RSS

Satu keajaiban…

01 Mar

Pagi tadi, kotak sangkar baby Summer telah terbalik dan baby tiada di dalamnya! Kami mencari di sekitar sangkar, tiada kelihatan pun baby Summer..huhu..sedey pun ada..mungkin telah dimakan oleh Summer sendiri kerana saya pernah membaca di blog-blog arnab yang lain bahawa si ibu arnab akan memakan anaknya sekiranya dia tahu anaknya tidak boleh hidup. Dan memang ada titisan darah di bawah sangkar…

Keciwa sungguh waktu itu…semalam kitaorang bertungkus-lumus cuba menyusukan baby Summer, tetapi susu Summer ada sedikit sahaja..kami cuba menyusukannya dengan Kiko tetapi baby Summer tidak mahu. Juga kami cuba memberinya dengan susu tepung Nespray…gagal juga..

Saya pun seperti biasa pergi menghantar anak saya Syuhada ke taska, pergi ke pejabat pos dan BSN. Singgah sebentar di rumah baru untuk menyiram pokok napier..Nampaknya semua tumbuh membesar dengan baik. Mungkin kerana baja asli dari tinja arnab-arnab…hehe..

Apabila sampai di rumah, Bubbles berlari-larian mengelilingi basikal Syuhada seolah-olah ingin memberitahu kami yang dia telah jumpa baby Summer..wah!..terkejut sungguh kami, baby Summer ada di situ..jauhnya..camna pulak dia boleh ke sana? Hairan jugak..jauh tu..

Dalam kepala, mesti sudah mati sebab saya lihat bahagian hidung dan mulut sudah hitam manakala badannya sudah kebiruan….tetapi saya lihat masih ada pergerakan..hidup lagi!..syukur!..memang ajaib kuasa Tuhan..

Saya dan adik ipar (Che Na) cepat-cepat menyusukannya dengan cara mengangkat Summer dan meletakkan baby di atasnya..ohhh..lapar sungguh!

Selepas proses menyusu, sedikit demi sedikit warna kebiruan pudar dan badannya kembali kemerahan..mulut dan hidung juga telah kembali normal..dan sekarang baby Summer sedang tidur penuh lena kekenyangan di dalam kotaknya.

new baby Happy couple

>> Baby Summer berusia 2 hari                                      >> Sayang nyerr Bubbles kat Summer & Baby

Babies Kiko 5days

>> 6 babies Kiko yang gemuk-gemuk belaka    >> Kiko makan pun makin berselera

Tak sabar tunggu bunnies nie buka mata (^_^)

 
2 Comments

Posted by on March 1, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: ,

2 responses to “Satu keajaiban…

  1. shafiq

    March 1, 2010 at 2:22 pm

    dlu pernah jaga rabbit , tapi dia berak bukan main sakan.😛 ssh nak jaga🙂 bg makan apa ehh supaya dia tak berak sgt

     
    • dilamy

      March 1, 2010 at 2:28 pm

      bagi makan pellet dan alfalfa hay🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: