RSS

Category Archives: Cirit (Diarrhea)

My Bubbles sick again…

Semalam sy lihat Bubbles macam kurang sihat, tahi pun berbau..tapi xla assume dia sakit..kalo bukak pintu sangkar lak langsung xmo kuar..tapi saya kuarkan jugak supaya dia leh amik udara segar dan bole berlari-lari..

Alfalfa hay dah abis, jadi makanan all my bunnies buat masa ni ialah pellet sahaja. Nampaknya semua x berapa suka makan pellet tu..jadi semua makan rumput dan daun kunyit yang ada sedikit di tanam.

Hari ini, saya lihat Bubbles mengalami cirit-birit..ohh..Ini bahaya nie!..saya banyak terbaca di blog2 para penternak arnab, apabila arnab mengalami perkara seperti ini harus diubati segera.

Saya pegi melawat ke blog NewHillz, ada informasi tentang perkara ini. Tapi cara mengubati agak ringkas. Saya pegi explore pulak dengan En Google, jumpa blog Lanz Rabbit Studio..di situ ada diterangkan serba lengkap apakah tindakan yang harus dilakukan apabila arnab mengalami cirit-birit.

Penyakit : Cirit (Diarrhea)

Ciri-ciri : Najis berbentuk cair,pada peringkat awalnya berwarna hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.

Punca : Dedaun/rumput berlebihan, mungkin juga disebabkan oleh pellet. Berlakunya peningkatan kandungan bakteria bermasalah seperti Saccharomycopsis spp., Clostridium spp atau yis. Cirit yang disebabkan oleh jangkitan kuman selalunya mengakibatkan radang pada lapisan usus dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera.

Rawatan : Cecair ORS (Oral Rehydrated Salt) kepada arnab untuk mengelakkan kekeringan (dehidrasi) pada badan arnab. Bahan-bahan ORS :-

  • 1 cawan air bersih
  • 2 camca teh gula
  • 1/4 camca teh baking soda
  • secubit kecil garam

Masukkan bancuhan ORSĀ  di dalam botol atau mangkuk minumannya atau mengunakan Syringe.

Bersihkan arnab sekiranya terdapat kotoran di bulunya..tidak perlu dimandikan, hanya perlu cuci bersih sahaja di mana kotoran berada. Juga bersihkan sangkar supaya arnab berasa selesa. Tuannya juga tentu x suka bau busuk kn? hehe…

Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh veterina dan juga memastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Segera bawa arnab anda berjumpa dengan vet secepat mungkin.Biasanya vet akan menyatakan arnab telah dijangkitiĀ  coccidia (coccidiosis). Antibiotik berasaskan sulfat akan diberi. Apabila antibiotik digunakan dalam rawatan, pastikan arnab diberi larutan probiotik untuk menambah semula mikroflora baik di dalam usus.

 
26 Comments

Posted by on December 22, 2009 in Cirit (Diarrhea), Penyakit Arnab

 

Tags: ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.