RSS

Category Archives: Buletin Terkini

Pindah ke http://ArnabCute.com

Alhamdulillah, pengunjung ke blog ini masih tidak putus-putus…untuk mendapatkan maklumat terkini anda leh refer ke blog saya di ArnabCute.com. Di sana, InsyaAllah content sentiasa di updates…

Saya baru sahaja tukar ke new template…rupanya ada widgets yang tidak di publish…nanti saya akan cuba make-up sket new template nie…

tQ

 
Leave a comment

Posted by on January 29, 2012 in Buletin Terkini

 

Tags:

Pindah ke ArnabCute.com

Kepada semua pembaca blog ArnabCute…dengan ini secara rasminya segala entry akan di updates di http://www.ArnabCute.com.. Info di sini ke semuanya telah dipindahkan ke ArnabCute.com. Meskipun begitu segala maklumat yang anda di sini masih dikekalkan seperti biasa…harap maklum..

 
1 Comment

Posted by on August 1, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags: ,

Umah baru….

Setelah bertungkus-lumus lebih kurang seminggu, proses pemindah arnabcute.wordpress.com ke http://www.ArnabCute.com akhirnya telah hampir selesai pada hari ini…masih perlu beberapa perkara yang perlu di setting…InsyaAllah akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

Jom pindah umah baru ^_^

 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2011 in Buletin Terkini, Umum

 

Tags: ,

TAHNIAH kepada Pemenang Pertandingan Arnab Menarik!

Syukur alhamdulliah, akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh para peserta kunjung tiba. Pada 1 Mac 2011, pemenang Pertandingan Arnab Menarik telah diumumkan secara rasminya di fanpages Rabbits Lover@ Pencinta Arnab di facebook dan dipersetujui sebulat suara oleh para juri yang dilantik. Berikutan daripada pertandingan ini, ahli fan kini telah mencecah sehingga 4322. Terima kasih kepada semua pengundi dan ahli fans Rabbits Lover :).

Di bawah ini  ialah wajah-wajah arnab comel yang telah menang dengan cemerlang sekali! They’re so cute & adorable..

1st winner

1st winner - missLala, Pemilik : Syakila Izzati

Undian diperoleh : 493

Pandai lak si missLala jelirkan lidah yea…hehe..

2nd winner

2nd winner - Rajja & Ratoo, Pemilik : mamanya Rabbit

Undian diperoleh : 460

Pasangan yg sama cantik, sepadan…sehati sejiwa..

3rd winner

3rd winner - Markonah, Pemilik : Alia lia

Undian diperoleh : 301

Namanya unik sekali….teringat lak citer dulu2… 😛

Terima kasih bebanyak diucapkan kepada ChubbyPetsGarden.com yang menjadi penaja utama pertandingan ini. Berikut ialah hadiah-hadiah yang bakal diperoleh oleh para pemenang. Tahniah lagi sekali saya ucapkan di atas kemenangan anda!

1st winner

  • 3 Boxes of 1kg of Pro Optimum Premium Rabbit Pellets (worth RM 69.00)
  • Fruit Treat Delight Mix Fruit 3 packs  (worth RM 39.00)
  • CoatClean Waterless Bath x1 (worth RM 15.00)
  • Coat Clean Shampoo x1 (worth RM 15.00)

2nd winner

  • 3kg Of Timothy hay  (worth RM 63.00)
  • Coat Clean Shampoo 2 Bottles  (worth RM 30.00)

3rd winner

  • 3kg Of Alfalfa hay  (worth RM63.00)
  • Stain and Odour Remover  (worth RM25.00)
 
2 Comments

Posted by on March 3, 2011 in Buletin Terkini, My Bunnies

 

Tags: , , , , ,

MROC 1st & 2nd ARBA Sanctioned Open All Breed Rabbit Double Show

MROC 1st & 2nd ARBA Sanctioned Open All Breed Rabbit Double Show.

Time
Saturday, June 4 ¡ 10:00am – 7:00pm

Location
Pet World Malaysia 2011, Mid Valley Exhibition Centre

Created By

More Info
– Judges: Mr. Randy Shumaker (ARBA Judge #666) & Mr. Allen Mesick (ARBA Judge #854)
– All day cage/carrier carrying show
– ARBA Sanctioned Show (ARBA exhibitors to collect GC Legs)
– 2 categories – Purebred & Local/Mix Bred
– Purebred judged based on ARBA Standard of Perfection (Ear Tattoo # for rabbits is compulsory and Pedigree is not compulsory except for registration)
– Breeds to Compete: Holland Lop, Netherland Dwarf, Dwarf Hotot, English Angora, Mini Rex, Lionhead (Lionhead cannot compete for Best In Show)
– Local & Mix Bred judged based on overall health and soundness (No Ear Tattoo # needed)
– RM 20 per rabbit per show/ RM 30 per rabbit for both shows
– Main Sponsors: American Pet Diner (APD), Pet World Malaysia 2011, Mid Valley Exhibition Centre, Petster Magazine, XOXO Pets Store
– Organizers: MROC

Maklumat lanjut sila klik di sini >> KLIK!

 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags: , ,

Pertandingan Arnab Menarik – Hadiah Lumayan!

Pertandingan Arnab Menarik yang sedang berlangsung kini dalam proses menentukan siapakah pemenang bertuah yang bakal memiliki hadiah lumayan. Hadiah UTAMA,kedua & ketiga ditaja sepenuhnya oleh ChubbyPetsGarden.com. Proses undian berlaku sehingga 28 februari 2011.

Kepada anda yang ingin menyertai pertandingan ini, penyertaan terakhir masih terbuka, iaitu sehingga 14 februari 2011 sahaja. Sebarang permintaan untuk menyertai lagi selepas tarikh ini TIDAK AKAN DILAYAN sama sekali.

Sila klik di sini untuk mengundi ARNAB PILIHAN ANDA, Undilah dengan bijaksana yea!

Berikut disenaraikan hadiah yang bakal dimiliki oleh para pemenang/arnab bertuah..

1st winner

  • 3 Boxes of 1kg of Pro Optimum Premium Rabbit Pellets (worth RM 69.00)
  • Fruit Treat Delight Mix Fruit 3 packs  (worth RM 39.00)
  • CoatClean Waterless Bath x1 (worth RM 15.00)
  • Coat Clean Shampoo x1 (worth RM 15.00)

2nd winner

  • 3kg Of Timothy hay  (worth RM 63.00)
  • Coat Clean Shampoo 2 Bottles  (worth RM 30.00)

3rd winner

  • 3kg Of Alfalfa hay  (worth RM63.00)
  • Stain and Odour Remover  (worth RM25.00)

KLIK di sini >> Penaja Utama ChubbyPetsGarden.com

ChubbyPetsGarden

** KLIK pada banners untuk mendapatkan Pro Potimum Premium Rabbits Pellets & Sun Cure Timothy hay & Alfalfa hay di ChubbyPetsGarden.com

 
Leave a comment

Posted by on February 11, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags: , , , , ,

Taman Arnab di Zoo Johor tarik lebih ramai pengunjung

 

JOHOR BAHRU 9 Jan. – Bersempena Tahun Arnab mengikut zodiak kalendar kaum Cina pada tahun ini, Zoo Johor di sini mengambil langkah proaktif membuka sebuah taman arnab untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Ketua Penolong Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, On Jabbar @ Jaafar berkata, sejumlah 50 ekor arnab pelbagai baka termasuk New Zealand White, Californian, Carolina dan Lionhead merupakan tarikan terbaru di zoo tersebut.

Beliau berkata, matlamat utama pembukaan taman arnab di atas tanah berkeluasan 278.7 meter persegi itu adalah untuk memberi peluang kepada pengunjung terutama kanak-kanak untuk bermesra dengan haiwan itu.

“Pembukaan taman itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak zoo untuk mewujudkan sebuah kawasan interaktif terutama di kalangan pengunjung dengan haiwan.

“Pengunjung akan bosan sekiranya datang ke sini sekadar untuk melihat haiwan. Saya percaya, dengan pendekatan seperti ini orang ramai akan lebih tertarik untuk ke sini,” katanya selepas merasmikan taman arnab berkenaan di Zoo Johor, di sini hari ini.

On berkata, pengunjung yang berminat untuk memasuki taman itu akan dikenakan bayaran tambahan RM1 dan mereka juga diberi kebenaran untuk memberi makanan kepada arnab yang ada di situ.

“Bayaran tambahan itu bukan untuk tujuan mengambil untung, sebaliknya ia adalah bayaran untuk membeli makanan serta ubatan untuk arnab yang ada di taman itu,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

 

 
Leave a comment

Posted by on February 5, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags: