RSS

Menerima Kunjungan Fan dari Temerloh

30 Jun

Petang semalam, saya telah menerima kunjungan daripada rakan aka Fanpage Facebook Rabbits Lover@Pencinta Arnab. Dua orang sahabat yang mencintai arnab, bersama-sama membela sepasang arnab berkongsi minat yang sama. Mereka juga sama seperti saya (pada tahun lepas) yang tidak sabar untuk menunggu kelahiran pertama arnab mereka. Begitulah yang terjadi pada saya ketika mula-mula membela arnab..asyik tertunggu-tunggu bilakah arnab nak beranak..dari hari ke hari..asyik bertanya soalan yang sama pada arnab…hehe…

-d

>> Comei dua-dua rabbit nie..baka Lion head…

tapi diorg masuk kn dlm Tupperware & handbag sebab susah nak ambil gambar…

Saya membaca blog demi blog para penternak arnab, mengkaji dan memahami…Apa yang saya lakukan ialah cuba mengawankan arnab saya dengan cara memasukkan arnab betina ke sangkar arnab jantan pada waktu pagi..kerana dikatakan pada waktu pagi dan malam ialah waktu subur mereka. Saya biarkan selama lebih kurang setengah jam..dan akhirnya saya kembali menjenguk mereka apabila terdengar jeritan yang sungguh kuat..

Apabila saya cek, Summer(betina) telah berdarah hidungnya…mungkin agak takut, dia berlari dan berlanggar dengan sangkar…jadi, saya asingkan semula…Saya pada masa tu, tak taulah samada telah berjaya mengawan atau tidak…

Pada bulan depannya…Mummy Kiko dan Mummy Summer telah beranak…hehe..Alhamdulillah…masa 1st birth tu rasa hati nie memang seronok sangat! Jadi, saya harap pada semua rakan dan peminat arnab semua..bersabarlah..nanti pasti ada rezeki untuk menimang anak arnab…hehe…

Tips Mengawan/Kahwin.

  • Lakukan pada waktu seawal pagi atau awal malam…jangan lakukan pada waktu tengahari kerana waktu ini kelahiran kurang subur
  • Masukkan arnab betina ke sangkar jantan. Jangan lakukan sebaliknya kerana arnab bertindak akan bertindak agresif terhadap si jantan, dan ini mungkin akan membawa maut.Biarkan selama 5-30 minit.
  • Tempoh matang arnab betina bermula seawal 4-5 bulan, bergantung juga kepada jenis baka. Arnab jantan pula ialah 6 bulan ke atas.
  • Tutup sangkar dengan kain gelap kerana arnab pun tau gak malu…
  • Jangan melakukan proses mengawan jika arnab mempunyai pertalian keluarga kerana akan menghasilkan ketidaksuburan baka. Contoh : anak dikahwinkan dengan bapa/ibu, arnab dikahwinkan dengan adik-beradik..jadi pastikan dengan baik susur-galur arnab anda yea…

Meskipun pertemuan yang agak singkat, diharap pertemuan pada kali ini bukanlah kunjungan terakhir daripada mereka..Muga akan ke temu lagišŸ™‚

 
Leave a comment

Posted by on June 30, 2010 in Tips Penjagaan Arnab

 

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: