RSS

Tag Archives: herba

Mandi bersyampu herba

Saya telah memandikan arnab saya dengan menggunakan Blaze Herbal Shampoo setelah di cadangkan oleh Vet di Kuantan. Kakak saya  yang telah membelikannya  beserta dengan Bengy Spray Shampoo. Terima kasih bebanyak ye Nyah 😀

syampu

Blaze Herbal Shampoo ini boleh menghilangkan dandruff ticks, lice mites & fleas. Dan memang ternyata semua furmites yang dihidapi oleh ketiga-tiga arnab saya telah tiada! Alhamdulillah.

Blaze Herbal Shampoo ini juga sesuai digunakan bagi kucing dan anjing untuk menghilangkan masalah yang sama.

Bagaimana saya memandikan arnab saya?

Caranya..saya basahkan ke seluruh badan arnab dengan cara menyapu air ke seluruh badan. Manakala syampu herba tersebut saya telah larutkan bersama air terlebih dahulu. Kemudian saya sapukan syampu herba ke seluruh badan arnab kecuali bahagian kepalanya. Setelah ini, saya balutkan arnab saya dengan kain dan dibiarkan selama 5 minit. Langkah terakhir ialah bilas dengan air dan lap kering-kering dengan tuala. Jika di hair dryer boleh juga digunakan. Saya juga meletakkan arnab saya di tempat panas buat seketika dlm 15-20 minit sahaja.

Bengy Sprayf Shampoo belum lagi saya gunakan. Mungkin esok atau lusa 🙂

 
2 Comments

Posted by on November 2, 2009 in My Bunnies

 

Tags: , , , ,