RSS

Em 4 – Effective Microorganisme

23 Oct

EM-4 dipercayai dapat mengurangkan bau busuk, menghalau kedatangan serangga seperti lalat, semut etc dan memastikan kebersihan tempat arnab saya … Em-4 juga akan menjadikan arnab / ternakan menjadi lebih sihat, cergas dan bulunya akan tumbuh cantik … Memang tak sabar nak mencubanya …

Sukatan EM-4 seperti berikut: –

Air minuman haiwan – 1:200, dengan kekerapan setiap 7 @ 10 hari. Atau untuk lebih mudah, 7.5ml Em-4 : 1.5 liter air.

Semburan kandang / reban ternakan – 1:50 -100, dengan kekerapan setiap 7 @ 10 hari

Yang saya tulis di sini hanya sukatan untuk arnab .. ada banyak lagi kegunaannya seperti untuk tanaman cendawan, rawatan biji benih, rawatan bau, semburan tanaman, rumah kaca / tanaman pasu, hidupan air / ikan (kolam) etc .. sesapa nak tau lebih lanjut leh komen di ruangan yang disediakan … sesapa nak dapatkan EM-4 nie juga leh hubungi saya di 012-238 0538 .. ( kat pic nie Em-4, 4 liter, jualan dibuka utk 500ml dan 1 liter EM-4. Saya akan pos dengan menggunakan courier GDEX..)


*** EM-4 wujud daripada EM-1, bahan aktif yang sedia digunakan daripada larutan bahan penapaian.

***** Untuk pastikan samada EM-4 masih elok atau tidak, pastikan baunya berbau masam-masam manis..baunya seumpama buah kerana EM-4 ini dibuat daripada buah. Jika disimpan dengan baik, iaitu EM-4 disimpan di tempat yang tidak mempunyai haba yang tinggi dan tidak bergoyang..ia boleh tahan sehingga 2 bulan. Jika EM-4 anda berbau busuk seperti telur busuk atau hanyir, maknanya EM-4 tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Jawapnya, buang sahajalah ke dalam longkang..

Ini pula pengertian Em-4 yang dikupas dengan lebih lanjut untuk lebih pemahaman ..

EM-4, effective mikroorganisme ialah mikroorganisma yang terdiri daripada organisma Lactobacillus sp. bakteria pengeluar asid laktat, serta dalam jumlah yang sedikit bakteria fotosintetik Streptomyces sp. dan ragi. EM-4 mampu meningkatkan dekomposisi sisa dan sampah organik, meningkatkan kandungan nutrisi tanaman serta menghapuskan serangga perosak dan mikroorganisma patogen.
EM-4 boleh diaplikasi bagi tujuan pertanian, perternakan, perladangan dan penghasilan baja kompos dan ianya dapat meningkatkan kesihatan, pertumbuhan, kuantiti dan kualiti pengeluaran tanaman atau ternakan secara berterusan.
EM-4 juga boleh digunakan untuk mempercepat pengomposan sampah organik atau kotoran haiwan, membersihkan air sisa, serta meningkatkan kualiti air pada kolam udang dan ikan.

MANFAAT EM-4

  • Memperbaiki sifat fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • Meningkatkan ketersediaan nutrisi tanaman, serta menekan aktiviti serangga perosak dan mikroorganisma patogen.
  • Meningkatkan dan menjaga kestabilan pengeluaran tanaman dan menjaga kestabilan pengeluaran.
  • Mempercepat proses fermentasi pada pembuatan Kompos. Kompos yang dibuat dengan teknologi EM disebut dengan bokashi.
  • Memperbaiki komposisi dan jumlah mikroorganisme pada perut ternakan sehingga pertumbuhan dan pengeluaran ternakan meningkat.

APLIKASI EM-4 DI BIDANG PETERNAKAN

  • Mengurangkan pencemaran bau khususnya pada kandang ternakan dan lingkungan sekitarnya.
  • Mengurangkan stress pada ternakan
  • Menyihatkan ternakan
  • Menyeimbangkan mikroorganisma di dalam perut ternakan
  • Meningkatkan nafsu makan ternak
  • Menekan penyakit pada ternakan
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ternakan

Cara Penggunaan:

Sebagai air minum ternak, (sukatan nie juga boleh digunakan selain daripada yang saya nyatakan di atas)

Larutkan 1 cc EM-4 pada satu liter air minum setiap hari.Larutkan 1 cc EM-4 pada satu liter air, dicampurkan ke dalam air minuman ternakan.

Untuk mengelakkan bau kotoran dan kandang ternakan

Larutkan EM-4 dan Molas ke dalam air dengan perbandingan 1:1:100 kemudian disimpan di dalam tempat yang tertutup rapat selama 1-2 hari kemudian digunakan untuk menyembur kandang dan pada badan ternakan dengan dos 10 cc larutan dengan 1 liter air.

 
24 Comments

Posted by on October 23, 2010 in Tips Penjagaan Arnab, Ubat

 

Tags: , , , , ,

24 responses to “Em 4 – Effective Microorganisme

  1. Hasyanti Hashim

    October 28, 2010 at 11:19 am

    Salam.. sy berminatlah dgn EM 4 ni. Sy nak order 1 liter dulu. cmner ek.. tq..

     
    • dila -my-

      October 28, 2010 at 1:54 pm

      oke..bole..sila sms sy di 012 238 0538 yea..nnti sy akan inform no akaun..

       
  2. hasyanti hashim

    October 28, 2010 at 12:58 pm

    maaf.. tolong send balik email tadi. sy terpadam.. trima kasih..

     
    • dila -my-

      October 28, 2010 at 1:54 pm

      sms sy di 012 238 0538 yea..tQ

       
  3. lisa

    December 29, 2010 at 12:18 am

    maaf numpang tanya
    molas itu ap y? @_@
    sy pny EM4 di rumah br aja dibeli,tp,sy g tau mau cr molas di mn…hehe
    tolong bantuanny…
    Trims

     
    • dila -my-

      January 4, 2011 at 9:56 am

      molas nie perlu dicampurkan dengan EM-1..EM-4 tidak perlu dicampurkan dengan molas..cuma perlu dicampurkan dengan air tanpa klorin..

       
  4. mus

    January 19, 2011 at 7:10 pm

    EM4 ni berape harga dia? boleh pos x?

     
    • dila -my-

      January 20, 2011 at 9:44 am

      iye..bole pos..1 liter Em-4 hanya Rm35 termasuk kos courier..

       
  5. shidee

    March 19, 2011 at 2:46 pm

    assalamualaikum.

    bro, nak tanya…cam ner penggunaannya untuk reban/kandang arnab. nisbah bancuhannya adakah 1 ml bagi setiap 50 ke 100ml air?

    tq

     
    • dila muhsin

      March 19, 2011 at 8:59 pm

      yup…betul tu..mana2 pun bole… 1:50 atau 1:100..sukatan nie utk disembur pada sekitar cage..utk bagi arnab minum 1:200..

       
  6. iwan

    April 13, 2011 at 2:16 pm

    sukatan utk arnab minum 1:200 kalau ada 5 ekor arnab je 500 ml em 4 mau 4 5 bulan baru habis kan kalau seminggu skali bagi

     
  7. iwan

    April 13, 2011 at 2:17 pm

    terlebih bagi pe jd yea boleh ke sumbat terus em4 dalam mulut arnab

     
    • dila muhsin

      April 13, 2011 at 9:48 pm

      x bole…ikut sukatan yg telah ditetapkan..em4 mesti dicampurkan dengan air tanpa klorin…

       
  8. saiful

    July 6, 2011 at 7:26 am

    brape harga utk 500ml dan 1 liter EM-4…

     
  9. wan

    September 11, 2011 at 5:17 pm

    Salam.

    Bertanya berkenaan EM4 adakah sama dengan EMas? Jika lain apakah perbezaannya, serta yang mana lebih baik?

     
    • dila muhsin

      September 13, 2011 at 9:06 am

      EM yang dicampurkan dengan molas dipanggil EMAS. EM ialah ibu atau pati asal EM, yg mana EM2,EM3,EM4 adalah berasal drpd EM cuma kuantiti mikroorganisma baiknya berbeza…

       
  10. Len Mica Mickle

    November 14, 2011 at 5:28 pm

    Di area kuching mana nak dapatkan EM4…

     
    • dila muhsin

      November 25, 2011 at 5:29 pm

      maaf..area kuching saya tidak tahu..

       
  11. Len Mica Mickle

    November 14, 2011 at 5:31 pm

    Boleh ke kita mandi kan arnab nie?…
    Xda apa2 ke?..
    Saya takut arnab saya mati kesejukan pula nanti.

     
    • dila muhsin

      November 25, 2011 at 5:29 pm

      cara mandikan arnab ada tekniknya. Secara normal, arnab tidak perlu dimandikan. cukup dengan menggunakap spray syampu sahaja..

       
  12. thumbdrive

    January 30, 2012 at 3:37 pm

    salam..kalau campurkan dengan air berklorin utk minuman arnab boleh x..? stok em4 nia ada lagi x..?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: