RSS

Taman Arnab di Zoo Johor tarik lebih ramai pengunjung

05 Feb

 

JOHOR BAHRU 9 Jan. – Bersempena Tahun Arnab mengikut zodiak kalendar kaum Cina pada tahun ini, Zoo Johor di sini mengambil langkah proaktif membuka sebuah taman arnab untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Ketua Penolong Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, On Jabbar @ Jaafar berkata, sejumlah 50 ekor arnab pelbagai baka termasuk New Zealand White, Californian, Carolina dan Lionhead merupakan tarikan terbaru di zoo tersebut.

Beliau berkata, matlamat utama pembukaan taman arnab di atas tanah berkeluasan 278.7 meter persegi itu adalah untuk memberi peluang kepada pengunjung terutama kanak-kanak untuk bermesra dengan haiwan itu.

“Pembukaan taman itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak zoo untuk mewujudkan sebuah kawasan interaktif terutama di kalangan pengunjung dengan haiwan.

“Pengunjung akan bosan sekiranya datang ke sini sekadar untuk melihat haiwan. Saya percaya, dengan pendekatan seperti ini orang ramai akan lebih tertarik untuk ke sini,” katanya selepas merasmikan taman arnab berkenaan di Zoo Johor, di sini hari ini.

On berkata, pengunjung yang berminat untuk memasuki taman itu akan dikenakan bayaran tambahan RM1 dan mereka juga diberi kebenaran untuk memberi makanan kepada arnab yang ada di situ.

“Bayaran tambahan itu bukan untuk tujuan mengambil untung, sebaliknya ia adalah bayaran untuk membeli makanan serta ubatan untuk arnab yang ada di taman itu,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

 

 
Leave a comment

Posted by on February 5, 2011 in Buletin Terkini

 

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: