Anak-anak Kiko dan Summer masing-masing membesar dengan baik. Perut sentiasa kekenyangan dengan susu. Dah pandai dah kedua ibu muda nie menjaga anak masing-masing. Yang kelakarnya, gelagat si Summer nie..asyik disorok anaknya di bawah kain,suratkhabar dan bulu-bulu. Kitaorg takut anaknya lemas, angkat sket suratkhabar tu..nanti mesti dia sorok balik anak dia…aii..mentang-mentang la anak tunggal, risau sungguh dia!
Hari ini selepas menghantar Syuhada ke sekolah dan menyiram pokok napier di rumah baru, saya begitu teringin ingin memegang anak-anak Kiko..comel..semua lena jer tido..
Nie pulak gambar-gambar close-up
Kebanyakan anak-anak Kiko nie ada jangkitan ‘fur mites’ terutamanya di bahagian telinga, rawatan spray syampu telah dilakukan..nanti sembuh lerr tu..Anak Summer lak dah kena jangkitan sehingga area tengkuk..
Jadi saya dan Che Na pun melakukan proses pembersihan untuk mengelakkan kemungkinan wujudnya lagi jangkitan kutu..
*** Tak sabar nak tengok bunnies nie bukak mata..