RSS

Mucoid Enteritis

06 Mar

>> Gambar dipinjam dari kak yan, Lola LamanRuhani

Penyakit Mucoid Enteritis atau juga dikenali sebagai mucoid enteropathy merupakan penyakit serius yang menyerang anak-anak arnab, tetapi ianya turut boleh dijangkiti oleh arnab dewasa. Kebarangkalian arnab akan mati adalah amat tinggi. Oleh itu rawatan segera perlulah dilakukan segera.

Simpton penyakit Mucoid Enteritis

  • Terdapat mukos atau lendir di sekitar buntut arnab. Tahi arnab dikelilingi dengan lendir seperti jeli.
  • Sistem perkumuhan tidak berfungsi dengan baik, arnab kurang berselera makan, menjadi terhidrat
  • Arnab menunjukkan tanda-tanda sakit, seperti berdecit atau mengetap giginya

Punca penyakit Mucoid Enteritis

  • Perubahan minum susu kepada pellet. Pastikan pellet yang anda beri arnab makan ialah yang berkualiti baik.

Rawatan Penyakit Mucoid Enteritis

  • Arnab berada di dalam kesakitan kerana terdapat gas yang banyak di dalam perut. Jika kesakitan ini berterusan, arnab akan berhenti makan dan minum. Rawatan cirit-birit boleh dilakukan seperti memberi arnab makan yakult.
  • Punca utama mucoid enteritis harus dirawat. Bakteria berbahaya yang terdapat di dalam usus harus disingkirkan dan digantikan dengan bakteria baik. Pemberian yogurt tanpa perisa (warna putih) adalah yang terbaik.
  • Hentikan pemberian pellet kepada arnab, beri ia makan alfalfa hay dan oat.
  • Lakukan rawatan ORS kerana arnab telah terhidrat dengan banyak. Pastikan ia minum air & makan seperti biasa. Bagi arnab nutrisi yang cukup, NutriCal yang selalunya diberikan kepada anjing dan kucing. Campurkan separuh Pedialyte dengan air dan galakkan arnab minum dengan banyak. Jika perlu, beri arnab minum dengan menggunakan syringe.

Anda boleh juga menggunakan ubat seperti berikut :-

Sumber >> Hanafi Hussin

Hanafi Hussin kaolin & pectin: untuk kawal najis.
ampilin: beertindak sbgai antibiotik.
ors: bagi tenaga.
ubat2 ni semua same je ngn ubat manusia

Sumber >> ArnabKus

 

Semoga entry kali ini dapat menyelamatkan nyawa arnab anda..

 
 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: