RSS

Hay rack idea untuk arnab ku..

Sejak memberi arnab saya memakan alfalfa hay & timohty hay, saya lihat banyak jugak hay-hay yang terjatuh ke bawah..hay tu saya letakkan sahaja di atas lapik cage tu…errmm….rugi jugak kan jika bukan 100% arnab tak dapat makan hay tu tetapi terjatuh pulak ke bawah. Bila dah jatuh tu, nak kutip balik pun rasa tak best sebab dah bercampur ngan tahi & air kencing….terpaksa la buang jerr…..huhuhu….

Arnab-arnab saya memang suka sangat ngan alfalfa hay…timothy hay kurang sket…bila saya pegang jer plastik berisi hay tu…semua berebut-rebut ¬†tak sabar nak makan dah…bau alfalfa hay nie memang menyelerakan…

Ini adalah antara hay rack yang saya rasa amat praktikal digunakan…

>> Bakul diletakkan berdekatan dengan toilet tray…biasanya arnab nie sambil dia makan sambil dia poo..hehe..

>> Guna bakul cam gini lebih mudah

>> Hay rack yang berada di pasaran

Pendapat sayalah, lebih praktikal menggunakan bakul berbanding menggunakan hay rack yang berada di pasaran..kerana hay rack tersebut tidak dapat mengatasi masalah dedaun alfalfa yang kecik-kecik tu daripada terjatuh keluar…sebenarnya, daun alfalfa tu la yang sedap berbanding straw hay tu…

Apa-apapun, segalanya terpulanglah pada anda untuk memberi yang terbaik untuk arnab kesayangan anda ūüôā

Advertisements
 
7 Comments

Posted by on March 5, 2011 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags: , , ,

tragedi Mac…

Malam tadi, sekembalinya dari mengambil Mummy Twinkle & Mummy Summer ( baru beranak pada 1 mac lepas, 3 ekor), anak angkat Mummy Blink ( anak Mummy Twinkle) ntah camna terlepas dari sangkar…bayangkan kul 11 mlm dok terkejar2 menangkapnya semula….adoooiii…sib baik la tak susah sangat pun…
Pagi tadi, saya lepaskan di taman mainan ke semua anak-anak arnab kecuali anak Mummy Summer yang baru lahir. Seronok melihat mereka semua bermain-main, makan rumput dan terlompat-lompat. Saya kira ke semuanya ada 10 ekor..rupa-rupanya seekor anak Mummy Blink ( anak tunggal) dah xde (sepatutnya ¬†11 ekor)…eh…ilang ke mana pulak…Nie mesti kes terlepas malam tadi, tapi tak perasan sebab dah malam buta. Hmm..xde rezeki la nampaknya nak melihat anak Blink membesar..Jadi sekarang nie, Mummy Blink cuma tinggal dengan 3 ekor anak angkatnya sahajalah…haaii..Blink..Blink.camna la leh terlepas pulak..mungkin sebab berat badan mereka dah ¬†makin bertambah, jadi cage tu melendut dan ada lubang sket yang membolehkan mereka menyelit keluar….

 
Anak Mummy Kiko pulak ketika di kampung, telah dibaham dek kucing ketika adik ipar saya sedang memberi Kiko makan….kucing nie memang pantang ngan anak arnab…jadi diharap anda semua, berhati-hatilah dengan kucing sebab ianya merupakan musuh utama bagi anak-anak arnab…Total kematian anak arnab setakat ini ialah 4 ekor..kesemuanya angkara kucing durjana itu….ohhh….sedey nyer laa…

 
Kualiti sangkar harus dipertingkatkan lagi…tapi iyelah..ajal dan maut itu di tangan Tuhan…cage yang berjaring besar kesemuanya telah dibubuh jaring2 kecil..tapi, lain pulak yang berlaku…anak arnab terlepas keluar dan disambar dek kucing….

 
2 Comments

Posted by on March 4, 2011 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , , ,

TAHNIAH kepada Pemenang Pertandingan Arnab Menarik!

Syukur alhamdulliah, akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh para peserta kunjung tiba. Pada 1 Mac 2011, pemenang Pertandingan Arnab Menarik telah diumumkan secara rasminya di fanpages Rabbits Lover@ Pencinta Arnab di facebook dan dipersetujui sebulat suara oleh para juri yang dilantik. Berikutan daripada pertandingan ini, ahli fan kini telah mencecah sehingga 4322. Terima kasih kepada semua pengundi dan ahli fans Rabbits Lover :).

Di bawah ini ¬†ialah wajah-wajah arnab comel yang telah menang dengan cemerlang sekali! They’re so cute & adorable..

1st winner

1st winner - missLala, Pemilik : Syakila Izzati

Undian diperoleh : 493

Pandai lak si missLala jelirkan lidah yea…hehe..

2nd winner

2nd winner - Rajja & Ratoo, Pemilik : mamanya Rabbit

Undian diperoleh : 460

Pasangan yg sama cantik, sepadan…sehati sejiwa..

3rd winner

3rd winner - Markonah, Pemilik : Alia lia

Undian diperoleh : 301

Namanya unik sekali….teringat lak citer dulu2… ūüėõ

Terima kasih bebanyak diucapkan kepada ChubbyPetsGarden.com yang menjadi penaja utama pertandingan ini. Berikut ialah hadiah-hadiah yang bakal diperoleh oleh para pemenang. Tahniah lagi sekali saya ucapkan di atas kemenangan anda!

1st winner

  • 3 Boxes of 1kg of Pro Optimum Premium Rabbit Pellets¬†(worth RM 69.00)
  • Fruit Treat Delight Mix Fruit 3 packs ¬†(worth RM¬†39.00)
  • CoatClean Waterless Bath x1 (worth RM 15.00)
  • Coat¬†Clean Shampoo x1 (worth RM 15.00)

2nd winner

  • 3kg Of Timothy hay ¬†(worth RM 63.00)
  • Coat Clean Shampoo 2 Bottles ¬†(worth RM 30.00)

3rd winner

  • 3kg Of Alfalfa hay ¬†(worth RM63.00)
  • Stain and Odour Remover ¬†(worth RM25.00)
 
2 Comments

Posted by on March 3, 2011 in Buletin Terkini, My Bunnies

 

Tags: , , , , ,

Promosi ChubbyPetsGarden.com sehingga 8 Mac sahaja!

Entry kali ini saya nak maklumkan kepada anda semua bahawa promosi ChubbyPetsGarden.Com sempena Tahun Baru Cina akan tamat pada 8 Mac 2011 ini. Antara favourite items ialah Pellet Pro Optimun Premium, alfalfa hay,timothy hay. Items ini amat berbaloi jika anda berikan kepada arnab kesayangan anda.

Pro Optimum Premium Rabbit Pellets

Pellet ini membekalkan diet seimbang arnab anda terutamanya bagi anda yang mementingkan kualiti arnab anda (pet quality show). Di samping itu anda harus membekalkan hay yang segar dan air yang bersih sepanjang masa.

Manufactured and Imported from U.S.A

Guaranteed Analysis
Crude Protein   Min  16.00 %
Crude Fat   Min  3.50 %
Crude Fiber   Min  18.00 %
Crude Fiber   Max  23.00 %
Calcium   Min  0.75 %
Calcium   Max  1.25 %
Phosphorus   Min  0.55 %
Salt   Min  0.25 %
Salt   Max  0.75 %
Vitamin A   Min  3,000 IU/lb

Pro Optimum Premium Rabbit Pellets tahan lama untuk jangkamasa yang panjang. Ini membantu arnab anda mengurangkan pembaziran dan meningkatkan pengambilan makanan dan penyerapan lebih nutrien. Pro Optimum kaya dengan fiber, ianya baik untuk sistem penghadaman dan kesihatan arnab. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets tidak mengandungi jagung, yang mana ini dapat mengurangkan risiko ketidakseimbangan sistem perkumuhan.Pro Optimum Rabbit Pellets mengandungi ekstrak Yucca dan mengurangkan bau busuk arnab anda.¬† Pro Optimum Premium Rabbit Pellets juga mengandungi probiotik bakteria, enzim dan yis untuk sistem perkumuhan yang baik. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets juga mengandungi ekstrak betik, ¬†yang mampu mengurangkan masalah ‘hair ball’. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets mengandungi sumber mineral yang dapat meningkatkan sistem produksi, bulu dan pembentukan tulang.

Sila klik pada banners untuk membuat pesanan..atau jika anda hadapi sebarang masalah/pertanyaan sila reply komen di sini atau emel sy di syafikabalqis[a]yahoo.com.


Alfalfa Hay & Timothy Hay

Alfalfa & timothy hay adalah sentiasa fresh kerana di simpan di dalam sistem pembungkusan yang baik dan diimport terus dari USA. Hay anda tidak akan mudah bertukar menjadi kekuningan kecualilah anda biarkan hay tersebut terdedah kepada cahaya & udara secara terus. Selepas memberikan hay kepada arnab anda, sila simpan sebaik mungkin ke dalam box hay tersebut.

Crude Protein (min)………………………….. 6.00%
Crude Fat (min)……………………………….. 2.00%
Crude Fiber (max)……………………………. 32.00%
Calcium (max)……………………………. 0.25%
Moisture (max)……………………………….. 12.00%

Sila klik pada banners untuk membuat pesanan..atau jika anda hadapi sebarang masalah/pertanyaan sila reply komen di sini atau emel sy di syafikabalqis[a]yahoo.com.

Sekali lagi diingatkan, promosi ini tamat pada 8 mac 2011….jangan terlewat untuk mendapatkannya pada harga promosi yang sungguh berbaloi-baloi. Bagi pengunjung blog arnab cute, sila masuk kan code ini arnabCPG sekiranya anda membuat pembelian terus di estore ChubbyPetsGarden.


 
2 Comments

Posted by on February 27, 2011 in makanan arnab

 

Tags: , , ,

Alfalfa hay & timothy hay

Pemakanan Arnab – rumput kering alfalfa & timothy

Terdapat 2 jenis hay atau rumput kering utama yang amat sesuai diberikan kepada arnab anda iaitu alfalfa hay dan timothy hay. Perbezaan antara kedua jenis hay ini akan dinyatakan dengan lebih jelas di bawah.

Timothy Hay

Timothy Hay

Timothy hay sangat baik bagi sistem penghadaman arnab. Timothy hay bagus untuk kesihatan gigi kerana tabiat sering mengunyah oleh arnab anda, seperti yang kita tahu pertumbuhan gigi arnab adalah berterusan. Timothy hay juga membuatkan perut arnab anda sentiasa kenyang tanpa perlu melakukan aktiviti mengigit sangkar,kayu ataupun wayar komputer. Timothy hay sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke atas, kerana Timothy hay kurang lemak dan kurang kalsium.

Alfalfa Hay

 

Alfalfa hay

Alfalfa hay kaya dengan nutrisi, lemak, kalsium dan kalori. Arnab yang dibela di dalam  rumah boleh menjadi gemuk disebabkan memakan alfalfa hay. Ianya sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke bawah. Juga amat baik untuk penghasilan susu bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak. Pemberian alfalfa hay ini boleh diberi tanpa had kepada arnab anda.

Alfalfa juga terdapat dalam bentuk pellet dan cube.

Alfalfa pellet

Alfalfa hay cube

Meskipun begitu di samping memberi timothy atau alfalfa hay, diet pemakanan arnab harus dilengkapi dengan sayuran segar, pellet dan air bersih.

 
2 Comments

Posted by on February 25, 2011 in makanan arnab

 

Tags: ,

MROC 1st & 2nd ARBA Sanctioned Open All Breed Rabbit Double Show

MROC 1st & 2nd ARBA Sanctioned Open All Breed Rabbit Double Show.

Time
Saturday, June 4 ¬∑¬†10:00am¬†–¬†7:00pm

Location
Pet World Malaysia 2011, Mid Valley Exhibition Centre

Created By

More Info
– Judges: Mr. Randy Shumaker (ARBA Judge #666) & Mr. Allen Mesick (ARBA Judge #854)
– All day cage/carrier carrying show
– ARBA Sanctioned Show (ARBA exhibitors to collect GC Legs)
– 2 categories – Purebred & Local/Mix Bred
– Purebred judged based on ARBA Standard of Perfection (Ear Tattoo # for rabbits is compulsory and Pedigree is not compulsory except for registration)
– Breeds to Compete: Holland Lop, Netherland Dwarf, Dwarf Hotot, English Angora, Mini Rex, Lionhead (Lionhead cannot compete for Best In Show)
– Local & Mix Bred judged based on overall health and soundness (No Ear Tattoo # needed)
– RM 20 per rabbit per show/ RM 30 per rabbit for both shows
– Main Sponsors: American Pet Diner (APD), Pet World Malaysia 2011, Mid Valley Exhibition Centre, Petster Magazine, XOXO Pets Store
– Organizers: MROC

Maklumat lanjut sila klik di sini >> KLIK!

 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags: , ,

Fenomena Arnab Import

Holland Lop

Akhir-akhir ini saya lihat rakan-rakan yang membela arnab sedang giat mengimport arnab dari USA. Baka Netherland Dwarf (ND) dan Holland Lop (HL) menjadi pilihan utama. Arnab yang dibawa masuk dari sana sememangnya berkualiti tip top dan menawan sekali dan yang penting sekali mempunyai pedigree 3 generasi. Fenomena ini dapat merubah dan meningkatkan kualiti industri arnab di Malaysia. Tidak lama lagi, pertandingan pets quality show bolehlah seringkali diadakan. Setahu sayalah, ada Rabbits Pets Show pada bulan Jun di Klang, Selangor nanti.

Netherland Dwarf

Hajat dihati memanglah nak mengimport arnab juga, tapi kita beri laluan kepada rakan-rakan dululah…maybe satu masa nanti saya pun turut menjejaki langkah mereka. Wish me luck!!

 

 
8 Comments

Posted by on February 22, 2011 in Artikel Arnab

 

Tags: , , ,