RSS

AMARAN! Jangan Mudah Tertipu!

12 Jan

Sebenarnya isu nie da lama…tapi kali ini saya mengambil keputusan untuk menulisnya di dalam blog ini kerana 2 orang rakan saya sendiri telah terkena dek si A nih! Tahun lepas, kebanyakan para penternak arnab telah terkesan akibat tindakan si A ini yang menekan para penternak arnab dengan cara menjual arnab terlalu rendah daripada harga pasaran sehingga menjatuhkan pasaran dan menjatuhkan kualiti sesuatu baka arnab itu.

Si A, menjual arnab dan pelbagai lagi jenis pets lain di laman web mudah.my..sebuah web yang tidak asing lagi untuk jual/beli barang secara online..sudah tentu ramai para pembeli yang tertipu, tapi tidak tau atau menemui kebuntuan untuk mengatasi masalah ini. Saya berharap apabila isu ini di utarakan dalam blog saya, anda yang membacanya dapat mengelakkan perkara yang sama terjadi kepada anda. War-war kan juga lah pada sahabat handai, keluarga, saudara-mara yang berhasrat untuk membeli arnab secara online. Selidiki dengan baik dulu prestasi seseorang peniaga online itu.

Antara kes yang telah terjadi ialah seperti berikut :-

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Si A menjual arnab, harga yang murah..baka yang dinyatakan memang high demand market..siapa yang tidak mahu memilikinya? Saya pun mahu juga! Tapi disebabkan penghantaran dengan menggunakan bas, dikhuatiri arnab mati etc..jadi, saya tak mahulah nak ambil risiko. Si B melihat gambar arnab di Mudah.My..bankin duit ke akaun si penjual…penghantaran dilakukan…TAPI…lain yang diorder…lain yang sampai…arnab yang dihantar tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam gambar dan kenyataan yang diberi..Ada juga arnab yang sakit…Ada yang terlalu muda usianya..sudah tentu umurnya di bawah 1 atau 2 bulan..masih perlukan lagi susu ibunya…Kebanyakan arnab yang dibeli selepas 1-2 hari akan mengalami masalah cirit-birit dan mengalami kematian…Sungguh kesian pada sang arnab dan pembeli yang teraniaya akibat sikap individu yang tidak bertanggungjawap ini.

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Mengapa agaknya harga arnab yang dijual TERLALU MURAH? Sebabnya arnab tersebut kebanyakannya di import dari Thailand…mungkin di beli ketika arnab tersebut baru lahir…apabila di promosi di laman web mudah dikatakan arnab tersebut telah cerai susu dan berusia 2 bulan ke atas..sebenarnya bukan ini yang terjadi..saya sendiri telah bertanya kepada kawan saya, memang saiz arnab tersebut terlalu kecil…badannya lemah..dan mengalami cirit-birit..

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Bukan sahaja kawan saya, sebelum2 ini saya juga telah banyak mendengar insiden yang sama berlaku kepada para pembeli…ada yang terkena sekali…masih tidak serik..mencuba lagi sekali…dan TERKENA lagi! ..apabila cuba menghubungi semula si A, handset di off kan..langsung tidak bertanggungjawap dengan cara mengelakkan diri..Ini bukanlah etika seorang peniaga yang baik.

Noted : A = penjual, B = pembeli

Di sini saya sertakan sedikit bukti penipuan/penganiayaan yang telah dilakukan :-

>> Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Blog lain yang menyentuh isu ini >> ARNAB-KITA BLOGSPOT

 
2 Comments

Posted by on January 12, 2011 in Buletin Terkini, Umum

 

Tags: ,

2 responses to “AMARAN! Jangan Mudah Tertipu!

  1. syamsye

    January 12, 2011 at 11:02 pm

    yekk..kalau da cmpur pellet babi..mane halal da dging tu..sampai keturunan dia pun kita xleh makan pegang pun da jatuh hukum najis lah..

     
    • dila -my-

      January 13, 2011 at 10:03 am

      bukan mcm tu kak…ada 2 jenis..

      1. pellet yg sememangnya diperbuat dari babi
      2. pellet yg diberi makan kepada babi

      yang dinyatakan ialah pellet yg diberi makan kpd babi…sumbernya dikatakan diperbuat dari susu…tapi kebenarannya saya pun tak pasti…tapi jika da was-was seeloknya dihindarkan terus la..

      moral of the story…jangan beli arnab dari penjual yang tidak beretika cam gini…arnab tu masih kecik, mana sesuai lagi diberi pellet..masih perlukan susu ibunya.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: