RSS

Trip ke Rabbit Funland Semenyih

01 Dec

Pada 28/11/2010 kami sekeluarga telah pergi ke Rabbit Funland di Semenyih, Selangor.Rabbit Funland nie terletak bersebelahan dengan Bukit Broga, iaitu tempat bagi penggemar hiking & tracking, juga berdekatan dengan University Of Nottingham (Malaysia Branch).

Lawatan kami ke Rabbit Funland Semenyih bukanlah seperti yang diharapkan. Kerana sesesungguhnya indah khabar dari rupa..Kami menjangkakan sudah tentulah banyak arnab di sini (yang dinyatakan ialah 10 000 – 30 000 ekor). Arnab yang ditempatkan di ruangan untuk pengunjung tidak sampai 10 ekor pun..kawasan tersebut agar luas cuma bilangan arnabnya begitu sedikit berbanding seperti yang kami lawati Taman Arnab di Bukit Tinggi. Nak bergambar dengan arnab pun tidak dapat..cuma beberapa ekor gambar arnab sahajalah…

Kemudian kami lawati arnab yang diletakkan di dalam cage..memang banyak arnabnya..tetapi kurang sesuai untuk pengunjung..tahi arnab bertimbun, dikelilingi dengan lalat dan semut…bagi pengunjung yang 1st time hendak melihat arnab sudah tentu berasa kotor & jijik untuk mendekati cage tersebut…disebabkan saya telah biasa, (rutin harian mencuci cage arnab) selamba jer lah saya mendekati cage untuk melihat baka apakah yang ada..kebanyakannya arnab baka pendaging, dutch,chinchilla. Terdapat sedikit sahaja arnab Teddy Bear & Lop Ear.

Yang menariknya di Rabbit Funland ini ialah Pony Ride khas untuk kanak-kanak.Merasa la si Syuhada naik kuda buat pertama kalinya..tapi amat mendukacitakan juga kerana kuda tersebut, sebelah matanya sakit..hmm..

Antara haiwan lain yang terdapat di sini ialah kambing,monyet,angsa, rusa,kura-kura & lembu.

Kesimpulan yang dapat saya buat hasil lawatan ini ialah pihak pengurusan Rabbit Funland seharusnya meningkatkan kualiti kebersihan & penjagaan haiwan-haiwan yang terdapat di sini. Saya lihat, ada arnab yang mengalami sakit mata,kurap & cirit-birit..Pembuangan najis haiwan haruslah dilakukan setiap hari, supaya tempat ini menjadi lebih sesuai untuk kanak-kanak & golongan dewasa.

 

 
2 Comments

Posted by on December 1, 2010 in Umum

 

Tags: ,

2 responses to “Trip ke Rabbit Funland Semenyih

  1. CikguSyah

    December 1, 2010 at 11:57 pm

    Salam…

    Rabbit di Rabbit Funland tu banyak yang dibawa ke MAHA kot, sebab kat MAHA pun dia ada buka Rabbit Park. Mungkin juga kakitangan dia pun tak cukup nak kendalikan Rabbit Funland di Semenyih tu sebab ramai yang bertugas di Rabbit Park kat MAHA tu. Kenapa tak pergi kat MAHA je? Macam2 ada…

     
    • dila -my-

      December 2, 2010 at 9:39 am

      hajat di hati mmg nk pi MAHA…tp xmo pegi sbb sure sesak & jem…tahi kat bwh cage tu bertimbum mcm x cuci seminggu…sy yg bela arnab sedikit pun, perlu cuci hari-hari…kalo tak mesti bertimbun…mencacatkan pemandangan jer…MAHA kn baru jer mula? sepatutnya pihak pentadbiran mesti la sedia jg kebersihan sbb tu mmg dh dibuka khas utk pengunjung…rabbits dlm cage tu mmg byk…maksud sy yg sedikit tu ialah kat taman arnab tu..

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: