RSS

Tanam sendiri Napier India & Alfalfa

18 Dec

Baru-baru ini terdetik di fikiran saya bagaimana nak support kos makanan arnab yang kian membesar nie..arnab baru ada 5 ekor, dalam sebulan shj kos makanan diorg dh hampir Rm100..banyak jugak tu!

Pellet xde la mahal sangat, cuma kos rumput alfalfa tu yang agak tinggi. Berikutan daripada itu, hari ini saya surfing internet berkenaan benih alfalfa. Ketika sedang mencari-cari dengan pakcik Google terjumpa lak rumput Napier India.Kebanyakan perternak arnab menanam sendiri rumput Napier nie. Rumput napier nie sesuai gak untuk penternakan kambing dan lembu.

Di sini saya ceritakan sedikit kelebihan alfalfa dan napier.

KELEBIHAN ALFALFA


Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Sebab itulah bila orang Arab dari Persia pertama kali menjumpai tumbuhan hijau tersebut beberapa ratus tahun dahulu, mereka menggelarnya “Bapa kepada makanan”.

Alfalfa mempunyai akar yang dalam sekurang-kurangnya 30 meter ke bawah tanah. Dengan itu, tumbuhan tersebut dapat menyerap kekayaan dalam tanah seperti: Selenium, Silicon, tin, zink dan galian seperti potasium, prosperos, gangsa, kobalt, kromium, kalsium, mangan, magnesium, besi dengan alfa dan beta karotin, kabohidrat, protien, vitamen A, C, D, E, F dan B komplek, Fibrin dan sedikit lemak. Ia juga mengandungi 8 keperluan asid amino.

Alfalfa adalah tumbuhan di dunia yang mempunyai paling banyak alkali. Alkali ini menolong mengimbangkan asid bisa dalam badan. Protien yang terkandung dalam alfalfa adalah 18.9% berbanding dengan daging lembu 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%. Kalsium dalam alfalfa adalah 14 kali lebih daripada benih gandum dan 144 kali daripada hati.

Fungsi Alfalfa: –

  • Membantu pesakit asthma dan elergik.
  • Secara tradisional dijadikan makanan tambahan untuk menyelesaikan masalah buah pinggang, pundi kencing dan masalah prostat.
  • Digunakan sejak dahulu kala untuk anti-arthritic, anti-diabetic dan anti-ulcer activity
  • Mengurangkan kolesterol, baik untuk tulang, mengurangkan berat badan, merendahkan tekanan darah tinggi,mencegah penyakit jantung , merawat penyakit kulit (eczema & acne), mengurangkan pertumbuhan sel barah, memperbaiki dan mengatasi masalah prostat,menjadikan kulit,rambut dan kuku lebih sihat , menghapuskan simpton-simpton menopause.

*******

KELEBIHAN NAPIER INDIA

-sumber :  http://newhillz-rarebits.blogspot.com/

Kajian menunjukkan crude protein napier india boleh mencecah sehingga 20.3%. Varieti napier ini digemari oleh penternak kerana menghasilkan 2 kali ganda lebih banyak pengeluaran berbanding varieti Taiwan.

Setelah saya SMS saudara Hairil aka Newhillz, beliau mencadangkan Napier India dan Sweet Potatoes ‘Gendut’ kerana kedua2 jenis tanaman ini mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Buat masa ini saya belum lagi dapat mencari benih alfalfa..mungkin di masa akan datang saya boleh tanam sendiri alfalfa nie.

Saya telah membuat pesanan dengan saudara Hairil, tunggu nak bankin duit jer lah. Dalam kepala dok pikir, kat mana la nak tanam nih..kalo dh pindah umah baru ada gak tempat nak tanam. Jadi buat sementara waktu, tanam dalam polybag la dulu.

 
18 Comments

Posted by on December 18, 2009 in Info Sihat, makanan arnab

 

Tags: , , ,

18 responses to “Tanam sendiri Napier India & Alfalfa

  1. syawal

    May 2, 2010 at 4:39 am

    salam.saya syawal.saya mmg berminat utk mendapatkan benih alfafa ni..kalau akak ada benih die boleh x hubungi saya.
    0133119758

     
    • dila -my-

      May 2, 2010 at 6:09 am

      wslm..maaf syawal..sy pun masih belum dapat benih alfalfa nie…still looking…kalo ada nnti sy inform..

       
  2. syawal

    May 4, 2010 at 5:20 pm

    akak, saya ada jumpe supplier benih alfafa ni..
    harga sekilo RM95.
    lokasi xpasti lar..itu pun saya hantar email kat die.
    saya igt nak tanam pokok alfafa ni secara besar besaran.
    nak proses utk jd pellet…

     
    • Fikree

      April 18, 2011 at 5:07 am

      bole bg no fon, ape2 hal boleh kal awak pasa lbenih tu…

       
      • dila muhsin

        April 18, 2011 at 5:04 pm

        012 238 0538 dila

         
  3. syawal

    May 4, 2010 at 5:27 pm

    saya pun bela arnab ni..
    tp x byk sgt…
    saya pernah beli pellet alfafa.
    harga dlm RM90 satu guni 25kg.
    tpkalau kt buat sendiri kos modalbaru berape ringgit jer utk 25kg..tp ni baru perancangan jelar..

     
    • dila -my-

      May 5, 2010 at 3:06 pm

      akak setuju jika syawal nk komersial kn penanaman alfalfa pastu jadi kn pellet..dh berjaya nnti inform yea…

       
  4. syawal

    May 5, 2010 at 3:10 pm

    ok akak…insyaallah.

     
  5. syawal

    May 5, 2010 at 3:11 pm

    ok akak…insyaallah…

     
  6. noorazlan

    May 10, 2010 at 11:13 pm

    Salam…

    Terbaca keluhan tentang alfalfa. Mintak Sis tlg check dgn VET, blh tak rumput ni digantikan dgn Stylo CIAT 184? Lebih murah dan senang di dapati… Kandungan CP yang hampir sama dgn alfalfa…

     
    • dila -my-

      May 11, 2010 at 7:08 am

      wslm….di Karak nie xde Vet, nnti sy cari dulu info berkaitan yea..nnti sy akan inform semula..

       
  7. syawal

    May 11, 2010 at 12:36 pm

    salam..stylo ciat 184 biasa org buat utk makanan kambing dan lembu..kandungan protein lebih kurang 10-12%(mengikut 60 hari tanaman)..tp mudah didapati dan hidup..harga pun lebih murah dari alfafa.

     
  8. noorazlan

    May 11, 2010 at 10:41 pm

    Salam….
    Sekadar berkongsi info. Memang Stylo CIAT 184 untuk ternakan ruminan. Cuma nk memperbetulkan sikit tentang kadar Protein. Anggaran kadar protin Stylo 17.5-20%. Harvesting period antara 45-60 days. Kedua spesis ini di dlm kategori legumes(kekacang).

    Untuk ruminan,pemakanan dicadangkan utk 2 spesis tu hanya pd kadar max 40% shj. Bab arnab ni, sy nk kena bguru & belajar dgn Sis or sahabat2 yg lebih arif… Klu tlebih makan , ruminan akan kembong. Arnab mcm mana yer?…

    Jika Sis dan sahabat semua ada info2 lain,pls email kt sy.
    nusantaraniaga@gmail.com… OR just type je NUSANTARA NIAGA ENTERPRISE kt Google Search utk blog sy…..Wassalam

     
  9. hafizah

    August 1, 2010 at 12:50 am

    mcm mn nk dptkn benih alfafa & napier ni erk…pls inform me ok

     
  10. hafizah

    August 1, 2010 at 12:50 am

     
  11. pami

    November 26, 2011 at 3:36 pm

    alfalfa ni sng ke susah nk idop?
    ..kalau tnam kt mlaysia leh subur x?

     
    • dila muhsin

      November 27, 2011 at 6:53 am

      alfalfa nie kurang sesuai untuk ditanam bagi cuaca malaysia..ia memerlukan suhu yang sejuk..

       

Leave a comment