RSS

Monthly Archives: June 2010

Menerima Kunjungan Fan dari Temerloh

Petang semalam, saya telah menerima kunjungan daripada rakan aka Fanpage Facebook Rabbits Lover@Pencinta Arnab. Dua orang sahabat yang mencintai arnab, bersama-sama membela sepasang arnab berkongsi minat yang sama. Mereka juga sama seperti saya (pada tahun lepas) yang tidak sabar untuk menunggu kelahiran pertama arnab mereka. Begitulah yang terjadi pada saya ketika mula-mula membela arnab..asyik tertunggu-tunggu bilakah arnab nak beranak..dari hari ke hari..asyik bertanya soalan yang sama pada arnab…hehe…

-d

>> Comei dua-dua rabbit nie..baka Lion head…

tapi diorg masuk kn dlm Tupperware & handbag sebab susah nak ambil gambar…

Saya membaca blog demi blog para penternak arnab, mengkaji dan memahami…Apa yang saya lakukan ialah cuba mengawankan arnab saya dengan cara memasukkan arnab betina ke sangkar arnab jantan pada waktu pagi..kerana dikatakan pada waktu pagi dan malam ialah waktu subur mereka. Saya biarkan selama lebih kurang setengah jam..dan akhirnya saya kembali menjenguk mereka apabila terdengar jeritan yang sungguh kuat..

Apabila saya cek, Summer(betina) telah berdarah hidungnya…mungkin agak takut, dia berlari dan berlanggar dengan sangkar…jadi, saya asingkan semula…Saya pada masa tu, tak taulah samada telah berjaya mengawan atau tidak…

Pada bulan depannya…Mummy Kiko dan Mummy Summer telah beranak…hehe..Alhamdulillah…masa 1st birth tu rasa hati nie memang seronok sangat! Jadi, saya harap pada semua rakan dan peminat arnab semua..bersabarlah..nanti pasti ada rezeki untuk menimang anak arnab…hehe…

Tips Mengawan/Kahwin.

  • Lakukan pada waktu seawal pagi atau awal malam…jangan lakukan pada waktu tengahari kerana waktu ini kelahiran kurang subur
  • Masukkan arnab betina ke sangkar jantan. Jangan lakukan sebaliknya kerana arnab bertindak akan bertindak agresif terhadap si jantan, dan ini mungkin akan membawa maut.Biarkan selama 5-30 minit.
  • Tempoh matang arnab betina bermula seawal 4-5 bulan, bergantung juga kepada jenis baka. Arnab jantan pula ialah 6 bulan ke atas.
  • Tutup sangkar dengan kain gelap kerana arnab pun tau gak malu…
  • Jangan melakukan proses mengawan jika arnab mempunyai pertalian keluarga kerana akan menghasilkan ketidaksuburan baka. Contoh : anak dikahwinkan dengan bapa/ibu, arnab dikahwinkan dengan adik-beradik..jadi pastikan dengan baik susur-galur arnab anda yea…

Meskipun pertemuan yang agak singkat, diharap pertemuan pada kali ini bukanlah kunjungan terakhir daripada mereka..Muga akan ke temu lagi ūüôā

 
Leave a comment

Posted by on June 30, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags:

Datang dan pergi silih berganti

Hari ini sudah penghujung bulan 6, ianya merupakan rekod terbanyak kematian dan kelahiran. Petang semalam, iaitu di dalam lingkungan kul 2.00ptg, ketika saya menjenguk-jenguk arnab saya…saya terdengar bunyi menggelupur..saya ingatkan mungkin ada arnab yang bergaduh..ohhh…rupa-rupanya Si Putih, arnab yang diberi oleh kawan suami saya itu telah mati…terbaring dengan matanya terbuka..saya dapat lihat perubahan pada warna ¬†matanya..daripada berwarna merah/pink secara perlahan-lahan telah bertukar kepada kelabu..Minggu lepas Si Putih telah melahirkan 3 ekor anak pra-matang…ketiga-tiganya mati..sifat anaknya belum cukup lagi..masih tidak terbentuk dengan baik kaki dan tangan…

Sungguh sedih dan agak terkejut melihat situasi tersebut…Saya beranikan juga diri untuk mengeluarkan ketiga-tiga anaknya yg pra-matang itu dan segera menanamnya…dan tidak lama kemudian, iaitu semalam, Putih pula telah menyusul pemergian anaknya…memang xde rezekilah nampaknya..

Pada hari yang sama Si Putih melahirkan anak pra-matang, Mummy Summer pula telah selamat beranak pada jam sekitar 11.00 pagi…ada 6 ekor semuanya..4 ekor berwarna oren, ¬†ekor hitam…Ini adalah zuriat terakhir daripada Bubbles…

Ini pula gambar terkini anak Twinkle…3 ekor yang lahir…yang berwarna hitam telah mati akibat pijakan oleh Mummy Twinkle…

Kedua-dua anak Twinkle mengikut ciri-ciri Twinkle, yang utamanya ialah bercelak…hehe…I love Rabbit Bercelak!! Nampak cantik dan ayu gitu :). Masa gambar nie di ambil usianya baru 6 hari..agak besar jugak..

 
Leave a comment

Posted by on June 30, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Teknik menyusu arnab secara manual

Menyusukan arnab secara manual ada 2 cara.

1. Meletakkan kedudukan ibu arnab seperti di gambar (1) di atas riba anda atau di atas lantai, boleh juga di dalam bakul atau nestbox. Jika si ibu tidak tenang atau ingin bergerak ke tempat lain, anda perlu menenangkannya dengan cara mengosok di bahagian kepalanya. Letakkan anak arnab di bahagian bawah perutnya dan biarkan anak arnab menyusu sehingga kenyang. Cara ini agak sukar untuk kita ketahui samada anaknya dapat menyusu atau tidak.

Cara ke 2:-

Menelentangkan ibu arnab seperti gambar ke dua, rujuk gambar ke 2 dan ke 3. Pegang kedua tangan ibu arnab jika dia meronta..perlu diingat setiap kali menyusukan arnab secara manual, anda haruslah menenangkan si ibunya terlebih dahulu. Jika tidak kemungkinan si ibu akan menendang dan anaknya yang telah diletakkan di atas perutnya akan terjatuh. Apabila si ibu telah tenang, letakkan anak arnab di atas perut ibunya dan biarkan ia mencari sendiri puting susu atau dengan bantuan dari anda. Cuba dengan seekor anak arnab dan kemudian letakkan anak arnab yang lain. Maksimum yang dicadangkan ialah 3 ekor supaya penghasilan susu lebih banyak dapat dihasilkan berbanding dengan menyusukan seekor demi seekor.

Bagaimana hendak tahu anak arnab sudah kekenyangan susu?

1. Perhatikan perut anak arnab, anda akan dapati ada bentuk bulat keputihan dan kembung. Maknanya anak arnab telah berjaya disusukan.

Saya lebih suka menggunakan kaedah yang kedua kerana lebih mudah untuk memperhatikan samada anak arnab dapat menghisap susu atau tidak. Sepanjang proses penyusuan, anda haruslah bijak supaya si ibu arnab sentiasa tenang. Seringlah gosok-gosok di bahagian kepalanya. Semoga berjaya!!

** Pictures Source From

>> http://www.welshrabbitry.com/birth.html

>> http://miepeatyrabbit.blogspot.com

 

Berikutan daripada topik ini yang telah saya ‘share’ kan di facebook di Fanpage Rabbit Lovers ¬†@ Pencinta Arnab, ia telah mendapat komen yang hebat daripada fan…jd di sini saya link kan sahaja, supaya anda dapat ¬†membaca dengan lebih lanjut berkenaan dengan isu ini

>> SILA KLIK DI SINI!!

 
5 Comments

Posted by on June 21, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags:

3 new litters from Mummy Twinkle

Seperti biasa di waktu pagi saya akan memberi arnab makan…Di dalam sangkar Twinkle saya terlihat ada seekor anak arnab yang baru lahir…tertanya-tanya anak sapa pulak nie? Memanglah dalam entry semalam 3 ekor arnab saya sedang bunting, tak sangka pulak ari nie dapat baby dh…

Saya cek Mummy Summer, xde pun anak-anak yang lain..perut masih besar..cek di Mummy Kiko pun ¬†xde jugak anak…hmm..mesti anak Twinkle nie…

Anak ke 2, terjatuh ke atas jaring, manakala anak ke 3 di atas tanah dan sedang berlumuran dengan semut…ohhh..kesian sungguh!…cepat-cepat saya ambil dan ianya masih bernyawa lagi!…Tetapi di badannya penuh di sana-sini dengan gigitan semut…

Saya masukkan ke tiga-tiga anak Twinkle ke dalam bakul dan bubuh kain kerana Twinkle langsung tidak mencabut bulunya…saya cek perut anak-anaknya juga masih belum menyusu..jadi terpaksa la proses menyusu secara manual dilakukan…

Anak yg berwarna hitam dan yang terjatuh ke atas jaring tadi aktif dan berjaya di susukan..Anak yg ke 3 yg di gigit semut tersebut agak lemah, dan langsung tidak mahu menyusu…Harap-harap ketiga-tiga anak Twinkle ini akan hidup, kerana bapanya, Bubbles telah tiada…Inilah zuriat terakhir daripadanya…

OK…jom layan gambar-gambar yang telah saya ambil untuk tatapan anda semua…

>> 3 zuriat terakhir dari Bubbles

>> Best nyerr tido atas perut mummy…

 
2 Comments

Posted by on June 20, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Arnab bunting

Jika tidak silap saya, 3 ekor arnab betina saya masing-masing sedang bunting…Mummy Summer mungkin akan melahirkan anaknya dalam 2-3 minggu lagi..nampak badannya begitu besar daripada sebelum ini.

“Seboleh – bolehnya, seminggu sebelum kelahiran (cara nak tau ibu itu hamil atau tak, raba secara lembut di bahagian perut, akan ada macam ketulan. Lagi satu si ibu telah mengalami proses mengawan (arnab betina di bawa ke sangkar arnab jantan bukan sebaliknya) 25 hari mestilah diasingkan dari arnab lain selama 2 minggu), pindahkan ke kotak didik dan jangan ganggu (kecuali sekadar bagi makanan aja)ia sangat terutama ketika ia kelihatan gelisah dan menarik – narik bulunya (waktu malam).”” ArnabKiut Rabbitry

Diet Arnab Bunting

Yang dicadangkan ialah memberi Alfalfa Hay kerana dipercayai alfalfa hay dapat menghasilkan susu ibu arnab yang banyak dan berkhasiat. Apa yang saya lakukan ialah memberinya makan pellet seperti biasa dan ditambah dengan ulam raja dan napier.


 
14 Comments

Posted by on June 19, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Macam-macam la rabbits ku ini…

Arnab putih yang baru sampai minggu lepas rupanya telah dijangkiti kutu sehingga telah menyebabkan 4 ekor anak arnab yang lain juga terkena kutu. Rawatan yang saya lakukan ialah dengan menyemburkan tempat yang terkena kutu itu dengan menggunakan Bengy Spray Syampu…Nampaknya kena beli yang baru la pulak sebab tinggal sikit jer lagi nie…

Manakala semalam pula seekor arnab yang baru berusia 1 bulan yang berwarna kelabu sakit mata pulak. Sebelah matanya tidak boleh buka kerana penuh dengan tahi mata. Jadi saya mencucinya dengan air dan membuang tahi mata tersebut. Matanya agak bengkak kemerahan. Dengan segera saya menitiskannya dengan Eye-mo. Saya dapati pada hari ini jangkitan mata telah berkurangan. InsyaAllah esok lusa akan sembuh sepenuhnya.

Sejak anak-anak arnab dah makin membesar ni mereka makin pandai mencari jalan keluar daripada pagar. Dan banyak kali la mereka telah terlepas…ohhhhh!

Jadinya hari ini saya telah mengubah struktur pagar…diharap mereka tidak akan terlepas lagi…

Silky pula semakin matang dan semakin nakal…geram betul dibuatnya..saya telah seal di dalam sangkar, tak bole keluar2 lagi…bukan apa Silky nie sering bergaduh dengan arnab jantan lain sehingga berdarah-darah dibuatnya..

Bubbles pula telah pergi buat selama-lamanya…sedey la jugak..sebab satu-satunya arnab yang manja dan pandai datang apabila dipanggil telah tiada…I’ll be missing him…tapi sib baik Bubbles ada meninggalkan 5 ekor anak. Takde la rasa terkilan sangat. Sebab-sebab kematian Bubbles mungkin disebabkan oleh luka di bahagian kakinya kerana telah bergaduh dengan Twinkle pada malam sebelum saya balik ke Perak selama 3 hari. Mungkin juga kerana tidak diberi perhatian sebaiknya dia telah pergi…

 
Leave a comment

Posted by on June 17, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: