RSS

Tag Archives: arnab kurap

Ms Florence is here…

Florence, baka Teddy Bear kini berada di rumah saya..usianya telah mencecah 10 bulan tetapi badannya agak kecil iaitu lebih kurang saiz badan Spike & Mummy Blink. Bulu Mummy Florence cantik, panjang dan amat lembut sekali. Terima kasih bebanyak pada kawan saya, Siti & suami yang telah bermurah hati dan yakin menyerahkan Florence
kepada saya supaya dapat dijaga dengan lebih baik.
Tetapi Mummy Florence menghadapi masalah jangkitan di sekitar matanya. Jika tidak silap sayalah ianya sakit mata dan telah melarat menjadi kurap. Bulu dilehernya sedikit gugur, dipercayai masalah furmites. Setibanya di rumah, saya dengan segera merawat Mummy Florence dengan menitiskan ubat mata dan memberinya makan ubat kurap dengan suntikan..Pada waktu petangnya pula, lagi sekali saya merawat Mummy Florence. Kali nie da rasa macam doktor la pulak, siap pakai glove…Jangkitan di sekitar mata Mummy Florence berbau busuk, dan bulu di sekitar mata menjadi keras seperti kuping. Saya potong kesemua bulu tersebut dengan berhati-hati dan mencucinya dengan air bersih.

>> Proses menenangkan Mummy Florence, lihat area matanya seperti ada kuping..bahagian itulah yang saya potong dan buang

Mummy Florence nie dia takut jugak, tetapi setelah dipujuk dia pun dok diam jer ketika menjalani rawatan…chewah! Sambil-sambil tu saya baca la juga Selawat Syifa’. Semuga cepat sembuh dan Florence sendiri berasa lebih tenang apabila saya bacakan selawat tersebut kuat-kuat. Sebelum ini pun, ketika merawat Mummy Kiko yang mengalami
masalah ketulan susu pun saya baca jugak selawat Syifa’ nie…memang arnab nampak semakin tenang. Jadi senanglah
saya nak menjalankan tugas yang sepatutnya. Sebenarnya tugas nie adalah lebih baik jika dapat dilakukan berdua,
tetapi dah xde assistant..semuanya saya lakukan seorang diri dengan penuh keprihatinan dan dengan bantuan dari
Tuhan sahaja.

>> Sebelah mata da selesai


Setelah proses sekitar mata telah selesai, saya grooming pula bulu Mummy Florence…mana-mana bulu yang bergumpal (area buntut) dipotong dan dibuang. Seluruh badannya disyampu dan disikat dengan rapi. Nanti bulu yang baru tumbuh, InsyaAllah akan lebih cantik lagi.

Selepas dibuang bulu sekitar matanya yang sakit…

Hari ke 2 Mummy Florence di sini, saya lihat dia semakin sihat..semuga akan sihat sepenuhnya. Mungkin memerlukan
masa 1-2 minggu jugak.

Oh ye..saya turut memberi dia makan ulam raja, supaya badannya menjadi lebih sihat…ulam nie banyak khasiatnya..

 

Advertisements
 

Tags: , ,

Gambar arnab kurap

Gambar-gambar ini dipinjam daripada blog Hanief

Kiri :  Sebelum                                                                               Kanan : Selepas

Kiri :  Sebelum                                                                               Kanan : Selepas

Arnab ini disuntik dengan Dectomax…selepas seminggu anda akan dapat lihat perubahannya..untuk permulaan kurap anda bole menyapukan minyak zaitun,minyak gamat,atau minyak goreng ikan ke tempat yang dijangkiti kurap tersebut.

>> Dectomax (Doramax) 50 ml

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk ternakan (kambing..lembu lebih sikit..)

 
6 Comments

Posted by on September 5, 2010 in Kurap/scabis, Penyakit Arnab

 

Tags: , ,