam anak arnab tersebut akan mati….

 
Leave a comment

Posted by on September 3, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Masalah ketulan susu

Saya baru sahaja terperasan terdapat beberapa ketulan di bawah perut Mummy Kiko … patutlah beberapa hari sebelum nie saya lihat dia monyok, demam dan seolah-olah tidak mahu memberi anaknya minum susu … rupa-rupanya ada satu puting susunya yang luka, tidak jauh daripada puting tersebut terdapat beberapa ketulan. Saya amat pasti itu adalah ketulan susu kerana warnanya pink keputihan (sama seperti warna susu yang berada di bawah perutnya).

Termasuklah hari ini sudah hampir 2 hari saya cuba mencari penyelesaian dan rawatan bagi permasalahan ini. Mummy Kiko telah diasingkan daripada anak-anaknya .. InsyaAllah semuanya akan ok kerana anaknya telah berusia 4 minggu, sudah pandai makan pellet, rumput etc … Risau saya dengan situasi si Mummy Kiko nie ..

Setelah melawat blog dan forum penternak arnab lain, ada yang mengatakannya itu adalah tanda-tanda awal masalah kanser .. ketulan tersebut perlu dibuang dan arnab perlu dimandulkan … erm … sedey mendengarnya … tapi saya yakin ada penyelesaian lain bagi permasalahan ini …

Rawatan dengan memberi arnab makan bunga dandelion dan daun moringa (merunggai, lagi nama lain .. Kelor, munggai, berunggai, … In english Malunggay .. Scientific name is Moringa oleifera, buahnya dipanggil kacang Kelor) juga boleh dipraktikkan ..

Nama saintifik: Moringa oleifera

Famili: Moringaceae
Nama Tempatan: Merungai, kacang kelo

Ciri-ciri: Pokok besar setinggi 7 meter yang ditanam sebagai sumber sayur

Bahagian yang digunakan: Daun dan akar

Cara Penggunaan: Daunnya dimakan sebagai sayur untuk mengalakkanpengeluaran susu ibu.sekiranya buah dada bengkak dan susu tidak dapat keluar, tumbuk daunnya sehingga lumat dan sapukan ke seluruh buah dada. Memakan buah dan daunnya juga boleh memudahkan pembuangan air besar.minyak daripada bijinya boleh disapukanpada sendi-sendi untuk menghilangkan sengal-sengal. Akar yang kering ditumbuk sehingga menjadi tepungdan digunakan sebagai bedak sapu pada perut ibu yang baru lepas bersalin untuk menghilangkan gatal-gatal.

Kajian Saintifik: Dua jenis alkaloid telah ditemui iaitu, fitosterin dan pterigospermin yang didapati mempunyai sifat farmakologis seperti epineprina.

Oke, ini adalah pendapat para penternak arnab lain yang saya dapat daripada blog dan forum ..

Mammary tumor – Joe Meudula forum bicarajutawan.com

Cara rawatannya sama juga seperti abscess capsule (Bisol daa) atau Myxomatosis ……. hanyalah “bedah & buang”, membiarkan keadaan itu lebih lama, hanya akan menambah parah.
Bila dah berakar umbi, ianya tak mungkin boleh dibersihkan secara total, maksudnya … selepas pembedahan pun .. ia akan muncul lagi.
Bagi merawat cancer …. “Biji buah aprikot” … perlaksanaannya hanya boleh didapati di hospital2 di Mexico.
Dari extrak biji buah appricot tadi mereka menghasilkan Amygdalin, laetrile dan vitamin B17 yang dikatakan berkemampuan melenyapkan cancer.
Newhillz

Ada kes yang ibu hasil susu berlebihan .. bila anak dipisahkan secara serta-merta … kelenjar susu membengkak …
Cuba tuam dengan tuala suam dahulu … sambil massage area tu … kalau ada susu keluar … try perah sebanyak yg mungkin … ulang beberapa kali …

Seeloknya ceraikan anak secara berperingkat … dari yang bersaiz besar hingga yg terkecil.
Kecuali kalau kawasan tu merah .. mungkin dah ada infection, perlu dptkan rawatan dari vet segera.
Selalunya mereka akan bagi Antibiotic dan ubat tahan bengkak
Sindrom Ibu Muda (Young Doe Syndrome)

Penyakit ini sering terjadi pada arnab2 betina muda pada kelahiran yang pertama dan kedua.
Penyebabnya adalah septicemia (keracunan darah) akibat mastitis (bisul) sehingga terjadi bengkak pada kelenjar susu.
Kuman stapphylorus aureus memasuki kelenjar susu melaui luka pada kelenjar atau puting susu. Mastitis ini menyebabkan, suhu badan induk panas, nafsu makannya kurang. Puting susu bengkak dan keras, sehingga induk tak mau menyusukan anaknya. Anak-anak arnab itu akan mati kerana tak mendapatkan susu dari induknya.
Rawatan:
Asingkan Induk yang sakit itu.
Penyakitnya boleh di sembuhkan kalau belum terlambat.
Ubatnya, suntikan dengan Penicilin, Dexatozoon, Sulmethonl, Sulfa Strong atau Oxylin.
Selain itu, kandang hendaklah dibersihkan, di sembur atau di cuci dengan Asepto.
Anak-anak arnab ditumpangkan pada ibu tumpang semasa ibu kandungnya disolate.
** Asepto tu adalah produk pembasmian microbilogical organism.
Setelah meng’google’ lagi…saya terjumpa ini untuk dikongsikan…Saya akan segera praktik kan ini supaya susu tersebut cair, tidak berketul lagi..
Rabbit mastitis
Jangkitan saluran susu atau juga dikenali sebagai demam susu. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria, staphylococci (keadaan kronik), streptococci pada peringkat permulaan. Salur susu atau puting susu membengkak dan sakit. Arnab menjadi tidak berselera, tetapi kebiasaannya sering berasa dahaga.
Rawatan : Siramkan air suam beserta antiseptic (Dettol). Apa-apa pun silalah mendapatkan rawatan daripada vet terdekat.
 
2 Comments

Posted by on September 1, 2010 in Arnab & Herba, Penyakit Arnab

 

Tags: , ,