RSS

Monthly Archives: May 2010

Arnab baru tiba…

Kebetulan dengan kehadiran 5 ekor anak kucing, kami dapat seekor arnab baru yang berwarna putih. Arnab nie agak takut dengan kehadiran manusia. Bila nak pegang mesti ada bunyi. Tapi bila saya gosok-gosok bahagian kepala, dia okla..Saya dapati ada luka sedikit di bahu kanannya, luka tu dah kering cuma bulu sahaja yang belum sembuh.

Apabila saya angkat pula, saya dapati kedua-dua kaki belakangnya mengalami ‘sore hock’ aka sakit tumit…

Punca-punca sore hock

  1. Permukaan keras jaring besi sangkar. Sepatutnya anda harus letak lapik di atas permukaan jaring sangkar. Bayangkan anda sendiri yang terpaksa hidup di atas jaringan-jaringan. Mesti rasa tak best…tak selesa..

more stories atau info lanjut leh refer kat cni laa..hehe..xde idea nak olah.. KLIK SINI – Masalah Sore Hock – Sakit tumit

Advertisements
 

Kucing in da house

Saya telah menyelamatkan 5 ekor anak kucing yang telah dibuang berhampiran dengan rumah saya. Sungguh kejam orang yang buang kucing tu. Anak-anak kucing tu masih kecil lagi, masih menyusu…nak berjalan,minum air pun belum pandai lagi. Diorang buang letak kat pokok mangga di atas pasir…sian sungguh…

Mula-mula tu saya ingat nak buangkan di pasar, tapi memandangkan usianya yang begitu kecil..nak ‘survive’ sendiri pun mesti tak bole kecuali ada orang yang bermurah hati ambil dan bela..kalo tak, confirm la akan mati anak-anak kucing tu. Saya membancuh susu pekat dengan begitu cair dan memberi mereka minum dengan menggunakan syringe…susah jugak sebab dia lom pandai lagi..cadang tu nak beli botol susu kucing..hari ini saya akan cari di pet shop..harap2 ada la jual..

Arnab-arnab saya semuanya keheranan dengan bunyi ngiau kucing….”Miuw…miuwww…”. Ada pulak yang melompat kegelian..kelakarlah! 😀

 
3 Comments

Posted by on May 29, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Rawatan kurap/scabis bagi arnab

Topik kali ini adalah lanjutan daripada masalah kurap/scabis yang pernah saya post sebelum ini.

Berikut dinyatakan cara rawatan bagi masalah kurap/scabis bagi arnab untuk peringkat awal.

  1. Sapu dengan minyak rambut zaitun (ini yang sering saya praktikkan)
  2. Boleh juga dibubuh dengan minyak goreng ikan, minyak masak, minyak kelapa, tujuan minyak tu untuk menutup hama/mites untuk bernafas(mendapat oksigen), jadi bila dilakukan kerap, telur hama tu tidak dapat nak menetas semula dan seterusnya gagal untuk terus membiak. (Info lengkap klik sini)
  3. Rawatan dengan minyak gamat. Tujuan minyak gamat pulak adalah untuk mengubati luka-luka di kawasan kurap.

>> Klik pada gambar untuk baca!

>> Klik pada gambar untuk baca!

 
23 Comments

Posted by on May 28, 2010 in Kurap/scabis, Penyakit Arnab

 

Tags: , ,

Tragedi Luka

Baru-baru ini 2 ekor arnab saya yang berwarna putih mengalami luka yang agak parah la jugak..Yang pertama tu dah berusia 3 bulan, di kaki kirinya, luka sehingga nampak tulang aka kukunya…ngeri la jugak…maybe sebab bergaduh kerr..etc..x pasti la saya…

yang kedua pulak, arnab yang baru berusia 3 minggu…kakinya tersepit di celah sangkar…terpaksa la saya memotong sangkar tersebut untuk mengeluarkannya…

Seperti biasa, bila ada masalah luka, saya akan sapu kan ubat ini, negasunt powder..

InsyaAllah lagi 2-3 hari akan sembuh 100%

p/s : kredit to kak ac aka Asiah 😀

 
Leave a comment

Posted by on May 26, 2010 in Al-kisah arnabku, Ubat

 

Tags: , ,

Sakit Mata

Baru-baru ini arnab saya mengalami sakit mata..tahi mata penuh di mata, apabila dicuci terdapat kemerahan dikeliling sekitar mata. Setelah browse dan mencari info di internet, jadi di sini saya letakkan panduan untuk kita bersama

Radang Mata (sumber – Shamza Agro Product)

Sering menyerang anak arnab yang telah menjangkau usia beberapa minggu dan juga terdapat juga pada arnab dewasa. Radang ini berwarna merah, terutamanya pada kelopak mata atau selaputnya. Bulu di bahagian mata sentiasa lembap dan kadangkala keluar nanah. Penyakit ini disebabkan oleh serangan bakteria. Luka yang menyerang bahagian selaput mata akan lebih cepat merebak jika terdedah kepada debu yang kotor, habuk, gas ammonia dan asap.
Cara rawatan :
  1. Bagi mengatasi, bahagian mata arnab perlu dibersihkan dengan cecair pembersih mata dengan menggunakan kapas. Sebarang kotoran yang melekat pada mata perlu dibuang. Setelah itu, titiskan ubat mata atau sapu bahagian mata dengan cecair antibiotik seperti Chloramphenicol.
  2. Boleh diubati dengan membeli ubat sakit mata seperti manusia juga.Terramycin amat berkesan jika dilumur di mata rabbit dan bagi rabbit makan antibiotik
  3. Boleh juga pakai eye-mo dan titis atas matanya.

Jadi, untuk arnab saya yang mengalami sakit mata buat masa ini saya akan titiskan eye mo ke matanya..sat gi nak pegi beli…

 

Satu kehilangan…

Pagi semalam, saya lihat anak Kiko yang berwarna kelabu ini seolah-olah ada sesuatu yang terkeluar di bawah perutnya..saya dan Che Na cuba menariknya, tetapi berdarah..jadi kami hanya mencuci kotoran darah yang telah meleleh akibat ditarik oleh adik beradiknya yang lain.

Dan pagi ini, ketika hendak memberi arnab makan dan minum…saya dapati anak Kiko yang berwarna kelabu aka Silver ini telah tiada…keras sahaja badannya, tidak bergerak-gerak.

Ketika hendak menanamnya, saya dapati bahagian yang terkeluar di bawah perutnya telah tiada…sebab-sebab kematian ialah akibat ketumbuhan itu telah tercabut..mungkin telah ditarik oleh Mummy Kiko…erm..4 hari sahaja bersama dengan Silver…

Cuba anda lihat pic ini, sesiapa ada info berkenaannya sila-silalah komen…

 
3 Comments

Posted by on May 12, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

5 new litters!

Uhh..uhhh…gembira dan rasa sungguh terkezut dengan kelahiran 5 ekor anak arnab yang baru. Saya tak sangka pulak yang Kiko nak beranak..sian sungguh la mummy bunny nie…Nanti saya akan wat buku rekod khas supaya tak terjadi perkara yang sama seperti ini lagi..

Petang semalam, iaitu 8 Mei 2010 dalam lingkungan jam 6.00ptg…saya seperti biasa akan memberi arnab makan dan minum. Ketika sedang menjenguk Kiko, saya terlihat seekor anaknya iaitu bahagian kepalanya tersepit tergantung di sangkar…sedey dan agak panik sedikit pada waktu itu..manakala yang lain pula ada yang tangan dan kaki juga termasuk celah-celah sangkar…

Rescue Rangers pun beroperasi la lagi…hehe…saya cepat-cepat menjerit meminta suami saya menolong…lama la jugak diusahakan, dan akhirnya saya berjaya menyelamatkan anak arnab tersebut. Syukur Alhamdulillah….semoga dia akan terus survive…

Anak Kiko pada kali ini 3 ekor hitam, 1 kelabu dan 1 putih. Yang putih tu la tersepit, sehingga terjelir lidahnya…sian..memang masa proses menyelamat tu rasa nak nangis jerrr…sian..isk..isk…jika mati akibat tersepit begitu, di akhirat nanti pastinya akan dipersoalkan…Ya Allah ampunilah dosa ku…

Di lain masa saya akan pastikan perkara yang sama tidak akan berlaku lagi…sangkar khas untuk ibu-ibu arnab akan disediakan…InsyaAllah

 
Leave a comment

Posted by on May 9, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: