RSS

Macam-macam la rabbits ku ini…

17 Jun

Arnab putih yang baru sampai minggu lepas rupanya telah dijangkiti kutu sehingga telah menyebabkan 4 ekor anak arnab yang lain juga terkena kutu. Rawatan yang saya lakukan ialah dengan menyemburkan tempat yang terkena kutu itu dengan menggunakan Bengy Spray Syampu…Nampaknya kena beli yang baru la pulak sebab tinggal sikit jer lagi nie…

Manakala semalam pula seekor arnab yang baru berusia 1 bulan yang berwarna kelabu sakit mata pulak. Sebelah matanya tidak boleh buka kerana penuh dengan tahi mata. Jadi saya mencucinya dengan air dan membuang tahi mata tersebut. Matanya agak bengkak kemerahan. Dengan segera saya menitiskannya dengan Eye-mo. Saya dapati pada hari ini jangkitan mata telah berkurangan. InsyaAllah esok lusa akan sembuh sepenuhnya.

Sejak anak-anak arnab dah makin membesar ni mereka makin pandai mencari jalan keluar daripada pagar. Dan banyak kali la mereka telah terlepas…ohhhhh!

Jadinya hari ini saya telah mengubah struktur pagar…diharap mereka tidak akan terlepas lagi…

Silky pula semakin matang dan semakin nakal…geram betul dibuatnya..saya telah seal di dalam sangkar, tak bole keluar2 lagi…bukan apa Silky nie sering bergaduh dengan arnab jantan lain sehingga berdarah-darah dibuatnya..

Bubbles pula telah pergi buat selama-lamanya…sedey la jugak..sebab satu-satunya arnab yang manja dan pandai datang apabila dipanggil telah tiada…I’ll be missing him…tapi sib baik Bubbles ada meninggalkan 5 ekor anak. Takde la rasa terkilan sangat. Sebab-sebab kematian Bubbles mungkin disebabkan oleh luka di bahagian kakinya kerana telah bergaduh dengan Twinkle pada malam sebelum saya balik ke Perak selama 3 hari. Mungkin juga kerana tidak diberi perhatian sebaiknya dia telah pergi…

 
Leave a comment

Posted by on June 17, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: