RSS

Makanan Seimbang Arnab

11 Oct

Makanan Seimbang Arnab


Makanan seimbang arnab seharusnya berkhasiat dan diberikan pada masa tertentu yang berjadual. Diet arnab seharusnya mengandungi protein, kanji, vitamin, mineral dan karbohidrat. Makanan yang anda berikan kepada arnab anda, harus boleh dihadam dengan cepat. Jangan sesekali memberi arnab makanan di dalam kuantiti yang
banyak tetapi berilah sedikit demi sedikit dalam jangkamasa tertentu. Apabila anda memberi arnab makan, anda harus mengetahui keseimbangan makanan yang mudah dihadam dengan makanan yang sukar dihadam. Sebarang kesilapan ketidakseimbangan diet akan mengakibatkan arnab mati.

Carta Makanan Seimbang Arnab

Diet Arnab
Kebanyakan arnab makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran merupakan makanan asas arnab, manakala buahan merupakan makanan sampingan bagi arnab. Sayuran yang sesuai utk arnab seperti brokoli, carrot, daun carrot, salad (sgt baik utk arnab kerana mengandungi byk kalsium), bayam (bg sedikit shj kerana kandungan asid organiknya terlalu tinggi). Buah-buahan yang baik sebagai makanan tambahan arnab seperti epal, blueberi, betik, tembikai, mempelam, rasberi, tomato, strawberi, pic, nanas. –

Hadkan pemberian – anggur, betik dan kismis kerana buah-buah ini mengandungi gula yang tinggi. – Pastikan anda membuang biji buah-buahan apabila memberi arnab buah-buahan yang berbiji
Keperluan makanan arnab (berbeza mengikut umur)

Ini dinyatakan dengan lebih lanjut: –


Usia 0-7 bulan:
3 minggu pertama ialah susu ibu arnab.Selepas itu boleh diperkenalkan anak arnab makan pellet, alfalfa, susu ibunya. Teruskan sehingga arnab berumur 7 minggu.Pada usia 12 minggu, anak arnab boleh diberi sayuran, hentikan susu ibu arnab sepenuhnya.Usia 3-7, anda boleh memberi arnab anda hay dan pellet tanpa had

Usia 7 bukan sehingga 1 tahun:


Beri arnab makan hay yang berbeza – timothy, rumput (napier India) Kurangkan pemberian alfalfa dan pelletTingkatkan sayuran dalam diet seharian.Beri buah untuk membekalkan kalori.

1-5 tahun: Diet arnab dewasa.

¼ – ½ cawan pellet bergantung kepada berat badan arnab.

2 cawan sayur yang dicincangBuah-buahan


5 tahun ke atas:


Teruskan diet arnab dewasa selagi bersesuaian dengan berat badannya.Selagi arnab membesar, pemberian pellet dan alfalfa harus diteruskan.Pastikan diet arnab anda setiap hari mengandungi hay, pellet dan makanan segar (sayur-sayuran and buahan).

 
3 Comments

Posted by on October 11, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags: , , ,

3 responses to “Makanan Seimbang Arnab

  1. Adamz Rabbitz

    October 11, 2010 at 2:54 pm

    baru tau..sebelum ni xtau sgt pasal diet rabbit ni..huhuhu..tq kak dila..^_^

     
  2. baby webbit

    February 19, 2011 at 11:03 am

    Sis, nak tanye.. pemakanan arnab pengaruh kecantikan bulu rabbit ke? sbb sblum ni teddy bear rabbit sy bulunya cantik.. makan pelet biasa je.. tapi bila my mum beri pellet kaler2 beli kat pet shop, bulunya tak cantik.. pls advice..🙂

     
    • dila -my-

      February 20, 2011 at 8:51 am

      iye…pemakanan & minuman mempengaruhi bulu & kesihatan arnab…pellet tu brand britter bunny kn? pellet tu khas utk multivitamin, kena beri jugak pellet biasa..arnab saya, saya beri minum EM4..dari hari ke hari bulu mereka semakin cantik & semakin sihat…kalo selesema, akan recover sendiri tanpa perlu diberi ubat lain lagi…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: