RSS

My Bubbles sick again…

22 Dec

Semalam sy lihat Bubbles macam kurang sihat, tahi pun berbau..tapi xla assume dia sakit..kalo bukak pintu sangkar lak langsung xmo kuar..tapi saya kuarkan jugak supaya dia leh amik udara segar dan bole berlari-lari..

Alfalfa hay dah abis, jadi makanan all my bunnies buat masa ni ialah pellet sahaja. Nampaknya semua x berapa suka makan pellet tu..jadi semua makan rumput dan daun kunyit yang ada sedikit di tanam.

Hari ini, saya lihat Bubbles mengalami cirit-birit..ohh..Ini bahaya nie!..saya banyak terbaca di blog2 para penternak arnab, apabila arnab mengalami perkara seperti ini harus diubati segera.

Saya pegi melawat ke blog NewHillz, ada informasi tentang perkara ini. Tapi cara mengubati agak ringkas. Saya pegi explore pulak dengan En Google, jumpa blog Lanz Rabbit Studio..di situ ada diterangkan serba lengkap apakah tindakan yang harus dilakukan apabila arnab mengalami cirit-birit.

Penyakit : Cirit (Diarrhea)

Ciri-ciri : Najis berbentuk cair,pada peringkat awalnya berwarna hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.

Punca : Dedaun/rumput berlebihan, mungkin juga disebabkan oleh pellet. Berlakunya peningkatan kandungan bakteria bermasalah seperti Saccharomycopsis spp., Clostridium spp atau yis. Cirit yang disebabkan oleh jangkitan kuman selalunya mengakibatkan radang pada lapisan usus dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera.

Rawatan : Cecair ORS (Oral Rehydrated Salt) kepada arnab untuk mengelakkan kekeringan (dehidrasi) pada badan arnab. Bahan-bahan ORS :-

  • 1 cawan air bersih
  • 2 camca teh gula
  • 1/4 camca teh baking soda
  • secubit kecil garam

Masukkan bancuhan ORS  di dalam botol atau mangkuk minumannya atau mengunakan Syringe.

Bersihkan arnab sekiranya terdapat kotoran di bulunya..tidak perlu dimandikan, hanya perlu cuci bersih sahaja di mana kotoran berada. Juga bersihkan sangkar supaya arnab berasa selesa. Tuannya juga tentu x suka bau busuk kn? hehe…

Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh veterina dan juga memastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Segera bawa arnab anda berjumpa dengan vet secepat mungkin.Biasanya vet akan menyatakan arnab telah dijangkiti  coccidia (coccidiosis). Antibiotik berasaskan sulfat akan diberi. Apabila antibiotik digunakan dalam rawatan, pastikan arnab diberi larutan probiotik untuk menambah semula mikroflora baik di dalam usus.

 
26 Comments

Posted by on December 22, 2009 in Cirit (Diarrhea), Penyakit Arnab

 

Tags: ,

26 responses to “My Bubbles sick again…

  1. syafiq nadzri

    June 5, 2010 at 11:37 pm

    arnab saya baru smalam mati akibat cirit birit..sgt sedih

    baka anggora..

     
    • dila -my-

      June 14, 2010 at 11:26 am

      ala..naper x rawat cepat2…

       
  2. nasha

    June 17, 2010 at 1:37 am

    hr ni najis arnab sy cair sket dr biase,klu cm 2 die skt ke?
    nk kne bwk g vet ke?
    1st time bela arnab..= (

     
    • dila -my-

      June 17, 2010 at 8:37 am

      cair sedikit ok..jgn cair spt air dan berbau busuk…itu maknanya dia kena cirit birit..

      tahi arnab nie ada 3 kategori, iaitu

      – berbentuk bulat dan kering, tidak berbau,
      – berbentuk seperti gugusan anggur, agak lembut..kadangkala arnab akan makan tahi ini kerana ia mengandungi zat
      – cecair, maknanya arnab anda kena cirit-birit..segera lakukan rawatan ORS atau di bawa berjumpa vet kerana cirit-birit berterusan boleh membawa maut.

       
      • haikal

        March 13, 2011 at 12:26 am

        ORS yg biasa doktor bg bg kat patient ke?
        kalu ORS tu sy byk ambk dr hospital..
        dan boleh ke kalau kite bg kalau arnab xsakit?

         
      • dila muhsin

        March 13, 2011 at 7:04 am

        cuba bagi dlu dlm kuantiti sedikit…

         
  3. baru bela arnab

    June 21, 2010 at 12:40 am

    mahal tak bawak arnab jumpa vet utk rawatan cirit birit ni?

     
    • dila -my-

      June 21, 2010 at 7:00 am

      of course bila jumpa vet bayarannya agak mahal, sama jugak cam kita bila jumpa doktor terus kena charge berbanding jika kita terus beli ubat jer kn lebih murah….rege sebenarnya saya tak tau sebab jika arnab saya cirit, saya rawat sendiri jer..Alhamdulillah ok..

       
  4. Syafiq91

    July 8, 2010 at 9:04 am

    sedihnye😦 arnab saya baru mati pada 7 Julai ’10.
    umur dah 77 hari.. x tau apa pasal kena diarrhea.

    dia kongsi cage, botol n bkas mkn dgn mak n kembar dia tpp yg len 2 x de plak sakit ape2. balik dr vet sy terus cuci..

    sebelum 2 tgok dia duk diam je.. tgn dpan x leh grak.. vet kat sect 6 shah alam cakap dia tangan dia jegang. Cirit dia pn dah truk sbb b’darah ckit.. Kena RM45..

    siot tol.. mati sorang kawan aku..

     
    • dila -my-

      July 8, 2010 at 10:12 am

      xper la…dh smpi masa dia…yg lain2 tu jaga elok2 yea… cirit nie mmg boleh membawa maut jika tidak dirawat segera…

       
  5. Syafiq91

    July 8, 2010 at 9:15 am

    kena kasi ke ors tu kat arnab lain yg kosi cage ngan arnab yg dah mati tu??

     
    • dila -my-

      July 8, 2010 at 10:10 am

      arnab yg lain tu xde cirit-birit kn? jd xpyh la kasi…

       
  6. nana

    August 2, 2010 at 9:34 pm

    arnab sy bru smlm xmow mkn…slalu bg mkn carrot dye nk tp stat semlm lngsung xmow…ddk dyam jew dlm sngkr pas2 bkk pintu xmo kuar….mule2 igt knpe tp sy tgk ad gak dy berak tahinyer cair…igt xde pape…so juz bg rawatan ORS dy blh ok kew? sy bru 1st time bele arnb anggora…

     
    • dila -my-

      August 2, 2010 at 9:49 pm

      najis nyerr ok x? agak nyerr dia boring dh mkn carrot..cuba kasi epal ke..lai ker…sayuran hijau kerr….

       
    • dila -my-

      August 3, 2010 at 6:29 am

      yup…cuba rawatan ORS tu dlu…biar dia minum ORS byk2 tu pun oke…kasi dia mkn pellet jerr…carrot xpyh kasi…

       
  7. aisyah

    September 20, 2010 at 8:01 pm

    rebit sy ni msalah air kncing dia bcampur sket dgn darah… teruk ke?? sblum nie sy bg die mkn pelet sj…then stok pelet abis sy ganti kn dgn buah&sayur….pas tu sy bli kn dia pelet bru dgn hay…..alhamdulillah selera dia btambah..tp risau air kncing dia still bcampur darah..

     
    • dila -my-

      September 20, 2010 at 9:49 pm

      arnab baru lepas beranak ker? jika baru lepas beranak, itu normal…selain drpd itu maybe ada masalah dalaman…refer terus ke klinik haiwan yea…

       
  8. nf79

    November 29, 2010 at 11:22 am

    Rabbit sya pon baru smlm mati kena cirit birit..batu beli sehari dh mati..x tau punca apa..sya just bg mkn pellet yg dibeli dr penjual rabbit tu..pagi semlm tgk dia berak cirit..tup2 ptg nyer dh mati..sedihnyer..kesian kawan dia tggal sekor x berteman..

     
    • dila -my-

      November 29, 2010 at 12:31 pm

      mungkin anak arnab tu masih belum cerai susu dgn ibunya..berapa usia rabbit tu?

       
      • nf79

        November 30, 2010 at 11:23 am

        yer lah kot..org yg jual tu kata umur dlm 2 bln ke 2 1/2…Pg ni yg seekor lg tu pon mati gak…huah sedihnya..my kidz lg ler sedih coz diorg yg beriya nk bela…I mcm dh serik nk bela arnab takut kes sama jadi lg..

         
      • dila -my-

        December 1, 2010 at 2:57 pm

        sebaiknya beli yg dah usia 3 bulan ke atas…masa beli tu..cek dlu, samada muat atau tidak atas tapak tangan…kalo muat maknanya umur rabbits tu belum mencapai 2 bulan..

         
  9. faizal

    January 15, 2011 at 2:37 pm

    Salam…saya nak tanya kenape bulu bhgn sekeliling arnab saya basah..adakah dia demam selesema..kalu ya mcm mana nak rawat demam tu???

     
    • dila -my-

      January 16, 2011 at 10:25 am

      wslm…

      jika arnab demam selesema..hidungnya berair dan agak basah..suhu badannya agak tinggi..cuba bagi panadol separuh kpd arnab..atau beri dia multivitamin samada dlm bentuk cecair atau pellet multivitamin…untuk tingkatkan kesihatan arnab, bole juga memberinya minum Em-4..tQ

       
  10. rin

    January 24, 2011 at 10:10 pm

    salam…sedihnya ni kali pertama sy bela arnab..itupun orang yg bg…selaluny arnab sy ni aktif jer..tetiba je dia jd pendiam…mknpun sikit..tp minum air…arnab sy ni jinak sgt…since dia pendiam ari ni dia duk tepi kaki sy…cian pulak tengok,,,,sy balut dia dengan towel n pegang dia dlm pangkuan..mcm dodoi anak..dia tido dengan lenany…tp sy risau kenapa dia jd pndiam secara tiba-tiba..

     
    • dila -my-

      January 25, 2011 at 7:29 am

      maybe rebit salah makan..sakit perut..kena cek fizikal dia…telinga,mata,mulut,kuku…kena cek cepat & rawat segera…

       
      • rin

        January 26, 2011 at 11:20 pm

        yerla arnab sy kena cirit birit…tp ari ni bg dia mkn daun kering jer..n bg minum sikit ORS…n nampak tai nya dh ok n aktif sikit ari ni..tpkan ada mslh lain pulak pipi kanannya mcm membengkakla…kenapa ye..?

         

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: