RSS

Datang dan pergi silih berganti

30 Jun

Hari ini sudah penghujung bulan 6, ianya merupakan rekod terbanyak kematian dan kelahiran. Petang semalam, iaitu di dalam lingkungan kul 2.00ptg, ketika saya menjenguk-jenguk arnab saya…saya terdengar bunyi menggelupur..saya ingatkan mungkin ada arnab yang bergaduh..ohhh…rupa-rupanya Si Putih, arnab yang diberi oleh kawan suami saya itu telah mati…terbaring dengan matanya terbuka..saya dapat lihat perubahan pada warna  matanya..daripada berwarna merah/pink secara perlahan-lahan telah bertukar kepada kelabu..Minggu lepas Si Putih telah melahirkan 3 ekor anak pra-matang…ketiga-tiganya mati..sifat anaknya belum cukup lagi..masih tidak terbentuk dengan baik kaki dan tangan…

Sungguh sedih dan agak terkejut melihat situasi tersebut…Saya beranikan juga diri untuk mengeluarkan ketiga-tiga anaknya yg pra-matang itu dan segera menanamnya…dan tidak lama kemudian, iaitu semalam, Putih pula telah menyusul pemergian anaknya…memang xde rezekilah nampaknya..

Pada hari yang sama Si Putih melahirkan anak pra-matang, Mummy Summer pula telah selamat beranak pada jam sekitar 11.00 pagi…ada 6 ekor semuanya..4 ekor berwarna oren,  ekor hitam…Ini adalah zuriat terakhir daripada Bubbles…

Ini pula gambar terkini anak Twinkle…3 ekor yang lahir…yang berwarna hitam telah mati akibat pijakan oleh Mummy Twinkle…

Kedua-dua anak Twinkle mengikut ciri-ciri Twinkle, yang utamanya ialah bercelak…hehe…I love Rabbit Bercelak!! Nampak cantik dan ayu gitu🙂. Masa gambar nie di ambil usianya baru 6 hari..agak besar jugak..

 
Leave a comment

Posted by on June 30, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: