RSS

ArnabCute di Fanpage Facebook

12 Jul

Sebenarnya sudah beberapa bulan ArnabCute mempunyai fanpage di facebook, iaitu Rabbits Lover @ Pencinta Arnab. Untuk lebih mudah diingati url nya ialah >> http://www.facebook.com/ArnabCute. Sehingga ke hari ini ahli fan ialah 551 orang. Saya sungguh tidak menjangka agak ramai ahli kelab di facebook ini. Semuga di akan datang fanpage Rabbits Lover @ Pencinta Arnab akan mencecah angka ribuan, agar semua peringkat golongan tidak kira masa dan tempat dapat sama-sama berkongsi segala hal yang berkaitan dengan arnab. Sama ada anda memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan ataupun menjadi penternak arnab secara komersial.

Seperti yang pernah saya tulis di dalam entry sebelum ini, arnab ini terbahagi kepada dua iaitu dibela sebagai haiwan peliharaan/kesayangan atau diternak untuk tujuan dimakan dagingnya. Bagi saya, saya akan lebih spesifik kepada membela arnab sebagai haiwan peliharaan kerana, saya sendiri tidak sanggup untuk memakannya. Meskipun saya tahu khasiat dan kelazatannya memang terbaik sekali! Jika dihulur kepada saya daging arnab, selain daripada arnab saya..sudah tentulah saya tidak langsung menolak untuk memakannya.

Saya ingin memelihara arnab yang bersaiz kecil seperti Holland Lop dan Netherland Dwarfs…comeeeii..

tetapi sebelum itu, kena sediakan space untuk mereka dahulu..bermakna arnab-arnab jantan yang ada 4 ekor nie harus di ‘clear’kan..Kapasiti hanya ada 10 sangkar sahaja..Rasanya cukuplah dahulu untuk menambahkan koleksi arnabku..

>> Gambar sekadar ilustrasi sahaja

Teringat ketika saya di zaman sekolah rendah dahulu, iaitu sekitar tahun 90-an..abah saya telah membeli burger arnab…yumm..yum…sedaaappp sungguhhhh!!

Nanti saya nak makan satay arnab pula..hehehe…  

 
Leave a comment

Posted by on July 12, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: