RSS

Khasiat Daging Arnab

11 Aug

Teringat saya ketika masih bersekolah  rendah, abah saya membelikan kami burger arnab…Sungguh sedap rasanya! Apa yang boleh saya katakan, daging arnab nie rasanya seperti daging ayam tetapi lebih lembut dan manis. Bagi anda yang memelihara arnab sebagai haiwan peliharaan atau kesayangan sudah tentulah tidak sanggup untuk memakan daging haiwan yang comel dan manja ini. Saya juga seperti itu. Tetapi jika, daging tersebut telah siap diproses seperti daging burger,sosej,nugget,satay etc..saya tidak ragu-ragu untuk memakannya asalkan ada status HALAL.

Arnab ialah haiwan yang HALAL untuk dimakan, cuma segelintir manusia tidak sanggup untuk memakannya atas alasan seperti saya di atas ataupun mereka menganggapnya seperti kucing. Tetapi arnab ialah haiwan yang sama sekali tidak sama seperti kucing. Kucing mempunyai taring dan memakan daging. Jadi ianya HARAM dimakan. Arnab pula hanya memakan sayuran, buahan dan pellet, tidak mempunyai taring, berkaki pendek di depan dan panjang di belakang. Ciri-ciri ini menjadikan daging arnab HALAL dimakan asalkan ia disembelih mengikut cara Islam.

Berikut ialah antara fakta berkaitan khasiat daging arnab :-

Melalui buku ; Penternakan Arnab (MARDI, 1995) Kandungan daging arnab; Tenaga=160kcal, Crude Protein=18%, Lemak=7.1%, Air=71%, Kolesterol=136mg/100gm, Vit, mineral & asid amino – Mohd Shuib

Dalam ertikata lain daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi,kaya dengan vitamin B12, kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid uriknya rendah, mempunyai kandungan air  tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri
Daging arnab dapat merawat & mengubati
– masalah pencernaan kerana ianya mudah hadam.
– penyakit tekanan darah tinggi dan gout.
– penyakit demam malaria.
– penyakit asma
– masalah kencing tidak lawas (dagingnya yang dibakar)
– retak batu pada kemaluan.
– dapat mengemaskan perut yang gendut.
Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya dimakan hempedunya oleh wanita ianya baik untuk kesuburan.
 
Leave a comment

Posted by on August 11, 2010 in Artikel Arnab

 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: