RSS

Tag Archives: arnab

Roboh sudah…

Terkejut sungguh saya melihat tempat letak cages arnab tu da roboh…bahagian besi kat bawah yang saya letakkan gutter (tempat tadahan tahi arnab) tu dah separuh patah, jaring tampung tahi pun dah tercabut….tengok-tengok si Tweet pulak terlepas…si Tweet nie memang suka nak wat orang marah jer lah…dah di kuarantinkan pun leh jugak dia menyelitkan diri kuar dari sangkar….eeeiii…gerammm..

 

Sekarang nie, macam kurang oke la sket kedudukan gutter tu…errmmm…tapi memang semua besi tempat letak arnab tu da berkarat…nampak gayanya memang kena buat yang baru lah…atau guna kayu lebih baik?? ermmm…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 6, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Arnab dan Kepercayaan Cina

Tahun Baru Cina yang baru sahaja disambut oleh masyarakat Cina meraikan kedatangan Tahun Arnab bagi tahun ini. Tahun Arnab dikatakan sebagai tahun yang memberikan kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran. Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia.

Pakar Feng Shui, yang juga Naib Presiden Operasi Peruncitan dan Perundingan World Of Feng Shui, Phillip Lim, berkata ekonomi kebanyakan negara berpeluang untuk menikmati pemulihan positif.“Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya.

“Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti,” katanya.

Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.

Lim berkata, masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.
Bagaimanapun, beliau berkata, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau.

Selain itu, katanya, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga.

“Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.

“Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.

“Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat,” katanya.

Bagi pelajar pula, Lim berkata, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.

Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.

Antara selebriti antarabangsa yang dilahirkan dalam Tahun Arnab ialah Angelina Jolie, Johnny Depp, Eva Longoria, Brad Pitt, David Beckham, Kate Winslet, Drew Barrymore, Bridget Fonda, Lisa Kudrow, Elizabeth Shue, Lauryn Hill, Sheryl Crow, Tiger Woods, Nicholas Cage, Quentin Tarentino, Sting, Andy Warhol, Frank Sinatra, Albert Einstein dan Arthur Miller.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasyarakatCinanantikemakmuranTahunArnab/Article/index_html

 
Leave a comment

Posted by on February 7, 2011 in Artikel Arnab

 

Tags: , ,

Silih berganti..

Pada hari raya AidilAdha yang lepas, sebanyak 3 ekor arnab iaitu Silky,Winter dan seekor arnab berwarna putih telah dikorbankan. Buat masa ini hanya tinggal 1 induk jantan sahaja iaitu Tweet. Sebanyak 3 ekor anak arnab yang baru lahir juga telah mati akibat tidak menyusu..mungkin kerana Mummy Twinkle & Mummy Summer ini beranak agak banyak pada kali ini ada di antara anaknya yang agak lemah dan tidak mampu untuk berebut-rebut menyusu. Total kelahiran anak arnab ialah 13 ekor, kini tinggal 10 ekor sahajalah. Tadi saya lihat 2 ekor telah mula celik mata..Esok lusa mesti ke semuanya akan celik mata jugak.

 
Peristiwa semalam pula, Si Tweet telah lari dari rumah..cage nyer telah diikat dengan baik tetapi masih jugak dapat lepas keluar. Inilah pertama kali Tweet keluar dari pagar rumah…ntah mana la pegi nyer..risau jugak jika dibaham dek anjing..kawasan nie memang banyak anjing liar yang selalu datang bertandang..

 
Hampir tengahari jiran saya menjumpai Tweet di kawasan longkang. Saya pun cepat-cepat menangkapnya. Busuk sungguh bau Tweet…bahagian belakangnya kotor, hitam..mesti telah terjatuh ke dalam air longkang…haa..padam muka! sapa suh pandai-pandai nak lari dari rumah la konon…haha…


Saya pun mandikan Tweet dengan syampu herba dan bilas dengan air seorang diri…perrgghhh..memang susah jugak…menggelupur tak tentu hala Si Tweet nie..badan dah la besar yang amat…tapi bila saya tenangkan dia dengan gosok-gosok area kepalanya dia oke la..cuma kat bawah perutnya tak dapat nak basuh sepenuhnya…
Saya masukkan Tweet dalam cage portable tu..kecik saiznya..tapi dijamin Tweet xleh kuar punya la…sangkar handmade tu kena modify sket kasi lebih elok…Arnab saiz besar memang leh tembus…hohoho…

 

 

Nanti bulan 12 pulak akan masuk sepasang Fuzzy Lop…x sabar rasanya untuk memiliki mereka nie….

 
Leave a comment

Posted by on November 22, 2010 in My Bunnies

 

Tags:

Berus Sliker utk grooming atau trimming

Ini ialah contoh berus sliker atau slicker brush yang boleh anda gunakan untuk menyikat atau memberus arnab anda yang berbulu panjang (baka Angora etc). Berus ini berfungsi untuk merapi dan mencantikkan bulu arnab anda dan ia juga boleh menjadikan flea mites (kutu bulu) terjatuh atau gugur daripada bulu arnab anda. Terdapat pelbagai pilihan rupa, gaya dan material berus sliker ini.

Ini pula ialah berus sliker yang saya gunakan untuk memberus arnab saya..

>> Berus Sliker atau Slicker Brush

Berus ini diperbuat dawai yang lembut, ia tidak menyakitkan badan arnab apabila anda menggunakannya..mengikut kata jual tu, apabila disikat, bulu arnab,kucing atau anjing akan jadi cantik mengembang…jadi, rajin-rajinlah menyikat bulu arnab anda agar ia tidak bergumpal. Bila dah bergumpal tu, bulu arnab kena la potong, xde cara lain dah..hehe..

Oke,nie pula kata-kata daripada packaging…

 
2 Comments

Posted by on October 4, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags: , ,

Arnab vs Kucing

Ketika di zaman persekolahan dahulu, seringkali juga kami sekeluarga (adik-beradik saya) membela kucing. Ada seekor kucing putih yang berbulu kembang tiba-tiba sahaja telah masuk dan duduk melepak di dalam rumah pada waktu tengahari. Kami terus sahaja membela kucing tersebut dan diberi nama ‘Chiky’. Rupa-rupanya masa tu dia tengah bunting, tidak lama kemudian, dapatlah kami anak-anak kucing pula sebanyak 5 ekor, semuanya berbulu kembang. Tetapi hanya seekor yang hidup, ‘Putih’..yang lain-lain tu mati akibat keracunan makanan.

Dan banyak lagi la peristiwa dengan kucing nie…bila kucing mai datang umah..berkenan…terus pi bela…Satu-satunya kucing peliharaan saya diberi nama Meow Yaw Yaw..Saya selamatkan dia akibat dibuang dek orang..pastu biler da besar, dia mengalami penyakit apa ntah…terlompat2 sampai terkencing2…jadi..terpaksa la buang..

Oke..stop citer pasal kucing…sekarang nie pasal arnab pulak…nak compare antara bela arnab dan bela kucing

Yang best nyer pasal arnab nie, diam jer..xde bersuara meskipun lapar ke…dahaga ker…cuma menjerit bila kesakitan dan ketakutan sahaja. Arnab nie manja, baik,bulu gebu..seronok tengok aksi dia bermain dan berlari-lari, terutamanya part berdiri di atas dua kaki dalam tempoh yang amat lama. Tapi disebabkan arnab nie tak bersuara, kita sebagai pemiliknya kena la selalu perhatikan sebarang perubahan yang berlaku..setiap hari cek samada kat bulunya ada furmites ke, mata sakit ker…kurap ker…cirit- birit ker…arnab nie cepat jer mati kalo kita tak rawat cepat-cepat…

Sumber >> Dwarf hotot Beh Yo Rabbitry

Najis arnab pun senang nak uruskan..sebab dia kering dan berbentuk bulat..kalo pegang, tangan tak kotor..tapi mesti cuci tangan bersih-bersih..kalo tak cuci tangan lepas pegang arnab, mesti demam..Yang probs nyerr..air kencing arnab nie berbau sket…kadang-kadang menyebabkan lalat datang…Kena kerapkali cuci la untuk elakkan masalah lalat nie. Cara nak elak, bole jugak beli Odourless dari petshop atau Jabatan Haiwan..campur kan jer dalam minuman arnab, kurang la berbau air kencing nyer..jadi lalat tak de la mai lagik…

Bab makanan arnab pun senang jer…kasi pellet, buah-buah,dedaunan, rerumput daa cukup, bunga pun dier makan gak…memang tak banyak songeh la bela arnab nie…

Arnab jarang menggigit…kalo dia menggigit ada la salahsilap kita terhadap dia yang kita tak tau…hehe…penah satu kali tu saya agak lewat memberi Si Kiko makan…haaa…ngaapppp…digigit nyerr tangan saya!! Adoiii…sakit…berdenyut-denyut sakitnya sampai 3 hari….taubat x beri makanan lewat lagi.. 😛

>> Bunga-bunga tu nanti habis la kena makan dek arnab

Okelah..cukup itu sahaja entry untuk hari ini…. 🙂

 
16 Comments

Posted by on August 15, 2010 in Tips Penjagaan Arnab, Umum

 

Tags: ,

Perasaan bercampur-baur…

>> Lola

Sebanyak 4 ekor arnab jantan saya telah selamat dikorbankan dan seekor yang berwarna oren dan putih (mix angora) telah mempunyai ‘mak’ baru, Iema dan menetap di Cheras. Alhamdulillah, lega hati saya kerana mengetahui hidupnya di tempat baru adalah selesa dan sempurna. Semuanya telah tersedia, sangkar baru, botol minuman yang diperbuat daripada kaca dan bekas makanan yang serba baru. Semoga akan membesar dengan baik, menjadi rabbit kesayangan 🙂 .

>> Si Putih 1-3

Hati saya sebenarnya sedikit sayu apabila melihat 4 ekor arnab saya yang bakal dikorbankan itu. Rasa nak menitis airmata…tapi saya xde pilihan sebabnya arnab jantan nie akan bergaduh sesama sendiri jika diletakkan dalam sangkar yang sama..kadang-kadang mengawan sesama mereka. Ruang yang ada agak terhad, jadi terpaksa la dikorban. Saya tidak  bercadang untuk membela arnab-arnab sehingga usia 6 bulan ke atas jadi jualan anak-anak arnab adalah dibuka seawal usia 2 bulan.

>> Pikachu

Untuk saat-saat terakhir mereka ketika masih bersama, saya memberi mereka makan ulam raja dan napier. Makan kenyang-kenyang yea…xmo sedih2…iskk.iskk…hati saya yang sedih sebenarnya….saya tak sanggup melihat mereka disembelih, dan di masak..

Tapi kesedihan terubat apabila mengetahui Iema, tuan baru arnab saya tu akan menjaga arnabnya dengan baik. i’ll wait for her new name…hehe..sebenarnya memang xde kasi nama pun lagi…be a good bunny kay!

Iema baru jer sms saya, nama bunny —->>> LoLa ^_^

InsyaAllah selepas raya nie nanti saya akan mendapatkan baka Mix ND dari Kajang…sekarang nie 2 sangkar da kosong..



 
2 Comments

Posted by on August 9, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Khasiat Daun Kemangi / Lemon Basil

Hari ini saya mengetahui khasiat daun kemangi daripada saudara Fahmie. Daun kemangi juga dikenali sebagai ‘Lemon Basil’ kerana baunya sama seperti serai. Lemon Basil nie salahsatu tanaman yang sering saya tanam di dalam games Farmville di Facebook…hehe..masa tanam tu, tertanya-tanya gak, pokok apa la nie..tapi disebabkan saya merasakan namanya agak unik, jadi sering la tanam pokok nie…

Inilah rupanya pokok kemangi aka Lemon Basil >>

Daun kemangi ini berkhasiat untuk arnab, juga bagi manusia..tidak kira lelaki mahupun wanita..

Saya senaraikan khasiat-khasiatnya :-

Bagi Arnab

– mengatasi masalah batin (jantan), membanyakkan susu (betina)

Bagi Wanita

– Berkhasiat menyembuhkan gangguan pencernaan, masalah payudara, gangguan menstruasi
– Bahan penjagaan tubuh seperti sabun mandi, minyak wangi, pelembab tubuh, dan minyak aroma terapi. Namun penggunaan kemangi sebagai minyak urut sebaiknya tidak diaplikasikan terhadap wanita hamil.
– Jika dicampur dengan lulur, kemangi dapat merangsang peredaran darah di tubuh sehingga kulit lebih halus dan berkilau, serta mengatasi masalah jerawat keguguran rambut.
Bagi Lelaki

-Dapat mengatasi masalah ejakulasi prematur, boleh meningkatkan daya tahan sperma serta mencegah kemandulan.
Khasiat lainnya

  • Kemangi juga boleh mengatasi influenza,  sakit telinga dan sakit kepala / migrain, jangkitan usus, dan gangguan saraf, menghalang gigitan nyamuk.
  • Kemangi juga kaya akan betakaroten dan magnesium, mineral penting yang berfungsi menjaga dan memelihara kesihatan jantung.
  • Mengatasi masalah perut kembung dan masuk angin, menyapukan rebusan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa pada bahagian perut, dada dan punggung.
  • Mengatasi masalah bau badan dan bau mulut dengan cara meminum air rebusan kemangi.
 
3 Comments

Posted by on July 17, 2010 in Arnab & Herba

 

Tags: , , , ,