RSS

Category Archives: Kurap/scabis

Ms Florence is here…

Florence, baka Teddy Bear kini berada di rumah saya..usianya telah mencecah 10 bulan tetapi badannya agak kecil iaitu lebih kurang saiz badan Spike & Mummy Blink. Bulu Mummy Florence cantik, panjang dan amat lembut sekali. Terima kasih bebanyak pada kawan saya, Siti & suami yang telah bermurah hati dan yakin menyerahkan Florence
kepada saya supaya dapat dijaga dengan lebih baik.
Tetapi Mummy Florence menghadapi masalah jangkitan di sekitar matanya. Jika tidak silap sayalah ianya sakit mata dan telah melarat menjadi kurap. Bulu dilehernya sedikit gugur, dipercayai masalah furmites. Setibanya di rumah, saya dengan segera merawat Mummy Florence dengan menitiskan ubat mata dan memberinya makan ubat kurap dengan suntikan..Pada waktu petangnya pula, lagi sekali saya merawat Mummy Florence. Kali nie da rasa macam doktor la pulak, siap pakai glove…Jangkitan di sekitar mata Mummy Florence berbau busuk, dan bulu di sekitar mata menjadi keras seperti kuping. Saya potong kesemua bulu tersebut dengan berhati-hati dan mencucinya dengan air bersih.

>> Proses menenangkan Mummy Florence, lihat area matanya seperti ada kuping..bahagian itulah yang saya potong dan buang

Mummy Florence nie dia takut jugak, tetapi setelah dipujuk dia pun dok diam jer ketika menjalani rawatan…chewah! Sambil-sambil tu saya baca la juga Selawat Syifa’. Semuga cepat sembuh dan Florence sendiri berasa lebih tenang apabila saya bacakan selawat tersebut kuat-kuat. Sebelum ini pun, ketika merawat Mummy Kiko yang mengalami
masalah ketulan susu pun saya baca jugak selawat Syifa’ nie…memang arnab nampak semakin tenang. Jadi senanglah
saya nak menjalankan tugas yang sepatutnya. Sebenarnya tugas nie adalah lebih baik jika dapat dilakukan berdua,
tetapi dah xde assistant..semuanya saya lakukan seorang diri dengan penuh keprihatinan dan dengan bantuan dari
Tuhan sahaja.

>> Sebelah mata da selesai


Setelah proses sekitar mata telah selesai, saya grooming pula bulu Mummy Florence…mana-mana bulu yang bergumpal (area buntut) dipotong dan dibuang. Seluruh badannya disyampu dan disikat dengan rapi. Nanti bulu yang baru tumbuh, InsyaAllah akan lebih cantik lagi.

Selepas dibuang bulu sekitar matanya yang sakit…

Hari ke 2 Mummy Florence di sini, saya lihat dia semakin sihat..semuga akan sihat sepenuhnya. Mungkin memerlukan
masa 1-2 minggu jugak.

Oh ye..saya turut memberi dia makan ulam raja, supaya badannya menjadi lebih sihat…ulam nie banyak khasiatnya..

 

Advertisements
 

Tags: , ,

Jangkitan kuku arnab

 

bexton Ubat Kurap Gambar di sebelah ialah ubat kurap Bexton yang diberikan secara oral kepada dua ekor arnab saya yang disyaki mengalami masalah kurap iaitu mengalami jangkitan kuku di sekitar kuku (20 kuku semuanya sakit). Di sekitar kuku arnab mengelupas dan berwarna kemerahan. Saya lihat juga seolah-olah arnab saya kegatalan. Selalunya penyakit kurap nie dijangkiti bahagian telinga dan sekitar badan arnab…inilah pertama kali arnab saya menghadapi masalah ini. Semuga arnab saya akan segera sembuhlah hendaknya.

Pada mulanya susah jugak nak beri Blink & Spike nie makan ubat…tapi hari ini hari ke 2, mereka agak tenang sedikit..nampak macam sedap la pulak bila tengak Blink & Spike menjilat-jilat ubat tu yang terlekat sekitar mulutnya. Saya gunakan syringe khas untuk small animals, tapi da rosak sket kerana hujungnya kena gigit dek Blink..Sukatan Bexton nie yang disyorkan bagi anda yang menghadapi masalah kurap adalah seperti berikut :-

  • 0.3ml – anak arnab berusia 6 minggu ke atas
  • 0.5ml – arnab dewasa

Gunakan selang 14 hari. Tidak boleh diberikan kepada ibu arnab yang sedang hamil dan menyusukan anak.

Bexton Itin Vet – Oral Solution (Ivermectin oral solution)

– sesuai untuk merawat dan mengawal secara dalaman dan luaran masalah parasit bagi arnab,kucing,lembu,kambing,anjing dan kuda.

>> Jangkitan sekitar kuku arnab

 
9 Comments

Posted by on January 14, 2011 in Kurap/scabis, Penyakit Arnab, Ubat

 

Tags: , , ,

Gambar arnab kurap

Gambar-gambar ini dipinjam daripada blog Hanief

Kiri :  Sebelum                                                                               Kanan : Selepas

Kiri :  Sebelum                                                                               Kanan : Selepas

Arnab ini disuntik dengan Dectomax…selepas seminggu anda akan dapat lihat perubahannya..untuk permulaan kurap anda bole menyapukan minyak zaitun,minyak gamat,atau minyak goreng ikan ke tempat yang dijangkiti kurap tersebut.

>> Dectomax (Doramax) 50 ml

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk ternakan (kambing..lembu lebih sikit..)

 
6 Comments

Posted by on September 5, 2010 in Kurap/scabis, Penyakit Arnab

 

Tags: , ,

Rawatan kurap/scabis bagi arnab

Topik kali ini adalah lanjutan daripada masalah kurap/scabis yang pernah saya post sebelum ini.

Berikut dinyatakan cara rawatan bagi masalah kurap/scabis bagi arnab untuk peringkat awal.

  1. Sapu dengan minyak rambut zaitun (ini yang sering saya praktikkan)
  2. Boleh juga dibubuh dengan minyak goreng ikan, minyak masak, minyak kelapa, tujuan minyak tu untuk menutup hama/mites untuk bernafas(mendapat oksigen), jadi bila dilakukan kerap, telur hama tu tidak dapat nak menetas semula dan seterusnya gagal untuk terus membiak. (Info lengkap klik sini)
  3. Rawatan dengan minyak gamat. Tujuan minyak gamat pulak adalah untuk mengubati luka-luka di kawasan kurap.

>> Klik pada gambar untuk baca!

>> Klik pada gambar untuk baca!

 
23 Comments

Posted by on May 28, 2010 in Kurap/scabis, Penyakit Arnab

 

Tags: , ,