RSS

Tag Archives: ternakan arnab

Trip ke Jutawan Arnab – Hj Ismail

Pada ahad yang lepas 10 Januari 2010, kami telah ke Kuala Selangor untuk melawat Ternakan Arnab Hj Ismail yang telah muncul di dada akhbar dan tv..seperti yang dinyatakan di media eletronik dan cetak, arnab ternakan Hj Ismail mencecah sehingga 1500 ekor. Purata kelahiran arnab ialah 500-600 ekor sebulan. Di sini terdapat sebanyak 11 spesis arnab. 2 kategori utama ialah arnab daging dan arnab hias.

Kami amat kagum melihat ternakan arnab Hj Ismail yang agak sistematik. Saluran air dan sangkar yang direka sendiri untuk kemudahan penjagaan arnab.Alhamdulillah, tercapai hasrat untuk mempelajari teknik membela arnab di dalam kuantiti yang banyak.

Hj Ismail juga turut menganjurkan kursus penternakan arnab bagi sesiapa yang berminat, jangkamasa kursus ialah 3-4 hari dengan bayaran Rm1300 dan kemudahan tempat tinggal disediakan. Anda akan mendapat sijil dan modul penternakan yang lengkap.

Setelah melawat2 ternakan arnab, kami membeli sepasang arnab. Semua arnab-arnab di sini comel-comel belaka sehingga rambang mata untuk memilihnya.

 
4 Comments

Posted by on January 13, 2010 in Buletin Terkini

 

Tags: , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.