RSS

Category Archives: Umum

Umah baru….

Setelah bertungkus-lumus lebih kurang seminggu, proses pemindah arnabcute.wordpress.com ke http://www.ArnabCute.com akhirnya telah hampir selesai pada hari ini…masih perlu beberapa perkara yang perlu di setting…InsyaAllah akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

Jom pindah umah baru ^_^

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2011 in Buletin Terkini, Umum

 

Tags: ,

Undian Pertandingan Arnab Menarik sudah bermula!

Undian Pertandingan Arnab menarik di fanpages facebook Rabbits Love @ Pencinta Arnab telah bermula pada 2 Februari 2011 dan akan tamat pada 28hb februari. Bagi anda yang mahu mengundi, sila KLIK di sini yea. Undilah dengan bijak kerana pemenang dipilih berdasarkan klik ‘LIKE’ terbanyak dan persetujuaan juri-juri yang dilantik.

 
Leave a comment

Posted by on February 4, 2011 in Buletin Terkini, Umum

 

Tags: ,

ALL SOLD OUT!

Alhamdulillah, semua anak-anak arnab telah berjaya terjual. Saya bakal berpindah tidak lama lagi, jadi proses pengurangan arnab terpaksa dilakukan. Apabila telah selesai semua urusan perpindahan, dijangkakan baka baru seperti Netherland Dwarf (ND) dan Holland Lop (HL) akan dimasukkan…memang tak sabar nak miliki baka idaman nie..sesapa leh offer nice price, sila reply topik ini k 🙂

Oh ye! Arnab saya yang mengalami masalah kurap di bahagian kukunya telah 95% sembuh. Memang berkesan ubat Itin Vet Oral Solution brand bexton tu…saya amat mencadangkan anda juga menggunakan ubat ini sekiranya arnab anda menghadapi masalah kurap.

 

 
2 Comments

Posted by on January 25, 2011 in Umum

 

Tags: ,

AMARAN! Jangan Mudah Tertipu!

Sebenarnya isu nie da lama…tapi kali ini saya mengambil keputusan untuk menulisnya di dalam blog ini kerana 2 orang rakan saya sendiri telah terkena dek si A nih! Tahun lepas, kebanyakan para penternak arnab telah terkesan akibat tindakan si A ini yang menekan para penternak arnab dengan cara menjual arnab terlalu rendah daripada harga pasaran sehingga menjatuhkan pasaran dan menjatuhkan kualiti sesuatu baka arnab itu.

Si A, menjual arnab dan pelbagai lagi jenis pets lain di laman web mudah.my..sebuah web yang tidak asing lagi untuk jual/beli barang secara online..sudah tentu ramai para pembeli yang tertipu, tapi tidak tau atau menemui kebuntuan untuk mengatasi masalah ini. Saya berharap apabila isu ini di utarakan dalam blog saya, anda yang membacanya dapat mengelakkan perkara yang sama terjadi kepada anda. War-war kan juga lah pada sahabat handai, keluarga, saudara-mara yang berhasrat untuk membeli arnab secara online. Selidiki dengan baik dulu prestasi seseorang peniaga online itu.

Antara kes yang telah terjadi ialah seperti berikut :-

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Si A menjual arnab, harga yang murah..baka yang dinyatakan memang high demand market..siapa yang tidak mahu memilikinya? Saya pun mahu juga! Tapi disebabkan penghantaran dengan menggunakan bas, dikhuatiri arnab mati etc..jadi, saya tak mahulah nak ambil risiko. Si B melihat gambar arnab di Mudah.My..bankin duit ke akaun si penjual…penghantaran dilakukan…TAPI…lain yang diorder…lain yang sampai…arnab yang dihantar tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam gambar dan kenyataan yang diberi..Ada juga arnab yang sakit…Ada yang terlalu muda usianya..sudah tentu umurnya di bawah 1 atau 2 bulan..masih perlukan lagi susu ibunya…Kebanyakan arnab yang dibeli selepas 1-2 hari akan mengalami masalah cirit-birit dan mengalami kematian…Sungguh kesian pada sang arnab dan pembeli yang teraniaya akibat sikap individu yang tidak bertanggungjawap ini.

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Mengapa agaknya harga arnab yang dijual TERLALU MURAH? Sebabnya arnab tersebut kebanyakannya di import dari Thailand…mungkin di beli ketika arnab tersebut baru lahir…apabila di promosi di laman web mudah dikatakan arnab tersebut telah cerai susu dan berusia 2 bulan ke atas..sebenarnya bukan ini yang terjadi..saya sendiri telah bertanya kepada kawan saya, memang saiz arnab tersebut terlalu kecil…badannya lemah..dan mengalami cirit-birit..

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Bukan sahaja kawan saya, sebelum2 ini saya juga telah banyak mendengar insiden yang sama berlaku kepada para pembeli…ada yang terkena sekali…masih tidak serik..mencuba lagi sekali…dan TERKENA lagi! ..apabila cuba menghubungi semula si A, handset di off kan..langsung tidak bertanggungjawap dengan cara mengelakkan diri..Ini bukanlah etika seorang peniaga yang baik.

Noted : A = penjual, B = pembeli

Di sini saya sertakan sedikit bukti penipuan/penganiayaan yang telah dilakukan :-

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Blog lain yang menyentuh isu ini >> ARNAB-KITA BLOGSPOT

 
2 Comments

Posted by on January 12, 2011 in Buletin Terkini, Umum

 

Tags: ,

Trip ke Rabbit Funland Semenyih

Pada 28/11/2010 kami sekeluarga telah pergi ke Rabbit Funland di Semenyih, Selangor.Rabbit Funland nie terletak bersebelahan dengan Bukit Broga, iaitu tempat bagi penggemar hiking & tracking, juga berdekatan dengan University Of Nottingham (Malaysia Branch).

Lawatan kami ke Rabbit Funland Semenyih bukanlah seperti yang diharapkan. Kerana sesesungguhnya indah khabar dari rupa..Kami menjangkakan sudah tentulah banyak arnab di sini (yang dinyatakan ialah 10 000 – 30 000 ekor). Arnab yang ditempatkan di ruangan untuk pengunjung tidak sampai 10 ekor pun..kawasan tersebut agar luas cuma bilangan arnabnya begitu sedikit berbanding seperti yang kami lawati Taman Arnab di Bukit Tinggi. Nak bergambar dengan arnab pun tidak dapat..cuma beberapa ekor gambar arnab sahajalah…

Kemudian kami lawati arnab yang diletakkan di dalam cage..memang banyak arnabnya..tetapi kurang sesuai untuk pengunjung..tahi arnab bertimbun, dikelilingi dengan lalat dan semut…bagi pengunjung yang 1st time hendak melihat arnab sudah tentu berasa kotor & jijik untuk mendekati cage tersebut…disebabkan saya telah biasa, (rutin harian mencuci cage arnab) selamba jer lah saya mendekati cage untuk melihat baka apakah yang ada..kebanyakannya arnab baka pendaging, dutch,chinchilla. Terdapat sedikit sahaja arnab Teddy Bear & Lop Ear.

Yang menariknya di Rabbit Funland ini ialah Pony Ride khas untuk kanak-kanak.Merasa la si Syuhada naik kuda buat pertama kalinya..tapi amat mendukacitakan juga kerana kuda tersebut, sebelah matanya sakit..hmm..

Antara haiwan lain yang terdapat di sini ialah kambing,monyet,angsa, rusa,kura-kura & lembu.

Kesimpulan yang dapat saya buat hasil lawatan ini ialah pihak pengurusan Rabbit Funland seharusnya meningkatkan kualiti kebersihan & penjagaan haiwan-haiwan yang terdapat di sini. Saya lihat, ada arnab yang mengalami sakit mata,kurap & cirit-birit..Pembuangan najis haiwan haruslah dilakukan setiap hari, supaya tempat ini menjadi lebih sesuai untuk kanak-kanak & golongan dewasa.

 

 
2 Comments

Posted by on December 1, 2010 in Umum

 

Tags: ,

Arnab vs Kucing

Ketika di zaman persekolahan dahulu, seringkali juga kami sekeluarga (adik-beradik saya) membela kucing. Ada seekor kucing putih yang berbulu kembang tiba-tiba sahaja telah masuk dan duduk melepak di dalam rumah pada waktu tengahari. Kami terus sahaja membela kucing tersebut dan diberi nama ‘Chiky’. Rupa-rupanya masa tu dia tengah bunting, tidak lama kemudian, dapatlah kami anak-anak kucing pula sebanyak 5 ekor, semuanya berbulu kembang. Tetapi hanya seekor yang hidup, ‘Putih’..yang lain-lain tu mati akibat keracunan makanan.

Dan banyak lagi la peristiwa dengan kucing nie…bila kucing mai datang umah..berkenan…terus pi bela…Satu-satunya kucing peliharaan saya diberi nama Meow Yaw Yaw..Saya selamatkan dia akibat dibuang dek orang..pastu biler da besar, dia mengalami penyakit apa ntah…terlompat2 sampai terkencing2…jadi..terpaksa la buang..

Oke..stop citer pasal kucing…sekarang nie pasal arnab pulak…nak compare antara bela arnab dan bela kucing

Yang best nyer pasal arnab nie, diam jer..xde bersuara meskipun lapar ke…dahaga ker…cuma menjerit bila kesakitan dan ketakutan sahaja. Arnab nie manja, baik,bulu gebu..seronok tengok aksi dia bermain dan berlari-lari, terutamanya part berdiri di atas dua kaki dalam tempoh yang amat lama. Tapi disebabkan arnab nie tak bersuara, kita sebagai pemiliknya kena la selalu perhatikan sebarang perubahan yang berlaku..setiap hari cek samada kat bulunya ada furmites ke, mata sakit ker…kurap ker…cirit- birit ker…arnab nie cepat jer mati kalo kita tak rawat cepat-cepat…

Sumber >> Dwarf hotot Beh Yo Rabbitry

Najis arnab pun senang nak uruskan..sebab dia kering dan berbentuk bulat..kalo pegang, tangan tak kotor..tapi mesti cuci tangan bersih-bersih..kalo tak cuci tangan lepas pegang arnab, mesti demam..Yang probs nyerr..air kencing arnab nie berbau sket…kadang-kadang menyebabkan lalat datang…Kena kerapkali cuci la untuk elakkan masalah lalat nie. Cara nak elak, bole jugak beli Odourless dari petshop atau Jabatan Haiwan..campur kan jer dalam minuman arnab, kurang la berbau air kencing nyer..jadi lalat tak de la mai lagik…

Bab makanan arnab pun senang jer…kasi pellet, buah-buah,dedaunan, rerumput daa cukup, bunga pun dier makan gak…memang tak banyak songeh la bela arnab nie…

Arnab jarang menggigit…kalo dia menggigit ada la salahsilap kita terhadap dia yang kita tak tau…hehe…penah satu kali tu saya agak lewat memberi Si Kiko makan…haaa…ngaapppp…digigit nyerr tangan saya!! Adoiii…sakit…berdenyut-denyut sakitnya sampai 3 hari….taubat x beri makanan lewat lagi.. 😛

>> Bunga-bunga tu nanti habis la kena makan dek arnab

Okelah..cukup itu sahaja entry untuk hari ini…. 🙂

 
16 Comments

Posted by on August 15, 2010 in Tips Penjagaan Arnab, Umum

 

Tags: ,

Salam Ramadhan buat semua…

Ramadhan datang lagi…Selamat Berpuasa kepada semua muslimin & muslimat di seluruh dunia. Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini kita akan memperoleh keberkatannya dan menjadi insan yang lebih baik.

InsyaAllah apabila raya menjelma, akan dapat babies daripada Mummy Summer & Mummy Twinkle..

 
Leave a comment

Posted by on August 11, 2010 in Umum