RSS

Gemparrr!!

03 Feb

Pagi-pagi semalam, kami agak terkejut melihat sangkar arnab telah terbuka dan ketiga-tiga ekor arnab di dalamnya iaitu Twinkle, Tweet dan Silky TIADA!!

Rupa-rupanya Twinkle bersembunyi di sebalik motor, manakala Tweet & Silky is gone!

Beberapa jam kemudian, terlihat kelibat Silky di rumah sebelah. Sejak akhir-akhir nie Silky memang selalu terlepas, duduk berjam-jam di rumah sebelah di bawah kete. Adik ipar saya terpaksa memanjat pagar rumah jiran (jiran dah pergi kerja) dan cepat-cepat menangkap Silky.

Manakala Tweet still missing in action..jenuh la jugak kitaorg mencari di setiap rumah jiran, padang permainan, setiap rimbunan rumput dan di longkang-longkang, kerana menurut kami sudah tentulah Tweet tidak pergi jauh seperti Silky yang pernah hilang selama 3 hari. Cuma paling risau jika Tweet tidak kembali, dan harganya boleh tahan gak (bunnny yg beli sepasang dari Hj Ismail tempohari).

Ketika kami hampir berputus asa, dan masing-masing berfikir mungkin Tweet telah diambil orang kerana rupanya yang comel.

Tiba-tiba, KEAJAIBAN berlaku!!

Adik iparku ternampak Tweet di dalam longkang sedang berjalan-jalan mencari rumput. Segera adik iparku turun ke dalam longkang sedalam 2 meter kot dan berbau busuk kerana kebetulan di situ air longkang bertakung, tidak seperti tempat lain yang kering.

Alhamdulillah, misi mencari dan menyelamat Tweet TELAH BERJAYA!!! Syukur sesangat.

Setelah itu, sehingga ke hari ini semua arnab telah dikurung sahaja di dalam sangkar..dikuarantin untuk mengelakkan masalah terlepas lagi.

InsyaAllah cukup bulan Feb nie kami akan berpindah ke rumah baru, dan ruang khas Rabbit Garden akan disediakan khas for my cute little bunnies (^_^)

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2010 in Al-kisah arnabku

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: