RSS

Jom jumpa doktor..

05 Aug

Jika anda memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan, bawalah sekurang-kurangnya 1 bulan sekali  ke klinik haiwan atau 6 bulan sekali. Tetapi di Malaysia ini amat mendukacitakan kerana doktor-doktor haiwan di Malaysia ini kurang arif akan hal-hal yang berkaitan dengan arnab. Kebanyakan mereka lebih spesifik kepada anjing dan kucing sahaja. Meskpun begitu, tidak dinafikan memang ada klinik  haiwan yang pakar tentang arnab, tetapi bilangannya begitu sedikit dan charge nya juga agak mahal.

Pengalaman 2x membawa arnab saya ke klinik haiwan kurang memberansangkan. Pada kali pertama, apa yang saya lihat doktor tersebut kurang berkeyakinan, terlalu muda dan memberikan kenyataan yang langsung tidak memberi harapan dan tidak tepat. Hampa, keciwa dan sedih dirasakan. Suasana di klinik tersebut kurang selesa…terlalu banyak anjing daripada saiz sekecil-kecil (muat dalam beg) dan sebesar manusia…Takut pun ada…kang tak pasal kena gigit kerr..Ada insiden di mana anjing-anjing tersebut bergaduh, sehingga terkencing…kotor klinik tersebut…terpaksa la kami berjingkit-jingkit untuk mengelakkan daripada terpijak air kencing tersebut….nak kena samak lak…satu hal pulak..

Kali kedua pula, doktor tu oke la sket daripada doktor yang pertama..kali nie saya pergi ke klinik lain pulak di sekitar Ampang…Cuma sedikit terkilan kerana doktor tersebut melakukan suntikan secara mengejut dan mengakibatkan arnab saya, Si Bubbles ketakutan sehingga terkencing-kencing. Berikutan daripada insiden tersebut, Bubbles apabila terkejut..dia akan terkencing…arrghhhh…kadang-kadang memang tensen. Arnab-arnab yang lain tidak mudah terkejut dan terkencing seperti dia.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada anda yang ingin membawa arnab anda ke klinik haiwan..selidikilah dulu klinik mana yang terbaik untuk arnab anda. Jika anda boleh melakukan rawatan sendiri apabila arnab anda sakit, lakukanlah…tapi jangan ambil risiko…Jangan jadi seperti ‘tikus membaiki labu’..nanti makin sakit pulak arnab tu.Bertanya dahulu kepada yang berpengalaman…kadang-kadang ini lebih berbaik berbanding dengan doktor haiwan.

 
2 Comments

Posted by on August 5, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags: , , ,

2 responses to “Jom jumpa doktor..

  1. juliana

    March 4, 2011 at 1:07 pm

    hi. saya ada arnab betina..dulu ada sepasang, tp skg tinggal seekor je sbb yg jantan tu hlg..tgh hari td arnab saya mengeletar, kaki belakang xleh diangkat dan bulu gugur..nk bwk jmp doktor tp sblm tu nk jgk tahu pandangan/pengalaman apa yg sy bole sblm hnt ke klinik tu..

     
    • dila muhsin

      March 4, 2011 at 7:57 pm

      kaki belakang tidak boleh diangkat maknanya kakinya patah ker? erm…lebih baik di bawa segera berjumpa dengan vet…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: