RSS

Semai sifat kasih-sayang terhadap arnab

03 Aug

Arnab ialah haiwan kecil yang comel,manja dan mudah untuk dipelihara. Kita sebagai ibu bapa boleh mendidik anak-anak kita mencintai haiwan ini sejak kecil lagi. Dengan sentuhan pertama yang lembut dan penuh belaian kasih-sayang, arnab boleh menjadi peneman setia kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Untuk permulaan, anda boleh mula memelihara sepasang arnab. Belilah daripada petshop atau mana-mana penternak arnab di sekitar anda. Penjagaannya juga tidak sukar, anda harus sediakan pellet,buahan dan sayuran sebagai makanannya. Bersihkan sangkar arnab sebaiknya sekali sehari…selang dua hari sekali pun oke.

Jika anda kurang senang dengan bau busuk daripada kencing arnab, anda boleh membeli cairan anti-busuk untuk haiwan peliharaan. Campurkan cairan ini ke dalam minuman arnab.

Supaya arnab kekal wangi dan bersih pula, anda boleh membeli Spray Shampoo keluaran Bengy..tidak perlu memandikan arnab anda. Lagipun arnab ialah haiwan sensitif terhadap perubahan suhu mendadak. Sekiranya terlalu sejuk atau terlalu panas ianya boleh membawa maut.

Jika anda tinggal di sekitar Pahang, anda boleh mendapatkan sepasang arnab pada harga sekitar Rm70 daripada saya.

Bagaimanakah cara memegang arnab yang betul?

Pegang dan angkat belakang arnab, jika ia meronta-ronta..gosoklah dahulu bahagian kepalanya terlebih dahulu agar dia dapat bertenang.

Jangan mengangkat arnab dengan memegang kedua-dua belah telinganya kerana di telinga arnab ialah bahagian sensitif arnab di mana di telinganya banyak saraf-saraf yang berkemungkinan akan rosak apabila diangkat/ditarik.

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2010 in Artikel Arnab

 

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: