RSS

Botol minuman arnab

06 Jul

Asalnya saya bercadang untuk menggunakan nipple feeder sebegini, memang dah ada 10 set pada saya..

>> Nipple Water Feeder

Tapi disebabkan keadaan suami saya yang terlampau sibuk, tak berkesempatan la nak guna…ermm…harapnya sebelum bulan puasa nie sempat la wat..senang hati sket nak balik raya di Perak nun…

Jadi, baru-baru nie saya beli botol minuman arnab berjenama JAD. Mengikut pengalaman saya, botol minuman JAD ini tahan lasak dan berkualiti..saya pernah juga membeli jenama lain, ada yang tercabut nipple botol dan habis kena gigit plastik botol tu…huhu..Botol minuman keluaran JAD nie, ada banyak saiz. Yang paling kecil 80ml, paling besar 500ml. Saya beli terus yang bersaiz 500ml, senang sket..tak perlu sentiasa pi tambah air, tahan la jugak 1 hari bagi seekor arnab dewasa.

>> Botol minuman arnab

Ini pula sengaja saya nak berkongsi dengan pengunjung Blog ArnabCute, penyambung atau nozzle botol minuman ini sesuai digunakan dengan botol 500ml dan 1.5l (botol minuman gas tu, tapi bergantung jugak pada jenis botol).

>> Nozzle minuman

Penyambung botol minuman ini memang la sesuai untuk disambungkan dengan botol berkapasiti besar, tetapi pada saya disebabkan muncungnya agak besar, jadi kurang sesuai untuk arnab berbanding botol minuman JAD tadi..nozzle sebegini sesuai untuk haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sahaja.

Nozzle minuman berwarna merah(kiri), agak baik…tidak tercabut. Tetapi air lebih banyak melimpah keluar ketika arnab minum. Nozzle minuman berwarna hijau(kanan), mempunyai spring di dalamnya, muncung sering tercabut, spring dan bebola habis terkeluar,ring getah cepat haus..Dah banyak kali cuba baiki pun perkara yang sama akan berlaku juga…Berikutan daripada itu, saya banned terus nozzle minuman yang mempunyai spring (hijau) sebegini…harganya agak mahal, hampir Rm20..

Pengajaran buat diri saya, konon nak jimat kerana ingatkan boleh guna nozzle minuman yang boleh disambung dengan botol 1.5l hanyalah rugi dan sia-sia sahaja. Xmo beli dah nozzle sebegini..saya harap anda pun janganlah mengalami pengalaman yang sama gak seperti saya…

 
7 Comments

Posted by on July 6, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags: , ,

7 responses to “Botol minuman arnab

  1. syamsye

    July 12, 2010 at 1:49 pm

    akak pakai jenama living world..bagus jgak..bekas dia pun besar dlm 1 liter..tahanla 3 hari kalau bukan cuaca panas..muncungnya pun stainless steel..tahan gigitan

     
    • dila -my-

      July 19, 2010 at 4:47 pm

      jenama living world tu, plastik dia kalo kena gigit berlubang..sbb tu x amik yg tu..

       
    • syafiq

      January 20, 2011 at 1:29 am

      saya pakai gak botol living world ni. bagus mmg bagus tp kelemahan nya kualiti la, jatuh je pecah. walaupun jatuh dr paras lutut..

      lg 1 nozel dia pn cpat gak bocor..

       
  2. helmy

    July 19, 2010 at 11:28 am

    assalamualaikum saya nak mengetahui berapa harga botol 500ml seunit

     
  3. Saiful

    October 20, 2010 at 12:54 am

    Salam..nipple water feeder tu akak beli katner??Saya mmg mencari tapi lau dekat2 area Temerloh or Mentakab lagi cantek….bape rm satu set??

     
    • dila -my-

      October 22, 2010 at 8:32 am

      order online jer…pastu diorg pos la…yg sy punya nie diperbuat dr plastik..ada yg kata kurang sesuai…better beli yg drpd besi…nnti sy upload pic nyer..

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: