RSS

Monthly Archives: April 2010

Makanan Organik Arnabku

Barulah saya faham apa itu organik..hehe..thanks kepada Fahmie aka owner ArnabKiut..

saya quote shj infonya daripada facebook FAN Rabbits Lover@Pencinta Arnab

“yups, dalam pellet sudah ditambah bermacam² bahan tambahan. kalau ia diberi 100% tumbuhan hijau, baru dikira organik.
kalau disuntik utk ubat dia dari kurap pon da dikira tidak organik, suntikan ivermec perlu tempoh 48hari sebelum boleh arnab itu disembelih… kandungan ivermec yg masih tinggal didalam tempoh itu boleh merosakkan organ dalaman orang yang makan daging (tidak kira arnab atau haiwan lain-kambing, lembu dll)”

Saya memang bercadang untuk hanya memberi arnab-arnab peliharaan saya tumbuhan hijau semata-mata, tetapi semua pokok-pokok masih dalam proses membesar.

napier india>> Napier India, dari sehari ke sehari makin tinggi pokok nie..Semua arnab-arnab suka makan napier nie..yang berumur 3 minggu pun suka makan..

Ulam Raja>> Ulam raja..ketika baru tumbuh tunas, separuh dah kena makan dek arnab..huhu..

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on April 30, 2010 in makanan arnab, My Bunnies

 

Tags: , , , , ,

Projek bermula..

Hari ini saya akan mulakan projek taman arnab..saya akan pagarkan dahulu kawasan khas untuk mereka…hehe…xde idea nak tulih apa..setakat itu sahaja untuk hari ini..will updates later *wink

 
Leave a comment

Posted by on April 22, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Jual jer lerr…

Tadi saya pergi ke rumah lama, untuk berjumpa dengan Nyonya yang nak beli arnab saya..memang dulu dia kata nak beli sepasang..saya pun beranikan la diri untuk bertanya adakah dia masih berminat..kebetulan masa sampai tu, saya ternampak anak dia..haa..betul la ini rumahnya..

Suaminya pun ada..jadi saya pun tanyalah, mau beli arnab tak? Dia kata, “mahu, saya mahu sepasang”. 21hb nie nanti saya akan pergi hantar sepasang arnab ke pada mereka…Alhamdulillah…di saat adanya mendung, Allah beri sinar cahaya yang bisa membuatkan hati ini gembira 😀

Jadi, arnab mana satu ya yang mahu dijual ini?

 
2 Comments

Posted by on April 19, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

My Cutie Bunnies

Berita terkini…

4 ekor arnab yang baru lahir dua minggu lepas telah buka mata sepenuhnya..sungguh tak sabar menunggu diorg nie membesar lagi 2 minggu…geram sungguh…bulu sangat panjang! tapi ada sekor yang berwarna hitam tu, penakut teramat…berdecit2 bila pegang…tapi bila gosok2 kepala dia, dia ok la..cuma mata terpejam jer…takut bebeno weh!

bunnies

Yang berwarna hitam tu namanya Blackie & Shining..yang kaler oren x tau lagi la nak bubuh nama apa…

 
2 Comments

Posted by on April 19, 2010 in Al-kisah arnabku, Album, Babies

 

Tags:

Pelik bin ajaib..

Pagi tadi, seperti biasa saya menjenguk arnab untuk memberi mereka makan dan minum..Wah! Alangkah terkejutnya saya  kerana 3 ekor anak Summer sedang tidur lena di dalam longkang! Biar betul…camna la diorg nie leh dok kat situ pulak?

Cepat-cepat saya mengambil mereka untuk dimasukkan semula ke dalam sangkar, berdecit-decit bunyinya menjerit..pastu yang lain berlari-lari..walhal mata pun blom bukak..ada nampak cahaya sedikit agaknya..

Suami saya tercari-cari lagi seekor anak Summer…eh..x jumpa la…mana pulak perginya?

Pastu, saya teruskan memberi arnab-arnab yang lain makan..ketika sedang memberi makan itu..suami saya berkata, ” tu haa..anak Summer dalam sangkar Tweet & Twinkle…ya Allah…pelik bin ajaib sungguh..macam mana pulak leh masuk sangkar lain nie??

Lepas tu saya masuk kan kembali semuanya dalam sangkar Summer…plurp..melompat keluar seekor…lorr..dah pandai keluar kotak rupanya..dan terus menuju ke celah sangkar..agaknya begitulah caranya dia keluar dan terus terjun (tinggi jugak paras pinggan) dari sangkar..merayau-rayau dan terus masuk ke dalam longkang…

Tapi sebelum masuk longkang tu, ada jaring kat situ..kesimpulannya, mereka telah menerobos jaring dan terus masuk dan tido lena dan longkang..ish..ish..arnab2 nie..sabo jer lerr..

Jadi, untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi..saya telah memindahkan Summer dan anak-anaknya ke sangkar lain yang jaring sangkarnya lebih kecil..mesti x bole tembus punyerr…

 
Leave a comment

Posted by on April 16, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Ayam percik..arnab percik..oh sedaap nyerr!

Tengahari semalam saya bersama Chek Na tiba-tiba sahaja bersungguh-sungguh untuk memanggang ayam. Iyelah, selalu buat ayam masak kicap, ayam masak sos, ayam goreng. Kalo nak wat masak kari, suami saya tak berapa suka makan kari.

Spontan jer keluar dari mulut saya, ” Hari nie rasa nak wat ayam bakar la”. Pastu terus Che Na pun bersetuju nak buat. Kitaorang pun cepat-cepat gi beli arang, santan,cili. En Suami pulak bermurah hati tolong belikan tempat memanggang tu. Dengan penuh kesabaran dan kepayahan (1st time nak panggang guna arang..dulu2 guna kayu api jer), susah jugak nak hidupkan arang tu. Akhirnya kitaorang berjaya menghidupkannya dengan cara membakar arang di dapur masak..hehe…terpaksa la mengelat, kalo tak, tak merasa la makan ayam panggang.

Jumpa pulak dalam buku resipi, resipe ayam percik…terus jadi Homemade ayam percik!

Tadaaaa….inilah hasilnya buat pertama kali..

Ayam Percik

Dan malam pulak kitaorang masak Ayam Panggang Cicah Air Asam

Ayam Panggang

Sesiapa nak masak arnab percik pun bole jugak, gantikan sahaja ayam tersebut kepada arnab. Tetapi bukanlah arnab peliharaan saya untuk dipanggang..hehe..arnab dari sumber lain bole aja 😀

 
Leave a comment

Posted by on April 13, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

Tanda-tanda arnab sakit.

Saya add sedikit info berkenaan topik ini untuk kebaikan bersama..

Mengikut pemerhatian saya, jika arnab sakit dia akan menunjukkan reaksi lemah, tidak bermaya dan murung. Selalu cek samada dia ada masalah cirit-birit, cek di bahagian telinga dan bulunya ataupun kemungkinan arnab anda stress.

Jika sudah kenalpasti, rawatan segera perlu dilakukan. sekiranya cirit-birit segera beri bantuan ORS (ada dalam entri sebelum ini). Manakala jika ada ‘furmites’ (masalah yg sering dihadapi oleh arnab saya), saya segera menyembur spray syampu di bahagian tersebut. InsyaAllah akan sembuh segera. Ubat untuk stress pun ada 3 kategori. Saya akan masukkan info lebih lanjut di dalam entri akan datang.

Cegah lebih mudah daripada merawat. Jika rawat, lakukan sebaik mungkin agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Perkara yang paling teruk ialah arnab anda mati akibat kecuaian anda sendiri!

Ketika mula-mula membela arnab, 2 ekor anak arnab telah mati kerana pada masa itu saya masih belum arif bagaimanakah cara penjagaan yang betul. Jadi, saya berharap agar para pembaca tidak melakukan kecuaian dan kesilapan ketika membela arnab-arnab kesayangan anda 🙂

 
16 Comments

Posted by on April 12, 2010 in Penyakit Arnab

 

Tags: , , , , ,