RSS

Wryneck atau kepala senget sebelah

21 Oct

head-tilt

Wryneck atau kepala arnab senget sebelah samada ke kiri atau ke kanan boleh terjadi akibat daripada perkara-perkara seperti berikut :-

  • Bahagian dalam/tengah telinga arnab telah dijangkiti (otitis media /interna)
  • Stroke (cerebrovascular accidents)
  • Trauma
  • Cancer (neoplasia)
  • Cervical muscle contraction
  • Encephalitozoonosis
  • Cerebral larva migran
  • Intoxication

Pertama kali melihat kepala arnab saya senget sebelah, saya amat panik. Saya menyangkakan kepalanya terjadi begitu kerana ditindih oleh seekor arnab lain. Di dalam sangkar yang sama saya meletakkan 2 ekor arnab yang berlainan spesis iaitu Bubbles (berbulu kembang) dan Kiko (arnab daging).

Beberapa hari sebelum kejadian ini terjadi, Bubbles tidak mahu makan pellet yang baru dibeli..mungkin kerana rasanya berbeza daripada pellet sebelum ini. Berbagai ikhtiar dilakukan supaya dia makan seperti saya telah memberinya sedikit lobak merah, tetapi dia hanya makan sedikit sahaja. Risau melihat keadaan ini, suami saya telah memberinya kangkung…

wah! berselera sekali Bubbles makan…

Selama 5 hari berturut-turut saya memberikan Bubbles dan Kiko makan kangkung..dan pada hari Jumaat itu setelah memberi makan kangkung tiba-tiba saya lihat kepala Bubbles telah senget sebelah, jalan pun senget jer..Saya ingatkan mungkin telah salah urat akibat ditindih oleh Kiko ketika berebut makan kangkung tadi. Kiko nie badannya besar kerana kuat makan.

Saya sapu dengan minyak urat di kawasan yang disyaki dengan harapan Bubbles akan pulih. Tetapi tiada kesan apa-apa.

Saya ingat sudah tentu umur Bubbles tidak panjang seperti Brownies dan Luna sebelum ini kerana kepalanya telah terjadi begitu. Bubbles langsung tidak boleh berjalan normal..kadang-kadang terguling2…sungguh kasihan melihatnya..

Hari Raya Puasa pertama, kami membawanya ke Bilut untuk diurut oleh Tok..tiada perubahan. Cuma nampak Bubbles dapat menegakkan kepalanya sedikit.

Hari Raya kedua, kami membawanya ke Klinik Haiwan di Cheras. Vet yang merawat mengatakan Bubbles terkena trauma, berlaku kerosakan sebelah otak. Sebab itu dia hilang keupayaan untuk menegakkan kepala dan mata lagi sebelah hanya memandang ke bawah sahaja. Vet jugak memberitahu keadaan ini adalah KEKAL! Bubbles TIDAK AKAN SEMBUH..betapa kecewa rasanya…Vet hanya memberi ubat untuk diberikan kepada Bubbles selama 7 hari.

Setelah sebulan berlalu, saya dapati BUBBLES TELAH SEMBUH!!..cuma senget sedikit dlm 85 darjah, mata pun kembali ok seperti sedia kala. Saya amat bersyukur kerana sesungguhnya keajaiban telah berlaku..wryneck bukanlah keadaan yang kekal seperti yg telah dimaklumkan oleh vet tersebut.

Arnab ialah haiwan yang mempunyai semangat tinggi untuk hidup. Dengan kasih-sayang dan rawatan yang rapi daripada pemiliknya, dengan izin Allah pasti akan sembuh.

Saya mengesyaki punca wryneck Bubbles ialah akibat makan kangkung secara berlebihan, mungkin juga kangkung tersebut telah layu dan tidak cukup segar.

Berikutan daripada peristiwa ini saya sama sekali tidak akan memberikan arnab saya yg berbulu kembang untuk makan kangkung..

Jika anda menghadapi masalah wryneck ini, cuba anda kaji dahulu satu persatu perkara berikut :-

Jangkitan Telinga

Jangkitan bermula dari luar telinga dan terus ke dalam telinga. Atau terdapatnya bakteria di dalam mulut atau saluran darah. Dengan menggunakan radiograph di bahagian kepala ia akan dapat dikenalpasti. Beberapa bakteria tersebut ialah Staphylococcus sp, Pseudomonas aeruginosa, Pasteurella multocida, Bordetella bronchiseptica, Proteus mirabilis, Streptoccus epidermidis, Bacteroides spp. and Escherichia coli.

Rawatan : Antibiotics seperti enrofloxacin, chloramphenicol or penicillin G procaine with benzathaine. Jika tiada perubahan di dalam 4 weeks, antibiotik perlu ditukar.Jika masih gagal dengan antibiotik, pembedahan harus dilakukan.

Steroid digunakan jika keadaan berlarutan untuk mengurangkan inflamasi. Jika arnab anda tidak mahu makan atau minum anda perlu memberikan makanan dalam bentuk cecair dengan menggunakan suntikan

Stroke

Acerbrovascular accident terjadi pada arnab iaitu kerosakan sebelah otak yang mengakibatkan sebelah kepala ke bawah/senget, sebelah mata tidak beroperasi dengan baik, tidak boleh berjalan normal atau bergerak di dalam bulatan

Rawatan akupuntur lebih sesuai berbanding antibiotik (diberikan sekadar untuk mematuhi peraturan)

Trauma
Keadaan panik menyebabkan kepala arnab senget sebelah iaitu kemungkinan berasa takut yang amat sangat,berada di tempat yang tinggi atau seringkali jatuh.Rawatan anti-inflammatory mampu membantu untuk pulih.

Cancer
Terdapat tumors di bahagian otak, tengkuk atau telinga.

Cervical muscle contraction

Tersalah urat akan kembali pulih apabila arnab kembali relaks atau bertenang.

Encephalitozoonosis
Encephalitozoon cuniculi, a protozoan parasite, can cause brain disease (meningooencephalitis and microscopic cysts), and can result in paralysis anywhere in the body, since every part of the body is controlled by a specific part of the brain. (See the HRJ Vol. III No. 2 for a detailed description of this parasite.) Frequently there are signs preceding a head tilt caused by E.cuniculi such as tripping, dragging of feet, tipping over. These symptoms may have appeared and then vanished weeks or months prior to the head tilt. A blood test for antibodies to E. cuniculi can tell whether your rabbit has been exposed.

Cerebral larva migrans
Baylisascaris spp ialah cacing daripada raccoon dan skunk.  Arnab mungkin termakan telurnya ketika makan rumput, di dalam makanan atau di habitatnya. Larva menetas dari telur dan terus ke otak arnab membesar dan merosakkan otak arnab. Tiada rawatan yang sesuai untuk dilakukan.

Intoxication

Boleh didapati di dalam makanan contoh makanan telah dicemari racun.

 
Leave a comment

Posted by on October 21, 2009 in Penyakit Arnab, Wryneck/head tilt

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: