RSS

Monthly Archives: October 2010

Jualan Em-4

 

Em-4 ,efektif mikroorganisma

efektif mikroorganisma

 

Kini saya memberi peluang kepada anda agar lebih mudah untuk memperolehi EM-4..EM-4 boleh dimiliki pada harga yang berpatutan iaitu Rm 35 bagi 1 liter EM-4, Rm 25 bagi 500 ml EM-4. Saya menggunakan khidmat pengeposan Courier GDEX, yang dijamin kualiti penghantarannya. Sesiapa mahu mencuba, jangan segan-silu leh hubungi saya di 012 238 0538 (dila). Mungkin bulan depan harga akan dinaikkan berikutan kenaikan harga daripada pihak pembekal. STOK TERHAD! Sapa cepat dia dapat yea :).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kali ini.

Advertisements
 
6 Comments

Posted by on October 28, 2010 in JUAL / BELI

 

Tags: , ,

Em 4 – Effective Microorganisme

EM-4 dipercayai dapat mengurangkan bau busuk, menghalau kedatangan serangga seperti lalat, semut etc dan memastikan kebersihan tempat arnab saya … Em-4 juga akan menjadikan arnab / ternakan menjadi lebih sihat, cergas dan bulunya akan tumbuh cantik … Memang tak sabar nak mencubanya …

Sukatan EM-4 seperti berikut: –

Air minuman haiwan – 1:200, dengan kekerapan setiap 7 @ 10 hari. Atau untuk lebih mudah, 7.5ml Em-4 : 1.5 liter air.

Semburan kandang / reban ternakan – 1:50 -100, dengan kekerapan setiap 7 @ 10 hari

Yang saya tulis di sini hanya sukatan untuk arnab .. ada banyak lagi kegunaannya seperti untuk tanaman cendawan, rawatan biji benih, rawatan bau, semburan tanaman, rumah kaca / tanaman pasu, hidupan air / ikan (kolam) etc .. sesapa nak tau lebih lanjut leh komen di ruangan yang disediakan … sesapa nak dapatkan EM-4 nie juga leh hubungi saya di 012-238 0538 .. ( kat pic nie Em-4, 4 liter, jualan dibuka utk 500ml dan 1 liter EM-4. Saya akan pos dengan menggunakan courier GDEX..)


*** EM-4 wujud daripada EM-1, bahan aktif yang sedia digunakan daripada larutan bahan penapaian.

***** Untuk pastikan samada EM-4 masih elok atau tidak, pastikan baunya berbau masam-masam manis..baunya seumpama buah kerana EM-4 ini dibuat daripada buah. Jika disimpan dengan baik, iaitu EM-4 disimpan di tempat yang tidak mempunyai haba yang tinggi dan tidak bergoyang..ia boleh tahan sehingga 2 bulan. Jika EM-4 anda berbau busuk seperti telur busuk atau hanyir, maknanya EM-4 tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Jawapnya, buang sahajalah ke dalam longkang..

Ini pula pengertian Em-4 yang dikupas dengan lebih lanjut untuk lebih pemahaman ..

EM-4, effective mikroorganisme ialah mikroorganisma yang terdiri daripada organisma Lactobacillus sp. bakteria pengeluar asid laktat, serta dalam jumlah yang sedikit bakteria fotosintetik Streptomyces sp. dan ragi. EM-4 mampu meningkatkan dekomposisi sisa dan sampah organik, meningkatkan kandungan nutrisi tanaman serta menghapuskan serangga perosak dan mikroorganisma patogen.
EM-4 boleh diaplikasi bagi tujuan pertanian, perternakan, perladangan dan penghasilan baja kompos dan ianya dapat meningkatkan kesihatan, pertumbuhan, kuantiti dan kualiti pengeluaran tanaman atau ternakan secara berterusan.
EM-4 juga boleh digunakan untuk mempercepat pengomposan sampah organik atau kotoran haiwan, membersihkan air sisa, serta meningkatkan kualiti air pada kolam udang dan ikan.

MANFAAT EM-4

  • Memperbaiki sifat fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • Meningkatkan ketersediaan nutrisi tanaman, serta menekan aktiviti serangga perosak dan mikroorganisma patogen.
  • Meningkatkan dan menjaga kestabilan pengeluaran tanaman dan menjaga kestabilan pengeluaran.
  • Mempercepat proses fermentasi pada pembuatan Kompos. Kompos yang dibuat dengan teknologi EM disebut dengan bokashi.
  • Memperbaiki komposisi dan jumlah mikroorganisme pada perut ternakan sehingga pertumbuhan dan pengeluaran ternakan meningkat.

APLIKASI EM-4 DI BIDANG PETERNAKAN

  • Mengurangkan pencemaran bau khususnya pada kandang ternakan dan lingkungan sekitarnya.
  • Mengurangkan stress pada ternakan
  • Menyihatkan ternakan
  • Menyeimbangkan mikroorganisma di dalam perut ternakan
  • Meningkatkan nafsu makan ternak
  • Menekan penyakit pada ternakan
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ternakan

Cara Penggunaan:

Sebagai air minum ternak, (sukatan nie juga boleh digunakan selain daripada yang saya nyatakan di atas)

Larutkan 1 cc EM-4 pada satu liter air minum setiap hari.Larutkan 1 cc EM-4 pada satu liter air, dicampurkan ke dalam air minuman ternakan.

Untuk mengelakkan bau kotoran dan kandang ternakan

Larutkan EM-4 dan Molas ke dalam air dengan perbandingan 1:1:100 kemudian disimpan di dalam tempat yang tertutup rapat selama 1-2 hari kemudian digunakan untuk menyembur kandang dan pada badan ternakan dengan dos 10 cc larutan dengan 1 liter air.

 
24 Comments

Posted by on October 23, 2010 in Tips Penjagaan Arnab, Ubat

 

Tags: , , , , ,

Beranak 7, kini tinggal 5 jerr…

Tanggal 18 oktober 2010, Kiko telah beranak sebanyak 7 ekor..1 putih, 6 hitam (nanti mungkin akan menjadi warna chincilla,chesnut,grey)…Kini anaknya cuma tinggal 5 ekor…petang semalam seekor dah mati dalam cage…sekor lagi ilang…saya ingatkan dah dimakan dek Kiko…rupanya pagi tadi saya terjumpa kat atas tanah dah mati kena hurung dek semut…pelik lak..camna leh kuar dari cage…mesti Kiko yang angkut dia kuar nie…(Kiko pandai kuar dari cage, sebab saya tak ikat pun cage tu)

Sebenarnya bukan apa, lambat sket saya updates blog nie sebabnya dah dapat warning lagik dari Celcom pada 15hb ,

“Friendly Reminder: Yr Broadband usage is reaching the allocated 3GB/mth. Pls purchase additional volume or reduce your usage to avoid having yr speeds managed”

Jadi saya kena la berjimat-cermat sket guna line Internet nie…kejap ON kejap OFF jer…nak updates blog pun risau jer sebab bila upload sebarang gambar, usage tu akan meningkat…ishhh…cepat sangat dah hampir 3Gb…Celcom nie kena la bagi usage banyak skit…10Gb kerr…dah la line pun kadang xde…ilang tanpa dikesan….ku bersabar jer la…nie dah 2 tahun guna Celcom broadband nie…Pakcik Streamyx lak payah no nak pi cacak tiang telefon tu….eiii…macam-macam hal laaa….1hb November, Celcom akan reset…baru aman sket nak online…hmmm….

OKelah…nak sambung balik citer pasal arnab nie…sehari sebelum kelahiran anak-anak Kiko, saya telah meng’upgrade’ kan sistem pembersihan atau saluran najis arnab…(amboii…sistem tu…hehe) … memang dah lama nak wat, tapi xtau camna nak implemenkan…sehinggalah saya terlihat sistem yang dipraktiskan pada Xazaquan Rabbitry…saya pun pi kedai hardware (sampai 2 buah kedai…penat woooo)..sebenarnya dok kalut-kalut nak upgrade sistem nie, sebabnya saya tak puashati dengan bubuh jaring jer bawah sangkar tu…nampak cam kotor jer…nak cuci pun macam susah sket..dan kebetulan, saya tengok Si Kiko pun dah start cabut bulu dia sikit-sikit…kang kalo beranak, jatuh atas tanah lak sebab saya dah bukak jaring yang kat bawah sangkar tu…Cepat-cepat pi kedai ngan Syuhada…penat ler dia dok berjalan ke hulu hilir dengan mamanya…

Dah ada semua material, saya pun pasangkan zink dan gutter tu…fuuhhh..penat sungguh wat keje sorang2 nie…tapi semangat nyer pasal…demi arnab-arnab…ku sanggup melakukannya..chewah!! Masa nak pasang zink tu, zink tu berbunyi agak bising…semua arnab-arnab ketakutan…ada sekor tu..yang kaler putih, melompat kuar terus dari sangkar dia…haha…kelakar sungguh…..

Cuba tengok pada pic tu…zink tu masa mula-mula saya pasang tidak tepat pada 45 darjah..tahi dan air kencing bertakung sket la kat bawah tu…kemudian, saya betulkan sudutnya..dan terus jer tahi dan air kencing arnab masuk ke saluran air (gutter)…sekarang nie, asyik kedengaran bunyi..tung…tung…tahi tu jatuh ke bawah dan berlanggar ngan zink…ada irama baru la pulak…hahaha…dan lagi satu…disebabkan arnab dewasa, mempunyai kuasa pecutan tahi yang agak laju..terus menggelungsur ke tanah…terlepas tak masuk ke dalam gutter tu…memang kena ubah la sket design nie nanti….

Lain kali saya xmo guna zink la…saya akan gunakan jaring yang lain pulak…maybe dalam 4-5 bulan lagi la…kita tengok dulu keberkesanan guna zink nie…

 

 
4 Comments

Posted by on October 22, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

Kiko oh Kiko…

Alhamdulillah, Mummy Kiko yang dulunya mempunyai beberapa ketulan susu kini telah tiada lagi..Kiko telah sembuh sepenuhnya…Mungkin juga disebabkan oleh faktor pemakanan yang segar seperti ulam raja dan napier India telah memberikannya kesihatan yang baik…

 

Sekarang ini Kiko sedang menunggu masa sahaja untuk melahirkan..Nie saya nak cerita la sikit berkaitan perangai Kiko baru-baru ini…

 

Sebelum ini saya telah memindahkan Kiko ke sangkar bahagian yang menghadap ke dinding..Saya pindahkan dia ke sangkar homemade ini sebabnya saiz sangkar  agar besar berbanding sangkar portable tu…Badan Kiko nie agak besar jugak..jadi untuk memberikan keselesaan kepadanya saya pindahkanlah dia..

 

Hampir 2 minggu la jugak sejak dipindahkan ke sangkar homemade tersebut, Kiko asyik menunjukkan perangai protes iaitu dengan cari mengais makananan…Pada mulanya saya ingatkan mungkin pellet bila dah dibubuh banyak-banyak kurang fresh..jadi, saya bubuh la dalam 3 genggam sahaja..TAPI, habis jugak dikaisnya…dia makan sikit jer..pastu dikais…geram jugak saya melihat perangainya itu…

 

Akhirnya, saya memindahkan semula Kiko ke sangkar portable yang menghadap ke rumah…tiap kali bila nak bagi makan minum, side sini la akan dapat dulu..side sini jugalah yang menjadi tatapan pengunjung yang datang….side sini juga pemandangannya agak cantik la sket berbanding bahagian sangkar lagi sebelah yang menghadap ke dinding…bosan nyer tengok dinding kan… Rupa-rupanya arnab pun tahu erti kebosanan…

 

Bila saya pindahkan Kiko nie, wahhhh…baik sungguh perangainya!! Makanan langsung tidak dikais..well behave sungguh! … barulah ku tahu rupanya dia nak pindah ke cage sebelah pemandangan cantik….sempit pun sempit lah…janji puashati…agaknya itulah kata-katanya di dalam hati…hehehe…

 

Oke..tu jer lah yang nak cerita hari ini…

 

p/s : lupa pulak nak inform, side yang view cantik nie, saya letakkan ibu-ibu dan anak-anak arnab jer..sebelum nie Kiko jer yg saya letak kat side sebelah yang menghadap ke dinding tu sebenarnya side utk jantan…erm..dia xmo dok kat side jantan kot..hahaha…

 
1 Comment

Posted by on October 15, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Pemakanan Arnab

Pemakanan Arnab


  • Makanan Pellet

>> Contoh Pellet: Pellet Grower

Mengandungi segala zat untuk pertumbuhan arnab sekurang2nya pada kuantiti minimum.

Bagi induk betina dewasa, 120 g / hari / ekor,

penjantan dewasa 60 g / hari / ekor,

anak arnab sebanyak 50 ke 100 g / hari / ekor.

  • Makanan Hijau

Rumput2.sayuran & dedaun-kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, kubis, daun ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun & batang jagung, daun betik etc
Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit -birit.
Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.
Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi ( sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air). Kandungan nitrogen yang diterangkan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.


  • Rumput kering atau hay

>> Kiri: Alfalfa Hay ………… Kanan: Alfalfa Cube

Rumput kering atau rami (hay) merupakan rumput awet yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara berperingkat sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan seratnya.


Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet.

  • 4. BIJI-BIJIAN

>> Jagung

Berfungsi sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Antaranya adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau.


Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya.


Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.

  • 5. Umbi-umbian

>>Ubi Keledek

Antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi kentang dan makanan umbi yang lain. Untuk umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan.

  • 6. konsentrat

Makanan ini diberikan adalah untuk meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat mempermudahkan penyediaan makanan. Ia berfungsi sebagai makanan tambahan dan meningkatkan daya ketahanan haiwan. Antara makanan konsentrat tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu dan sebagainya .
MAKANAN SEIMBANG


Jumlah makanan di dalam komposisi yang seimbang amat penting bagi penternakan arnab. Sumber-sumber karbohidrat, protein, garam mineral, vitamin dan air perlu seimbang bergantung kepada umur, tujuan pengeluaran serta kadar pertumbuhan.
Arnab dewasa, 120 hingga 189 gram konsentrat setiap hari, Arnab bunting / menyusukan anak, keperluannya menjangkau pertambahan sebanyak 25-50%.
Pemberian konsentrat juga dipengaruhi umur dan berat arnab, Arnab muda (2-5 bulan, berat dianggarkan 2 hingga 4kg) – memerlukan 180-200g konsentrat sehari. Arnab dewasa (berat 5kg) – memerlukan 160-180g sehari Arnab bunting / menyusukan anak – memerlukan 200-250g konsentrat sehari.
KOMPOSISI MAKANAN ARNAB


Arnab pejantan yang aktif mengawan, induk betina yang bunting dan menyusukan anak, anak-anak yang ada dalam tempoh pembesaran:
Protein – 14 ke 18%: Lemak – 3 ke 6%: Serat – 15 ke 20%: Abu – 5 ke 6%
Induk betina yang kering, arnab pejantan yang tidak aktif, anak arnab yang mula dewasa: Protein – 12 ke 14%: Lemak – 2 ke 4%: Serat – 20 ke 28%: Abu – 5 ke 6%

Sumber: – Joe Meudula, artikel ini diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman.

 
5 Comments

Posted by on October 12, 2010 in makanan arnab

 

Tags: ,

Makanan Seimbang Arnab

Makanan Seimbang Arnab


Makanan seimbang arnab seharusnya berkhasiat dan diberikan pada masa tertentu yang berjadual. Diet arnab seharusnya mengandungi protein, kanji, vitamin, mineral dan karbohidrat. Makanan yang anda berikan kepada arnab anda, harus boleh dihadam dengan cepat. Jangan sesekali memberi arnab makanan di dalam kuantiti yang
banyak tetapi berilah sedikit demi sedikit dalam jangkamasa tertentu. Apabila anda memberi arnab makan, anda harus mengetahui keseimbangan makanan yang mudah dihadam dengan makanan yang sukar dihadam. Sebarang kesilapan ketidakseimbangan diet akan mengakibatkan arnab mati.

Carta Makanan Seimbang Arnab

Diet Arnab
Kebanyakan arnab makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran merupakan makanan asas arnab, manakala buahan merupakan makanan sampingan bagi arnab. Sayuran yang sesuai utk arnab seperti brokoli, carrot, daun carrot, salad (sgt baik utk arnab kerana mengandungi byk kalsium), bayam (bg sedikit shj kerana kandungan asid organiknya terlalu tinggi). Buah-buahan yang baik sebagai makanan tambahan arnab seperti epal, blueberi, betik, tembikai, mempelam, rasberi, tomato, strawberi, pic, nanas. –

Hadkan pemberian – anggur, betik dan kismis kerana buah-buah ini mengandungi gula yang tinggi. – Pastikan anda membuang biji buah-buahan apabila memberi arnab buah-buahan yang berbiji
Keperluan makanan arnab (berbeza mengikut umur)

Ini dinyatakan dengan lebih lanjut: –


Usia 0-7 bulan:
3 minggu pertama ialah susu ibu arnab.Selepas itu boleh diperkenalkan anak arnab makan pellet, alfalfa, susu ibunya. Teruskan sehingga arnab berumur 7 minggu.Pada usia 12 minggu, anak arnab boleh diberi sayuran, hentikan susu ibu arnab sepenuhnya.Usia 3-7, anda boleh memberi arnab anda hay dan pellet tanpa had

Usia 7 bukan sehingga 1 tahun:


Beri arnab makan hay yang berbeza – timothy, rumput (napier India) Kurangkan pemberian alfalfa dan pelletTingkatkan sayuran dalam diet seharian.Beri buah untuk membekalkan kalori.

1-5 tahun: Diet arnab dewasa.

¼ – ½ cawan pellet bergantung kepada berat badan arnab.

2 cawan sayur yang dicincangBuah-buahan


5 tahun ke atas:


Teruskan diet arnab dewasa selagi bersesuaian dengan berat badannya.Selagi arnab membesar, pemberian pellet dan alfalfa harus diteruskan.Pastikan diet arnab anda setiap hari mengandungi hay, pellet dan makanan segar (sayur-sayuran and buahan).

 
3 Comments

Posted by on October 11, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags: , , ,

Tips membeli arnab

Sebelum anda membuat keputusan untuk memelihara arnab. Pastikan anda mendapatkan arnab daripada pembiak baka atau Breeder yang yang beretika. Dan sekiranya boleh, hindari dari membeli daripada kedai haiwan atau “pet shop” dan juga pembiak baka yang tidak beretika.

Beberapa “red flags” anda perlu tahu dan elakkan sebelum memilih pembiak baka. Ini adalah perlu supaya tidak ada masalah yang akan dihadapi oleh anda dan haiwan kesayangan anda. ”Read Flag” adalah amaran terhadap pembiak baka atau breeder yang tidak bertangungjawab, tidak beretika dan mempunyai reputasi yang teruk.

Berikut adalah “Red Flags” yang anda perlu tahu; dan ini adalah bagi tujuan show atau pun pet.. bukan bagi arnab pedaging

  • mempunyai kuantiti arnab terlalu yang banyak

Dalam menjaga kualiti baka yang dibiak seorang breeder yang beretika tidak akan mempunyai kuantiti haiwan lebih daripada kemampuanya untuk dijaga. Ini adalah kerana apabila berada diluar kemampuan, haiwan haiwan tersebut akan terabai dan tidak mendapat penjagaan yang rapi.

  • sentiasa mempunyai stok dan stok berterusan

Seorang breeder yang baik tidak mempunyai anak arnab pada setiap masa. Ini adalah kerana, memelihara anak arnab memerlukan banyak perhatian dan berjadual. Breeder yang tidak beretika akan sentiasa memastikan arnab dalam peliharaannya melahirkan anak tanpa henti. Arnab bukanlah seperti kilang pengeluaran beras dan gula yang sentiasa mempunyai stok. Membreed sesuka hati dan tidak meningkatkan kualiti tetapi kuantiti. Pembiak baka atau breeder yang beretika, biasa hanya melakuan biak baka bagi peningkatan kualiti. Untuk itu breeder yang baik hanya membiak baka daripada kualiti yang terbaik sahaja. Adakalanya hasilnya tidak begitu memuaskan atau menepati ciri ciri yang dikehendakinya. Tetapi arnab masih mempunyai kualiti yang baik di pasaran bagi tujuan haiwan peliharaan

  • Membiak baka bagi tujuan memenuhi permintaan orang ramai dan juga keutungan semata mata

Pembiak baka yang baik mempunyai pendirian yang kuat pengenai “Breeding” dan mempunyai panduan dan tujuan . Mereka melakukannya bukan bagi memenuhi kehendak pasaran atau pencari keuntungan. Mereka memahami bahawa menghasilkan lebih arnab yang tidak berkualiti hanya menambah kos bagi pengeluaran. Pembiak baka yang tidak beretika bagaimana pun akak terus membiak kan arnab mereka bagi tujuan memenuhi permintaan, mereka tidak memikirkan kualiti arnab dan mungkin akan menghasilkal arnab yang tidak berkualiti dan hanya mengharapkan pulangan wang semata-mata.

  • Mengunakan arnab yang masih belum matang untuk tujuan Breeding.

Breeder yang baik akan mengambil kira tentang kesihatan setiap arnab. Mereka akan menunggu sehingga arnab mencalap umur matang sebelum mengunakan arnab tersebut bagi tujuan Breeding. Breeder yang membreed arnab mereka pada umur seawal 4 bulan bukanlah breeder yang baik.

