RSS

Benih ulam raja & arnab

22 Sep

Biji benih ulam raja untuk arnab anda.

>> Biji benih ulam raja, 1 sachet 120 biji Rm10 shj.

Pos Laju : Rm 6, Pos Ekspress Rm 3

Nama Tempatan : Ulam Raja

Nama Saintifik : Cosmos caudatus

Nama Lain : King salad, Intan Berayun

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai pokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

KHASIAT

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Selain daripada amat berkhasiat kepada manusia, fungsinya atau kesannya terhadap arnab amat baik sekali. Saya memberi arnab saya makan ulam raja dan saya dapati kesemua arnab saya yang sakit, akan cepat sembuh..contohnya, dahulu arnab saya pernah mengalami bengkak susu, sembuh..demam/selesema juga sembuh..Arnab nampak lebih sihat dan cergas. Sememangnya ulam raja ialah pilihan utama arnab saya berbanding dengan pellet. Mereka akan berebut-rebut makan ulam raja nie. Nampak macam sedap sungguh!

Oh ye..jangan berasa pelik apabila melihat warna air kencing arnab anda berubah selepas memberi arnab anda makan ulam raja ini. Warna air kencing arnab akan berwarna coklat. Jadi, jangan risaulah🙂

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalampasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.

** Buat sementara waktu, pesanan biji benih ulam raja diberhentikan. Sebarang pesanan akan diposkan pada Mac 2011. Harap Maklum.tQ

 

 
36 Comments

Posted by on September 22, 2010 in JUAL / BELI, Jualan Arnab, Ubat

 

Tags: , , , , , ,

36 responses to “Benih ulam raja & arnab

  1. zana

    October 1, 2010 at 3:39 pm

    Bagaimana cara nak beli benih ulam raja tu?

     
  2. ramli

    December 2, 2010 at 12:53 am

    ulam raja pon arnab mkn ke?

     
    • dila -my-

      December 2, 2010 at 9:27 am

      arnab memang suka makan daun-daun..ulam raja nie bagus..baik utk kesihatan arnab

       
  3. ramli

    December 3, 2010 at 10:42 pm

    owh.. thks 4 da info.. saya igt nk bli napier 2 la..
    sng tanam x? bpe lame tempoh mse tuk boleh diberi kepada arnab? tq..

     
    • dila -my-

      December 4, 2010 at 1:07 pm

      yup..senang jer nk tanam napier tu…nak beli berapa ruas? Rm30 utk 30 ruas.

       
  4. yazyaz

    February 16, 2011 at 6:27 pm

    hmmm ulam raja tu rm10, termasuk courier skali??

     
  5. shaiful

    February 17, 2011 at 9:22 am

    kak dila camne nak order benih ulam raja tu?sy nak beli la

     
  6. yazyaz

    February 17, 2011 at 11:02 am

    ok then… i nk beli… 1 sachet…

     
    • dila -my-

      February 19, 2011 at 9:06 am

      tp, bole sy pos nnti bln 3 sbb nya sy sedang bercuti di Perak…

       
  7. Zamri

    February 21, 2011 at 9:19 am

    Sy nak beli benih ulam raja. Call @ sms untuk urusan pembelian.. 012-2629714. Thanx

     
    • dila -my-

      February 21, 2011 at 7:46 pm

      Pembelian biji benih ulam raja diberhentikan buat sementara waktu kerana saya sedang bercuti. Sebarang pesanan akan diposkan pada Mac 2011 nanti.tQ

       
  8. irfan

    March 22, 2011 at 8:30 am

    benih ulam raja ni ada lgi x

     
  9. irfan

    March 24, 2011 at 3:35 pm

    brapa harga ya kalau pos kuantan

     
  10. bahar

    March 27, 2011 at 6:28 pm

    camner caranyer nk beli biji benih tu? nak 1 sachet

     
    • dila muhsin

      March 28, 2011 at 1:24 pm

      perlu bankin dahulu ke akaun sy, maybank 1551 2698 6394 Husnul Fadila..da bankin, sms sy di 012 238 0538 beserta details transaksi,nama,alamat & tel..tQ

       
  11. bahar

    March 28, 2011 at 4:37 pm

    tq. kalau 1 sachet + pos express n poskan ke perak, total rm13 kan?

     
    • dila muhsin

      March 28, 2011 at 10:06 pm

      yup..betul tu..rm13 berserta pos ekspress..

       
  12. normah

    April 3, 2011 at 10:13 pm

    mcm ne nak dpt benih ulam raja tu. sye d sandakan.. bgtau jumlah kos perlu byr.. nanti sye bank in.

     
    • dila muhsin

      April 4, 2011 at 2:17 pm

      pos ke sandakan utk 1 sachet Rm 18 shj.. sila bankin ke :- maybank 155126986394, Husnul Fadila..da bankin sms sy di 012 238 0538..tQ

       
  13. Azima

    May 23, 2011 at 11:46 am

    Hai.. nk tanya dila, ada lagi tak benih ulam raja tu. Akak kat putrajaya. So, kiranya klu akak nk akak kena bayar RM13 je kan.. Kalu ada, gtau k.

     
    • dila muhsin

      May 23, 2011 at 2:35 pm

      yup…ada stok…leh bankin ke akaun sy, maybank 1551 2698 6394…husnul fadila..da bankin sms sy di 012 238 0538..

       
  14. Nurul SNA

    June 9, 2011 at 1:56 pm

    klu ulam raja nie perlu dikeringkan dulu baru diberi mkn pada arnab @ tk perlu dikeringkan terus boleh bg arnab mkn je

     
    • dila muhsin

      June 10, 2011 at 11:50 am

      bagi fresh2 pada arnab..kalo da kering atau layu, arnab xmo makan dah…

       
  15. Rasyd Abd Razak

    June 9, 2011 at 2:56 pm

    salam.kak husnul,saya nk order 1 sachet benih ulam raja.tinggal di cheras,kl.berapa lebar agaknya kawasan yg diperlukan utk tabur satu sachet ya?

     
    • dila muhsin

      June 10, 2011 at 11:49 am

      1 sachet ada 80 biji benih..maybe dlm 2×3 kaki…

       
      • Rasyd Abd Razak

        June 16, 2011 at 11:58 am

        saya nak order 2 sachet ulam raja.kalau akak ada stok,saya bank in RM10 + RM10 + RM3 = RM23 ke?

         
      • dila muhsin

        June 16, 2011 at 12:19 pm

        Rm 25 shj..sy pki pos laju..stok ada..

         
  16. Baks

    June 16, 2011 at 2:35 pm

    Ulam raja ad tak lagi stok.. kedah harga berapa termasuk pos.. CIMB ad tak..

     
    • dila muhsin

      June 17, 2011 at 10:31 am

      yup..ada..termasuk pos Rm16 shj.. cimb 0814 0068 524 527 Husnul Fadila..da bankin, sms sy di 012 238 0538

       
  17. arnabwannabe

    September 6, 2011 at 8:12 pm

    klu sy nak yg 50bji da lg x stok? berapa hrga?

     
  18. aziah

    October 4, 2011 at 10:24 am

    pos ke melaka untuk satu saccet bape ek

     
  19. Husnul Fadila

    November 3, 2011 at 10:25 am

    ke melaka Rm16 shj

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: