RSS

Lawatan percuma..

05 Feb

Baru-baru ini, rumah saya menjadi tempat lawatan percuma kepada jiran-jiran yang berminat dengan arnab. Kanak-kanak seawal usia 2 tahun-12 tahun amat suka bermain dengan arnab peliharaan saya, terutamanya dengan Silky kerana berbadan kecil dan manja. Arnab yang lain saya tidak galakkan untuk mereka pegang kerana kuku agak tajam, risau mereka akan terluka nanti.

2 orang ibu dari kaum Cina bersama anak mereka yang berusia 3 tahun  datang untuk melihat-lihat arnab saya (bukan waktu yang sama), mulanya hanya melihat dari luar pagar rumah sahaja sementara saya sedang sibuk melakukan proses pembersihan sangkar. Melihatkan mereka amat berminat, saya ajak mereka masuk untuk memegang dan membelai arnab peliharaan saya. Beberapa patah perkataan Cina yang bermaksud ‘comel’, ‘cantik’ , ‘lembut’ telah keluar dari bibir mereka (^_^)

Mesti anda tertanya-tanya macamana pulak saya faham cakap Cina nie??!!

Sebenarnya sejak saya sekolah rendah, iaitu tahun 90-an saya setiap hari menonton drama bersiri Kantonis samada di TV2 atau TV3 keluaran dari TVB..sekarang ini sudah tidak dapat menonton cerita bersiri Kantonis kerana rancangan ini telah beralih ke Astro Channel, suami saya tidak benarkan untuk melanggannya..hurrmmm…

OKe, berbalik kepada cerita lawatan tadi, ibu-ibu Cina ini bertanya ada anak arnab tak? Dan saya jawap, belum ada yang beranak lagi..hmm..musykil jugak pesal arnab-arnab ku ini belum lagi beranak? mandul kerr?😛 . Mereka ingin membeli dan membela arnab juga seperti saya. Salah seorang ibu Cina ini menyatakan, suaminya suruh membela arnab..supaya bila dah besar diorang boleh la makan daging arnab ni. Yumm…yum..sedapnya daging arnab🙂

Tapi, bagi saya pula..tak sampai hati nak makan arnab peliharaan sendiri..

 
2 Comments

Posted by on February 5, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , , ,

2 responses to “Lawatan percuma..

  1. bjb

    February 5, 2010 at 8:52 pm

    nk melawat percuma gak la.heheheh

     
  2. dilamy

    February 6, 2010 at 8:24 am

    bole..sila-sila..:)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: