RSS

Category Archives: makanan arnab

Promosi ChubbyPetsGarden.com sehingga 8 Mac sahaja!

Entry kali ini saya nak maklumkan kepada anda semua bahawa promosi ChubbyPetsGarden.Com sempena Tahun Baru Cina akan tamat pada 8 Mac 2011 ini. Antara favourite items ialah Pellet Pro Optimun Premium, alfalfa hay,timothy hay. Items ini amat berbaloi jika anda berikan kepada arnab kesayangan anda.

Pro Optimum Premium Rabbit Pellets

Pellet ini membekalkan diet seimbang arnab anda terutamanya bagi anda yang mementingkan kualiti arnab anda (pet quality show). Di samping itu anda harus membekalkan hay yang segar dan air yang bersih sepanjang masa.

Manufactured and Imported from U.S.A

Guaranteed Analysis
Crude Protein   Min  16.00 %
Crude Fat   Min  3.50 %
Crude Fiber   Min  18.00 %
Crude Fiber   Max  23.00 %
Calcium   Min  0.75 %
Calcium   Max  1.25 %
Phosphorus   Min  0.55 %
Salt   Min  0.25 %
Salt   Max  0.75 %
Vitamin A   Min  3,000 IU/lb

Pro Optimum Premium Rabbit Pellets tahan lama untuk jangkamasa yang panjang. Ini membantu arnab anda mengurangkan pembaziran dan meningkatkan pengambilan makanan dan penyerapan lebih nutrien. Pro Optimum kaya dengan fiber, ianya baik untuk sistem penghadaman dan kesihatan arnab. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets tidak mengandungi jagung, yang mana ini dapat mengurangkan risiko ketidakseimbangan sistem perkumuhan.Pro Optimum Rabbit Pellets mengandungi ekstrak Yucca dan mengurangkan bau busuk arnab anda.  Pro Optimum Premium Rabbit Pellets juga mengandungi probiotik bakteria, enzim dan yis untuk sistem perkumuhan yang baik. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets juga mengandungi ekstrak betik,  yang mampu mengurangkan masalah ‘hair ball’. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets mengandungi sumber mineral yang dapat meningkatkan sistem produksi, bulu dan pembentukan tulang.

Sila klik pada banners untuk membuat pesanan..atau jika anda hadapi sebarang masalah/pertanyaan sila reply komen di sini atau emel sy di syafikabalqis[a]yahoo.com.


Alfalfa Hay & Timothy Hay

Alfalfa & timothy hay adalah sentiasa fresh kerana di simpan di dalam sistem pembungkusan yang baik dan diimport terus dari USA. Hay anda tidak akan mudah bertukar menjadi kekuningan kecualilah anda biarkan hay tersebut terdedah kepada cahaya & udara secara terus. Selepas memberikan hay kepada arnab anda, sila simpan sebaik mungkin ke dalam box hay tersebut.

Crude Protein (min)………………………….. 6.00%
Crude Fat (min)……………………………….. 2.00%
Crude Fiber (max)……………………………. 32.00%
Calcium (max)……………………………. 0.25%
Moisture (max)……………………………….. 12.00%

Sila klik pada banners untuk membuat pesanan..atau jika anda hadapi sebarang masalah/pertanyaan sila reply komen di sini atau emel sy di syafikabalqis[a]yahoo.com.

Sekali lagi diingatkan, promosi ini tamat pada 8 mac 2011….jangan terlewat untuk mendapatkannya pada harga promosi yang sungguh berbaloi-baloi. Bagi pengunjung blog arnab cute, sila masuk kan code ini arnabCPG sekiranya anda membuat pembelian terus di estore ChubbyPetsGarden.


 
2 Comments

Posted by on February 27, 2011 in makanan arnab

 

Tags: , , ,

Alfalfa hay & timothy hay

Pemakanan Arnab – rumput kering alfalfa & timothy

Terdapat 2 jenis hay atau rumput kering utama yang amat sesuai diberikan kepada arnab anda iaitu alfalfa hay dan timothy hay. Perbezaan antara kedua jenis hay ini akan dinyatakan dengan lebih jelas di bawah.

Timothy Hay

Timothy Hay

Timothy hay sangat baik bagi sistem penghadaman arnab. Timothy hay bagus untuk kesihatan gigi kerana tabiat sering mengunyah oleh arnab anda, seperti yang kita tahu pertumbuhan gigi arnab adalah berterusan. Timothy hay juga membuatkan perut arnab anda sentiasa kenyang tanpa perlu melakukan aktiviti mengigit sangkar,kayu ataupun wayar komputer. Timothy hay sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke atas, kerana Timothy hay kurang lemak dan kurang kalsium.

Alfalfa Hay

 

Alfalfa hay

Alfalfa hay kaya dengan nutrisi, lemak, kalsium dan kalori. Arnab yang dibela di dalam  rumah boleh menjadi gemuk disebabkan memakan alfalfa hay. Ianya sesuai untuk arnab yang berusia 6 bulan dan ke bawah. Juga amat baik untuk penghasilan susu bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak. Pemberian alfalfa hay ini boleh diberi tanpa had kepada arnab anda.

Alfalfa juga terdapat dalam bentuk pellet dan cube.

Alfalfa pellet

Alfalfa hay cube

Meskipun begitu di samping memberi timothy atau alfalfa hay, diet pemakanan arnab harus dilengkapi dengan sayuran segar, pellet dan air bersih.

 
2 Comments

Posted by on February 25, 2011 in makanan arnab

 

Tags: ,

Pemakanan Arnab

Pemakanan Arnab


  • Makanan Pellet

>> Contoh Pellet: Pellet Grower

Mengandungi segala zat untuk pertumbuhan arnab sekurang2nya pada kuantiti minimum.

Bagi induk betina dewasa, 120 g / hari / ekor,

penjantan dewasa 60 g / hari / ekor,

anak arnab sebanyak 50 ke 100 g / hari / ekor.

  • Makanan Hijau

Rumput2.sayuran & dedaun-kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, kubis, daun ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun & batang jagung, daun betik etc
Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit -birit.
Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.
Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi ( sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air). Kandungan nitrogen yang diterangkan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.


  • Rumput kering atau hay

>> Kiri: Alfalfa Hay ………… Kanan: Alfalfa Cube

Rumput kering atau rami (hay) merupakan rumput awet yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara berperingkat sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan seratnya.


Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet.

  • 4. BIJI-BIJIAN

>> Jagung

Berfungsi sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Antaranya adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau.


Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya.


Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.

  • 5. Umbi-umbian

>>Ubi Keledek

Antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi kentang dan makanan umbi yang lain. Untuk umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan.

  • 6. konsentrat

Makanan ini diberikan adalah untuk meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat mempermudahkan penyediaan makanan. Ia berfungsi sebagai makanan tambahan dan meningkatkan daya ketahanan haiwan. Antara makanan konsentrat tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu dan sebagainya .
MAKANAN SEIMBANG


Jumlah makanan di dalam komposisi yang seimbang amat penting bagi penternakan arnab. Sumber-sumber karbohidrat, protein, garam mineral, vitamin dan air perlu seimbang bergantung kepada umur, tujuan pengeluaran serta kadar pertumbuhan.
Arnab dewasa, 120 hingga 189 gram konsentrat setiap hari, Arnab bunting / menyusukan anak, keperluannya menjangkau pertambahan sebanyak 25-50%.
Pemberian konsentrat juga dipengaruhi umur dan berat arnab, Arnab muda (2-5 bulan, berat dianggarkan 2 hingga 4kg) – memerlukan 180-200g konsentrat sehari. Arnab dewasa (berat 5kg) – memerlukan 160-180g sehari Arnab bunting / menyusukan anak – memerlukan 200-250g konsentrat sehari.
KOMPOSISI MAKANAN ARNAB


Arnab pejantan yang aktif mengawan, induk betina yang bunting dan menyusukan anak, anak-anak yang ada dalam tempoh pembesaran:
Protein – 14 ke 18%: Lemak – 3 ke 6%: Serat – 15 ke 20%: Abu – 5 ke 6%
Induk betina yang kering, arnab pejantan yang tidak aktif, anak arnab yang mula dewasa: Protein – 12 ke 14%: Lemak – 2 ke 4%: Serat – 20 ke 28%: Abu – 5 ke 6%

Sumber: – Joe Meudula, artikel ini diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman.

 
5 Comments

Posted by on October 12, 2010 in makanan arnab

 

Tags: ,

Mood Raya Lagi…hehe…

Maaf bebanyak..lama sungguh tak updates blog nie…hampir 3 minggu dah…tapi Alhamdulillah, masih ada pengunjung ke blog saya ini, dari sehari ke sehari makin bertambah..raya kali nie saya balik ke Perak..tinggalkan arnab dalam 4 hari jugaklah…sehari sebelum balik raya, kami bertungkus-lumus memasang sistem perpaipan…tapi kurang berjaya kerana suami saya menggunakan getah bukan PVC..jadi ada la bocor sket…makanan saya dah suppy banyak2…cuma risau sket la bab air tu…

Sekembalinya kami ke rumah, semua arnab sihat-sihat jer…adik ipar pun ada gak menjenguk sekali-sekala..cuma memang 2 hari tinggal arnab camtu jer sebab diorang semua pi Grik, pastu pi Pulau Pangkor…cuti-cuti raya..kami pulak sempat lagi pi singgah kat Cameroon Highlands on da way nak balik Karak…sampai umah dalam kul hampir kul 11 mlm..badan memang penat teramat, tapi digagahkan jugak melawat arnab…

Bila jenguk jer arnab, terus badan segar-bugar…sebabnya dulu masa tinggalkan anak Mummy Twinkle dan Mummy Summer masih kecil lagi, baru berusia 7 hari..tengok-tengok aja selepas 4 hari tinggal, besar sungguh!! Sonok tak terkata! Kiko yang sakit pun, oke jer sihat alhamdulillah….Saya ada tangkap gambar anak-anak arnab nie, tapi ter’delete lak masa kat Cameroon Highlands…erm….dah besar semuanya…makin aktif berlari ke sana-sini….

Nie dia pic yang baru saya tangkap tadi… >> Anak Twinkle baru berusia 3 minggu

>> Summer bersama anaknya, 2 ekor da mati.

Ahad yang lepas 19hb September, rakan-rakan dari sekitar Pahang iaitu ahli fan Rabbits Lover@pencinta Arnab telah datang untuk beraya sambil melawat-lawat arnab…kami borak semuanya pasal arnab jer…seronok sungguh!!! Masing-masing pun dah menimang ‘cahayamata’..Yang paling kelakar, Si Nana yang sibuk nak mencari jodoh untuk ‘anaknya’ yang baru berusia 3 bulan dan ingin berbesan dengan Kak Syam…hehehe….

Part yang paling best pula, bila saya dapat sepasu pokok Akar Ginseng Jawa…terima kasih bebanyak pada Kak Ani dan Nana…jasamu tetap ku kenang…chewah!

>> Pokok akar ginseng jawa

 
3 Comments

Posted by on September 21, 2010 in Al-kisah arnabku, Arnab & Herba

 

Tags: ,

Masalah ketulan susu

Saya baru sahaja terperasan terdapat beberapa ketulan di bawah perut Mummy Kiko … patutlah beberapa hari sebelum nie saya lihat dia monyok, demam dan seolah-olah tidak mahu memberi anaknya minum susu … rupa-rupanya ada satu puting susunya yang luka, tidak jauh daripada puting tersebut terdapat beberapa ketulan. Saya amat pasti itu adalah ketulan susu kerana warnanya pink keputihan (sama seperti warna susu yang berada di bawah perutnya).

Termasuklah hari ini sudah hampir 2 hari saya cuba mencari penyelesaian dan rawatan bagi permasalahan ini. Mummy Kiko telah diasingkan daripada anak-anaknya .. InsyaAllah semuanya akan ok kerana anaknya telah berusia 4 minggu, sudah pandai makan pellet, rumput etc … Risau saya dengan situasi si Mummy Kiko nie ..

Setelah melawat blog dan forum penternak arnab lain, ada yang mengatakannya itu adalah tanda-tanda awal masalah kanser .. ketulan tersebut perlu dibuang dan arnab perlu dimandulkan … erm … sedey mendengarnya … tapi saya yakin ada penyelesaian lain bagi permasalahan ini …

Rawatan dengan memberi arnab makan bunga dandelion dan daun moringa (merunggai, lagi nama lain .. Kelor, munggai, berunggai, … In english Malunggay .. Scientific name is Moringa oleifera, buahnya dipanggil kacang Kelor) juga boleh dipraktikkan ..

Nama saintifik: Moringa oleifera

Famili: Moringaceae
Nama Tempatan: Merungai, kacang kelo

Ciri-ciri: Pokok besar setinggi 7 meter yang ditanam sebagai sumber sayur

Bahagian yang digunakan: Daun dan akar

Cara Penggunaan: Daunnya dimakan sebagai sayur untuk mengalakkanpengeluaran susu ibu.sekiranya buah dada bengkak dan susu tidak dapat keluar, tumbuk daunnya sehingga lumat dan sapukan ke seluruh buah dada. Memakan buah dan daunnya juga boleh memudahkan pembuangan air besar.minyak daripada bijinya boleh disapukanpada sendi-sendi untuk menghilangkan sengal-sengal. Akar yang kering ditumbuk sehingga menjadi tepungdan digunakan sebagai bedak sapu pada perut ibu yang baru lepas bersalin untuk menghilangkan gatal-gatal.

Kajian Saintifik: Dua jenis alkaloid telah ditemui iaitu, fitosterin dan pterigospermin yang didapati mempunyai sifat farmakologis seperti epineprina.

Oke, ini adalah pendapat para penternak arnab lain yang saya dapat daripada blog dan forum ..

Mammary tumor – Joe Meudula forum bicarajutawan.com

Cara rawatannya sama juga seperti abscess capsule (Bisol daa) atau Myxomatosis ……. hanyalah “bedah & buang”, membiarkan keadaan itu lebih lama, hanya akan menambah parah.
Bila dah berakar umbi, ianya tak mungkin boleh dibersihkan secara total, maksudnya … selepas pembedahan pun .. ia akan muncul lagi.
Bagi merawat cancer …. “Biji buah aprikot” … perlaksanaannya hanya boleh didapati di hospital2 di Mexico.
Dari extrak biji buah appricot tadi mereka menghasilkan Amygdalin, laetrile dan vitamin B17 yang dikatakan berkemampuan melenyapkan cancer.
Newhillz

Ada kes yang ibu hasil susu berlebihan .. bila anak dipisahkan secara serta-merta … kelenjar susu membengkak …
Cuba tuam dengan tuala suam dahulu … sambil massage area tu … kalau ada susu keluar … try perah sebanyak yg mungkin … ulang beberapa kali …

Seeloknya ceraikan anak secara berperingkat … dari yang bersaiz besar hingga yg terkecil.
Kecuali kalau kawasan tu merah .. mungkin dah ada infection, perlu dptkan rawatan dari vet segera.
Selalunya mereka akan bagi Antibiotic dan ubat tahan bengkak
Sindrom Ibu Muda (Young Doe Syndrome)

Penyakit ini sering terjadi pada arnab2 betina muda pada kelahiran yang pertama dan kedua.
Penyebabnya adalah septicemia (keracunan darah) akibat mastitis (bisul) sehingga terjadi bengkak pada kelenjar susu.
Kuman stapphylorus aureus memasuki kelenjar susu melaui luka pada kelenjar atau puting susu. Mastitis ini menyebabkan, suhu badan induk panas, nafsu makannya kurang. Puting susu bengkak dan keras, sehingga induk tak mau menyusukan anaknya. Anak-anak arnab itu akan mati kerana tak mendapatkan susu dari induknya.
Rawatan:
Asingkan Induk yang sakit itu.
Penyakitnya boleh di sembuhkan kalau belum terlambat.
Ubatnya, suntikan dengan Penicilin, Dexatozoon, Sulmethonl, Sulfa Strong atau Oxylin.
Selain itu, kandang hendaklah dibersihkan, di sembur atau di cuci dengan Asepto.
Anak-anak arnab ditumpangkan pada ibu tumpang semasa ibu kandungnya disolate.
** Asepto tu adalah produk pembasmian microbilogical organism.
Setelah meng’google’ lagi…saya terjumpa ini untuk dikongsikan…Saya akan segera praktik kan ini supaya susu tersebut cair, tidak berketul lagi..
Rabbit mastitis
Jangkitan saluran susu atau juga dikenali sebagai demam susu. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria, staphylococci (keadaan kronik), streptococci pada peringkat permulaan. Salur susu atau puting susu membengkak dan sakit. Arnab menjadi tidak berselera, tetapi kebiasaannya sering berasa dahaga.
Rawatan : Siramkan air suam beserta antiseptic (Dettol). Apa-apa pun silalah mendapatkan rawatan daripada vet terdekat.
 
2 Comments

Posted by on September 1, 2010 in Arnab & Herba, Penyakit Arnab

 

Tags: , ,

Kisah nyerrr..

Pagi-pagi saya menjenguk arnab saya untuk memberi makanan arnab, saya lihat ke tujuh-tujuh anak Kiko semuanya tido luar dari bakul mereka. Rupa-rupanya dalam bakul tu penuh ngan najis si Kiko…aiii…sabo jer lerr…Anak dia pun tahu pasal kebersihan…

Ada di antara anak Kiko yang telah celik mata, badan pun gebus jerr…hari ni usia mereka baru 13 hari..sket2 lagi bole la saya kasi anak-anak Kiko bermain di taman mainan mereka…mesti comei melihat aksi mereka, jalan terkedek-kedek…hehe..baru nak belajarberjalan dan berlari..kalo dok dalam sangkar tu, asyik membuta la mereka…

9 ekor anak arnab yang usia antara 2-4 bulan pulak sudah pandai membuang pellet…eeii..geram pun ada…habis bertaburan pellet tu atas tanah…xpe..lain kali saya bubuh ciput jerr…baru tahu nak menghargai makanan..sebenarnya arnab-arnab saya nie semua dah pandai nak makan ulam raja dan napier jerr…pellet nie diorang pandang sebelah mata jerr…hmm…tak sempat nak besar la pokok-pokok ku…Tapi saya bagi la jugak dalam kuantiti yang sedikit…kes kesian punyerr pasal…

Tadik jugak, baru jer saya matikan seekor arnab mix angora berwarna hitam..saya lihat di bulunya ada yang gugur…setelah diperhatikan betul-betul memang ada ‘furmites’…jadi, segeralah saya memandikannya dengan syampu herba…yang paling best nyerr..baik sungguh la si hitam nie…diam jer dia..slalu kalo saya mandikan arnab untuk 1st time mesti diorang cuba nak lari…iyelah,takut bila kena air…tapi si hitam nie teramat la baik nyerr ^_^

Esok lusa oke la, xde kutu dah kat bulunya…

 

Tags: , ,

Si Goldie Sakit Mata

Nie la akibatnya si budak nakal Goldie…dapat sakit mata…Biasanya Goldie dan anak-anak arnab yang lain saya akan lepaskan di taman mainan mereka, tapi Si Goldie nie teramat la pandai & cerdik..dipanjatnya jaring pagar tu…dan terus melompat keluar. Bila da keluar tu mula la merayau-rayau sana-sini.

Tiba-tiba ujan turun dengan lebatnya…saya dan anak saya,Syuhada segera menangkap dan membawa masuk anak-anak arnab yang lain ke dalam sangkar. Yang kelakarnya, hujan tu agak lebat…bunyi nyer ‘tak..tak’..arnab pun takut…lintang-pukang diorang nie lari berpusing-pusing tak tentu hala dalam taman mainan tu…

Kelakar pun ada bila melihat aksi mereka. Apabila anak saya, Si Syuhada berjaya menangkap 2 ekor arnab sekaligus…berdecit-decit menjerit arnab tu…tapi Syuhada da biasa…expert dah..jadi dia pegang jer ngan tenang sehingga la saya menyambutnya dan masuk kan kedua-dua ekor dalam sangkar…Bila dah berjaya tangkap 8 ekor tu, sibuk pulak nak menangkap lagi sekor, Si Goldie…jenuh pulak berkejaran di tengah-tengah ujan..

Nie salah satu port yang dia suka menyorok..

>> Ulam raja yang tumbuh subur merimbun

Susah gak nak mencari Si Goldie dalam rimbunan ulam raja..tapi akhirnya berjaya gak menangkapnya…tapi akibat telah basah kehujanan, keesokannya Si Goldie sakit mata lak,kiri dan kanan…jadi segeralah saya merawatnya dengan menitiskan Eye Mo ke matanya. Pagi tu, saya titiskan setitis jer…petang tu dia dah sembuh dah…dan kembali aktif seperti biasa :)

Nie la rupanya Eye Mo tu yea 

 

Tags: , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.