  • Menjual arnab berumur kurang dari 8 minggu atau 6 minggu sekurang kurangnya

Ini adalah faktor yang amat serius perlu diambil kira. Breeder yang hanya ingin mencapai keuntungan akak segera menjual arnab arnab yang masih kecil. Yang masih memerlukan susu ibunya. Breeder yang baik hanya akan melepaskan arnab mereka kepada pembeli hanya setelah arnab berumur 8 minggu.

  • Menjual atau membiak baka arnab yang bermasalah

Breeder yang baik, tidak akan membiak kan baka arnab yang mempunyai masalah kesihatan atau gene. Ini kerana masalah ini akan terus diwarisi. Pembiak baka yang baik juga akan memaklumkan kepada pembeli mengenai masalah sekiranya ada kepada pembeli. Breeder yang tidak beretika pula akan segera menjual arnab yang bermasalah, tanpa memaklumkan masalah tersebut kepada pemilik baru. Ini adalah satu cara mudah bagi megurangkan bilangan arnab dalam simpananya dan juga mendapat wang mudah.

  • Breeder yang tidak mempunyai baka yang baik

Breeder yang baik menghabiskan masa, tenaga dan wang bagi mendapatkan baka yang terbaik. Ini alah kerana mereka bertanggungjawab bagi meningkatkan kualiti arnab yang bakal di biak baka kelak. Sekiranya mereka tidak mengunakan baka yang terbaik, maka akan terhasilah lebih banyak arnab yang di sub standartkan.

  • Breeder yang melebel arnab hanya kerana permintaan yang tinggi.

Breeder yang baik tidak melebel dan meletakan harga yang tinggi hanya kerana permintaan yang tinggi dari segi warna atau usia arnab. Apa yang penting adalah kualiti.

  • Breeder hanya menunjukan nama dan warna arnab didalam pedigree atau cert dan tidak memberi lebih maklumat megenai arnab yang dijual

Pedigree bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai dan juga rekod bagi breeder. Walaubagaimana pun pedigree tidak lebih daripada sekeping kertas jika hanya tertulis nama dan warna arnab. Pedigree yang baik mestilah mempunya maklumat sehingga sekurang kurang 3 generasi atau lebih. Lebih baik lagi sekiranya tercatat tarikh lahir, tarikh kematian, Sebab kematian, dan juga maklumat kesihatan dan perubatan arnab tersebut. Dan breeder juga bertangungjawab menyatakan perkara perkara penting yang tidak tercatat diatas pedigree.

  • breeder yang kurang atau tidak mengambil berat tentang penjagaan.

Seorang breeder yang baik menhabiskan banyak masa dan juga wang ringgit hanya untuk menjaga arnab mereka. Tidak mengapa sekiranya breeder berjimat dengan membeli barang keperluan arnab secara borong atau pukal, atau membeli sangkar yang telah digunakan.Tetapi tidak bagus untuk breeder untuk terus tidak membeli atau memperbaiki apa yang ada kurang untuk arnab mereka.

  • Breeder tidak mempunyai veterinar sebagai perujuk sekiranya arnab mendapat masalah kesihatan.

 

  • Breeder yang menjual arnab mereka ke Kedai haiwan, Di ekspo atau menjadi makanan reptile

Breeder yang baik tidak akan menjual arnab mereka kepada kedai haiwan, menjual di ekspo ekspo haiwan dan sebagai makanan kepada reptile. Berbuatan tersebut adalah tidak beretika dan hanya ingin melepaskan tanggungjawab kepada arnab tersebut.

  • Breeder yang tidak mahu mengambil semula arnab yang telah dijual.

Breeder yang baik bertangungjawab dengan arnab yang dibiaknya, dari lahir hingga matinya arnab tersebut. Semua breeder yang baik akan menerima semula arnab yang dijual sekiranya dikembalikan oleh pembeli.

  • Breeder yang tidak mempunyai policy atau agreement

Breeder yang baik akan mempunyai policy dan syarat syarat tertentu yang perlu pembeli dan breeder persetujui. Adalah lebih baik sekiranya persetujuan itu disertakan dengan dokumen.

  • Breeder yang tidak membiak baka hanya satu jenis spesis haiwan

artikel dari http://lazzybunny.wordpress.com/

 
2 Comments

Posted by on October 8, 2010 in Artikel Arnab

 

Tags: