RSS

Trip ke Jutawan Arnab – Hj Ismail

13 Jan

Pada ahad yang lepas 10 Januari 2010, kami telah ke Kuala Selangor untuk melawat Ternakan Arnab Hj Ismail yang telah muncul di dada akhbar dan tv..seperti yang dinyatakan di media eletronik dan cetak, arnab ternakan Hj Ismail mencecah sehingga 1500 ekor. Purata kelahiran arnab ialah 500-600 ekor sebulan. Di sini terdapat sebanyak 11 spesis arnab. 2 kategori utama ialah arnab daging dan arnab hias.

Kami amat kagum melihat ternakan arnab Hj Ismail yang agak sistematik. Saluran air dan sangkar yang direka sendiri untuk kemudahan penjagaan arnab.Alhamdulillah, tercapai hasrat untuk mempelajari teknik membela arnab di dalam kuantiti yang banyak.

Hj Ismail juga turut menganjurkan kursus penternakan arnab bagi sesiapa yang berminat, jangkamasa kursus ialah 3-4 hari dengan bayaran Rm1300 dan kemudahan tempat tinggal disediakan. Anda akan mendapat sijil dan modul penternakan yang lengkap.

Setelah melawat2 ternakan arnab, kami membeli sepasang arnab. Semua arnab-arnab di sini comel-comel belaka sehingga rambang mata untuk memilihnya.

 
4 Comments

Posted by on January 13, 2010 in Buletin Terkini

 

Tags: , ,

4 responses to “Trip ke Jutawan Arnab – Hj Ismail

  1. isya

    August 24, 2010 at 10:29 am

    Salam..boleh tak nak mintak contact nmber hj ismail…

     
    • dila -my-

      August 24, 2010 at 12:02 pm

      sila sms sy di 012 238 0538 yea..

       
  2. fizal

    March 28, 2011 at 8:56 pm

    assalamualaikum tuan haji…….sy dan 2 org rakan sy ada perancangan untuk menternak arnab bermula secara kecil-kecilan….tp sgala pertanyaan kami dgn beberapa org penternak sebelum ni agak menghampakan……jadi sy nak mintak sedikit pandangan dengan tuan haji…..macam mana kami nk bermula menternak dan bagaimana kami nk mendapatkan buyer di pasaran…..dan bagaimana kami dapat berurusan denga tuan haji?

     
    • dila muhsin

      March 28, 2011 at 10:10 pm

      erm…sy bukan tuan haji la..sebenarnya entry sy nie memberitahu sy pegi ke ladang arnab Tuan Hj Ismail..sy nie cuma bela arnab sket jer as home breeder…utk menternak arnab, tetapkan dlu skala anda…samada hendak bermula secara kecilan atau terus secara besaran. Ini bergantung kpd modal anda. Cadangan saya, mula dlu secara kecilan supaya anda lebih faham bagaimanakah cara membela arnab yang betul. Arnab nie haiwan sensitif, jika sakit mudah mati…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: